CHAPTER 40

177 6 0
                                    

Apabila kami turun sahaja dari flight itu, kami mahu bergerak ke rumah Elriq tetapi terserempak dengan kawan lama suami aku itu.

"Eh, Jack. Warum bist du einfach zurückgekehrt, ohne es uns mitzuteilen? (Eh, Jack. Kenapa balik tidak memberitahu kami?)" tanya seorang lelaki kepada Elriq.

"Zurückkommen, weil ich meine Frau in den Urlaub bringen möchte. (Saya balik pun kerana ingin membawa isteri saya bercuti.)" Jawab Elriq.

Aku dah blur dah bila dengar diaorang ni cakap bahasa german. Lepasni rasa nak belajar bahasa German je. Kalau nak kutuk perempuan-perempuan Malaysia, boleh kutuk dalam bahasa German.

"Du bist verheiratet, oder? (Kau sudah berkahwin, betul ke?)" tanya lelaki bertattoo itu.

"Ja, erst 7 oder 8 Monate verheiratet. (Ya, baru 7 atau 8 bulan kami berkahwin.)"

"Du hast mich nicht eingeladen. Deshalb bin ich wahrscheinlich so ruhig in der Firmengruppe. (Kau tak jemput aku pun. Tidak hairan lah kau senyap dalam group syarikat tu.)"

Aku rasa macam aku pernah dengar perkataan akhir lelaki itu. Apa eh kalau dalam melayu? Aku rasa macam Elriq ni masih ada simpan rahsia dengan aku lah.

Aku mencuit lengan suami aku itu menandakan aku masih wujud di sebelahnya. Dia menoleh ke arah aku. Muka tu nampak lah macam baru teringat yang diri tu ada bini.

"Ich bin nicht ruhig wegen der Hochzeit. Außerdem gibt es hier viele Operationen jetzt. Oh, das ist meine Frau, Aisy Amanda. Du kannst sie nennen, wie du willst, aber ruf sie nicht 'Liebling', denn sie gehört mir. (Aku senyap bukan disebabkan perkahwinan, lagipun banyak operasi yang perlu diselesaikan di sini. Ini isteri aku, Aisy Amanda. Kau boleh panggil dia apa sahaja yang kau mahu kecuali sayang sebab dia milik aku.)"

"Hai, nama saya Nick Oldsen. Awak boleh panggil saya Nick." Aku terkejut apabila lelaki itu menyapa aku dengan bunyi yang masih ada slang mat sallehnya tu.

"Hai, saya tak sangka yang awak boleh cakap melayu."

"Jack lah yang ajar saya bahasa melayu ni. Sejak dia masuk Islam haritu, dia yang banyak ajar saya semua ni."

Aku terpinga-pinga dengan nama Jack. Who is Jack? Aku tersenyum ke arah lelaki itu.

"Okay, got to go Jack and Amanda. See you when I see you again. Bye." Lelaki itu mengucapkan selamat tinggal dengan senyuman masih melekat di bibir.

"Bye, Nick." Aku dan Elriq berkata serentak.

Kami pun berlalu pergi dari situ dan menuju ke rumah Elriq di German ini.

"Abang, Aisy nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia, sayang?"

"Tapi abang jangan lah marah Aisy, ya? Aisy takut lah bila abang marah."

"Ya, sayang. Kenapa ni, hm?" Elriq bertanya sambil mengusap lembut kepalaku.

"Apa nama sebenar abang sebelum masuk Islam?"

Aku dah nampak dah si mamat zirafah ni kerutkan kening dia. Tadi kata taknak marah. Ishhh.

"Abang jangan lah marah Aisy. Aisy tanya je." Aku dah mula mencebik.

"Abang tak marah pun cuma abang tak terfikir yang soalan tu akan keluar daripada mulut sayang."

"Aisy dengar Nick asyik panggil abang, Jack. Itu yang Aisy nak tanya abang."

Aku nampak Elriq mengeluh dahulu sebelum menjawab pertanyaan aku ini.

"Okaylah, biar abang cerita dari awal sampai akhir, ya."

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now