"Amanda, boleh tolong aku tak?" Tanya Sofiy kepadaku. Kami berdua sama unit dalam syarikat ini. Jadi, dia memang akan selalu suruh aku buatkan something kalau dia tak larat nak buat. Maklumlah, ibu mengandung kan.
"Boleh je, Fiy. Nak aku tolong apa?"
"Hehe, tolong ambilkan file report aku dekat Unit Keusahawanan boleh?" Jawab Sofiy sambil menunjukkan muka yang minta penampar.
"Dekat tingkat 5 tu?" Sofiy terus mengangguk sambil tersenyum.
"Yelah, aku pergi dulu eh." Aku pun berlalu pergi untuk mengambil file report Sofiy di unit itu.
Semasa dalam perjalanan, aku terlanggar dengan seseorang. Apabila aku memandang ke arah orang itu, aku rasa macam nyawa aku nak melayang je.
"Opss, sorry."
"Eh, tak sangka jumpa kau lagi." Kata perempuan itu.
"Tasha." Aku terkejut dengan wajah yang terpampang di hadapan aku sekarang ni.
"Ingat lagi rupanya. Aku ingatkan kau dah mampus. Aku dengar kau hampir nak kena langar haritu." Kata Tasha.
"Kalau kau mampus, macam senang je kerja aku nak rampas suami kau tu." Tasha menepuk pipi aku dengan agak kuat.
"Dulu aku dah berjaya buatkan kau dengan Zayn berpisah, so tak mustahil kalau sekarang aku buat benda yang sama. Kan?" Aku melihat Tasha tersenyum sinis.
"Kau ingat lepas kau dah hilang kesucian, ada ke orang nak dekat kau lagi? Aku takut suami kau tu cuma nak hilangkan bosan dia je. Ataupun just nak anak je. Tapi itupun kalau kau boleh mengandung lagi lah."
Aku makin dekatkan diri aku dengan si perempuan bantut ni lagi. Ini nasib bukan Elriq yang dengar tau. Kalau Elriq yang dengar, mahu nyawa perempuan ni dah tamat dah sekarang ni.
"Tangan aku ni dah lama tak rasa darah tau. Jangan sampai harini, kau orang yang pertama akan jadi mangsa tangan aku. Daripada kau sibuk nak rampas suami aku tu, baik kau fikir macam mana nak halalkan hubungan kau tu. Aku dengar kau sekarang dengan Aiman eh?" Aku sempat tergelak kecil.
"Macam sesuai je korang dua ni. Dua-dua tak pernah nak cermin diri sendiri. Taunya nak cari salah orang lain sampaikan salah sendiri tak pernah nak nampak. Kau tau tak, aku bersyukur sangat bila aku dengan Zayn dah berpisah. Bila fikir-fikir balik, aku rasa bodoh sangat dulu sebab menangis pasal lelaki tak guna tu. Aku rasa dia tak pernah layak untuk aku. Bukan aku tak layak untuk dia, tapi dia tak layak untuk aku. Lagipun apa yang dia ada? Betul lah orang kata, selepas hujan akan hadirnya pelangi. Dilakukan seperti sampah oleh orang lama, diangkat seperti ratu oleh orang baru."
Aku melihat yang Tasha sudah menggumpal penumbuk di tangannya. Giliran aku pula untuk tersenyum sinis. Aku terus meninggalkan perempuan tu. Buang masa je melayan. Perangai tak pernah berubah.
"Nah Fiy, file report kau."
"Thank you so much, pretty. Nanti minta upah dekat Riz eh." Aku dan Sofiy tergelak kecil.
"Harini aku balik awal tau, Amanda. Aku nak pergi check-up." Kata Sofiy.
"Aaaa, tak sangkanya dah nak meletup. Irene dengan Qas pun sama kan? Ya Allah, bestnyaaa. Aku tumpang bahagia lah untuk korang bertiga."
"In Sya Allah, giliran kau akan tiba juga nanti. Just percaya dengan rencana Allah." Kami berdua tersenyum antara satu sama lain.
Jam menunjukkan pukul 6 petang, aku terdengar ringtone telefon aku berbunyi. Aku terus menggeserkan icon hijau ke tepi.
"Assalamualaikum, sayang."
"Waalaikumussalam, abang."
"Aisy balik pukul berapa harini? Dah pukul 6 ni. Kenapa tak sampai rumah lagi ni? Abang risaukan sayang lah. Kenapa tak bagitahu abang sepatah? Dah tak sayang abang ke? Ingat, diri tu dah jadi isteri orang tau. Awak tu bukan single lagi." Aku tergelak kecil apabila mendengar bebelan suami aku itu dah macam perempuan haa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...
![Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/362958066-64-k450211.jpg)