CHAPTER 35

212 7 0
                                    

"Aku tanya kau baik-baik ni. Mana kau simpan gambar tu?"

Elriq dan ahli lelaki Black Snakes yang lain berjaya menjumpai Zayn dan kawan-kawannya yang ada kaitan dengan isterinya itu.

"Wey, Riq. Aku dah jumpa kat mana Zayn dengan geng dia." Kata Aaren.

"Ada orang kata diaorang selalu je lepak dekat mamak SJ tu." Sambung Harith.

"Great. Aku nak korang kumpulkan diaorang dekat markas ni. Jangan tercicir sorang pun."

"Noted." Kata mereka semua serentak.

"Aku tanya kau ni, lembu!!" Sergah Elriq. Dia betul-betul dah tak tahan sabar dengan mereka semua tu.

"Banyak-banyak haiwan, lembu juga dia keluarkan." Aaren berbisik kepada Hayder, Harith, Azyen, dan Elriz.

"Aku rasa dia minat lembu kot." Sambung Elriz.

"Tapi time kecil, abang kau ada bela lembu ke, Riz?" tanya Harith.

"Takde lak, rasanya banyak bela kerbau je."

"Kenapa kerbau?" tanya Azyen.

"Sebab dia selalu mandi kerbau dulu."

"Maybe dia taknak lembu dia kena ambil dengan orang lain, sebab tu dia bagi haiwan lain pula dekat jantan 6 ekor tu." Balas Hayder.

"Kalau korang rasa nak jadi macam diaorang ni, try lah cakap kuat-kuat." Mereka semua terus terdiam apabila suara Elriq didengari satu markas tu.

"Arghhhh!" Zayn menjerit kesakitan apabila badannya dihiris berkali-kali oleh Elriq dengan rakus.

"Sakit kan?" Tanya Elriq.

"Macam tu juga lah sakitnya hati isteri aku bila kau musnahkan hidup dia, setan!" Elriq sudah mahu membunuh Zayn tetapi sempat dihalang oleh Aaren.

"Riq, sabar." Aaren menggenggam tangan kawannya itu yang sudah bertekad untuk membunuh mangsanya.

"Riq, kita kumpulkan diaorang ni bukan untuk membunuh. Kita just nak tahu kebenaran je." kata Aaren.

"Tapi aku dah banyak sangat sabar dengan perangai diaorang ni, Ren."

"Apa kata kita panggil Amanda. Biar dia tanya sendiri dekat diaorang semua ni." Sambung Hayder.

"Jangan. Aku taknak isteri aku sakit lagi."

"Isteri kau takkan sakit lagi, Riq. Percayakan aku." Balas Aaren. Elriq berfikir sejenak sebelum memberikan kata putus kepada mereka. Elriq menghembuskan nafas sebelum menyatakan keputusannya itu.

"Okay, aku setuju."

"Rith, kau pergi ambil Amanda."

"Baik." Harith jawab sepatah lalu terus berlalu pergi untuk mengambil Amanda di rumah.

"Amanda. T...tolong aku. A...aku s...sakit ni, Amanda." Zayn berkata kepada Amanda dengan nyawa separuh terbang.

"Abang, abang buat apa ni?" Aku terlalu terkejut melihat keadaan mereka itu sejurus sahaja aku sampai di markas itu.

"Abang buat kerja abang je, sayang."

"Tapi bukan macam ni caranya, abang. Kita tak membunuh orang yang tak bersalah. Itu prinsip Black Snakes ni kan?" Aku cuba memujuk suamiku itu untuk lepaskan mereka berenam itu.

"Aisy rasa diaorang tak bersalah ke?"

"Memang la diaorang bersalah tapi Aisy pun ada salah juga dalam hal ni, abang. Lepaskan diaorang, ya?" Aku memegang lembut pipi kanan suamiku itu.

"Kau taknak ke tanya diaorang pasal gambar tu, Amanda?" tanya Azyen.

Aku menoleh ke arah Azyen dan aku baru teringat pasal gambar tu. Lalu aku terus menoleh ke arah diaorang berenam. Aku memandang mereka lama, akhirnya aku kuatkan diri untuk pergi kepada mereka.

"Zayn, aku tahu kita dah takde apa-apa hubungan. Aku tahu kau benci sangat dengan aku. Aku minta maaf sangat-sangat pasal aku kongkong kau sebelum ni. Aku musnahkan hidup kau dan aku sedar yang aku tak pernah layak jadi sesiapa pun untuk kau. Tapi, tolong bagitahu aku mana kau letak gambar tu?" aku berkata dengan sopan kepadanya.

"A...aku taktahu, Amanda. Bukan a...aku y...yang ada gambar kau tu. F...fa...faiz yang si...simpan." Jawab Zayn dengan menahan sakit dengan hirisan di perutnya itu.

Aku memandang ke arah Faiz dan pergi kepadanya pula.

"Mana?" tanyaku sepatah. Aku benci dengan dia. Aku trauma sangat-sangat dengan dia disebabkan peristiwa yang lalu. Faiz lah orang yang datang serang aku time sebelum aku keguguran tu.

"Isteri aku tanya tu, jawab lah!!" Jerit Elriq.

Apabila Elriq tinggikan suara, serentak kelima-lima ahli Black Snakes itu melatah sambil membuat gaya tersendiri.

"Opocot, mak kau." Harith melatah.

"Eh, ular tersepit dekat depan pintu." Elriz pergi ke arah gambar ular yang berada dalam markas itu lalu menunjuk ke arah gambar tersebut.

"Eh, aku tak tahu la, eh eh." Azyen melatah dan terus dia memicit dahinya kerana sudah terlepas cakap. Dia sendiri pun pening dengan keadaan sekarang ini.

"Harith pernah terberak dalam seluar, eh eh." Aaren melatah.

"Eh, tepi sikit, Harith terkentut depan Bella." Hayder melatah.

"Kenapa aim aku pula ni. Nak melatah, melatah jelah tapi jangan lah guna nama aku." Harith mula mencebik.

Elriq dan aku memandang ke arah mereka berlima dengan serentak. Aku nampak Elriq sedang menahan dadanya itu daripada terus berombak. Aku tahu dia sedang menahan ketawa. Aku menoleh semula ke arah Faiz.

"Mana?" tanyaku semula.

"Dalam telefon aku." Elriq terus mengambil telefon bimbit Faiz untuk diperiksa.

"Got it." Jawab Elriq. Setelah beberapa minit selepas itu... "Mmm, sayang."

"Ya?"

"Mmm, macam mana nak tahu gambar tu dah betul-betul delete?" Kelima-lima ahli Black Snakes itu menepuk dahi mereka dengan serentak. Apalah, muka handsome tapi otak macam dah rosak je. Elriq terus menuju ke arah isterinya itu untuk menyerahkan telefon itu.

"Macam ni, abang." Tak sampai 5 minit, Amanda tunjuk kepada suaminya itu bahawa semua gambar tu dah dihapuskan. "Ehee, thank you sayang."

"A...Amanda." Panggil Zayn. Aku dan Elriq terus memandang ke arahnya.

"B...boleh datang sini?"

Aku terus melangkahkan kakiku untuk pergi kepadanya.

"Kenapa, Zayn?"

"Aku j...just nak cakap yang a...aku mi...minta maaf dekat kau. Aku tak se...sepatutnya buat k...kau macam tu. Aku sakitkan kau, aku musnahkan hidup kau, aku ambil benda berharga dekat diri kau. Dulu, aku tak rasa bersalah pun bila buat kau macam tu tapi sekarang ni aku menyesal sebab dah buat hidup kau merana. A...aku tak pernah terfikir salah aku sepanjang relay kita. Aku be...betul-betul minta maaf dekat kau. Aku ke...kesal dengan semua ni. Maafkan aku, Amanda. Maafkan kitaorang semua. Aku nampak kebahagiaan kau dengan suami kau. A...aku doakan supaya korang ber...dua kekal sampai ja...jannah." Jelas Zayn.

"Aku dah lama maafkan kau, Zayn. Aku takde simpan dendam apa-apa pun dekat kau." Balasku.

"Tapi, macam tak adil je kalau sakit dibalas dengan maaf. Betul tak?" Harith bertanya. Hayder dan Azyen terus menekup mulut kawannya itu. Aaren pula sudah memicit kepalanya kerana prilaku sepupunya.

Aku memandang suamiku dan dia turut memandangku. Kami faham apa yang nak disampaikan oleh masing-masing.

"Aku lepaskan korang semua." Elriq membuka ikatan mereka dengan menggunakan sebilah pisau sahaja.

"Riz, kau boleh tolong bawakkan Zayn pergi hospital? Kos nanti aku bayarkan." Arah Elriq.

"Boleh." Elriz jawab sepatah.

Setelah selesai semua itu, kami semua berlalu pergi meninggalkan markas.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now