"Assalamualaikum." Aku menyapa keluargaku sebaik sahaja tiba. Aku nampak ada kasut lain di depan pintu rumah aku ni. Mungkin ada orang datang rumah ummi pada waktu ni.
"Waalaikumussalam, ha dah sampai dah anak menantu ummi ni. Meh, duduk sini."
Aku melihat ada pakcik dan makcik sedara aku belah ayah serta anak perempuannya.
"Hai, kak Manda!" Sapa anak perempuannya itu dengan teruja.
"Hai, Aqma!" Aku dan Aqma berpelukan kerana dah terlalu lama tak jumpa. Last kitaorang jumpa masa majlis kahwin aku dengan Elriq. Selesai sahaja bersalaman dan berpelukan macam orang gila, aku dan Elriq mengambil tempat di sebelah ummi.
Nama sepupu aku tu Aisy Aqma. Mesti pelik kan kenapa nama depan sama. Adik-beradik abah memang semuanya bermula dengan nama Aisy. Sebab tu aku cakap mungkin nama ni akan jadi keturunan juga nanti. Umur sepupu aku ni bawah 3 tahun daripada aku. Aku 22, dia 19.
"Ni, kitaorang ni datang sini sebab nak bagitahu yang Aqma akan melangsungkan perkahwinan dia hujung minggu ni." Kata pakcik aku.
"Alhamdulillah, dah besar dah Aqma. Dah nak kahwin ha. Orang mana?" tanya Abah.
"Orang Negeri Sembilan je, abah." Keluarga aku memang guna gelaran macam tu. Aku panggil ayah Aqma, ayah manakala Aqma panggil abah aku, abah. Kami tak select.
"Bakal suami Aqma yang datang time wedding akak aritu ke?" Aku bertanya kepada dia. Manalah tahu tiba-tiba suami aku ni kenal kan.
"Haah, kak Manda." Jawab Aqma.
"Ohh, budak yang kaya tu ke?" tanya Elriq.
"Ish, abang ni." Aku menyiku lengan suami aku. Mulut tu takde insurans betul. Cuba lah tanya benda lain.
Mereka semua tergelak kecil mendengar soalan Elriq. Suami aku ni pernah ada peristiwa dengan bakal suami Aqma tu.
"Berapa semua ni ya, cik?" tanya Elriq.
"Semuanya RM 150." Jawab cashier Giant itu.
Aku dan Elriq pergi ke Giant untuk membeli barang makanan sedikit untuk dibawa ke Genting pada malam pertama kami menjadi suami isteri itu.
"Boleh guna card tak?" tanya Elriq.
"Maaf, encik. Kami tak guna card buat masa sekarang sebab mesin ni rosak."
"Alamak, Aisy. Saya takde cash lah. Aisy ada tak?"
Aku dah buat muka selenga dekat situ sambil tersengih terhadap suami aku itu.
"Saya kan tak bawa purse. Saya dah cakap dah tadi dengan awak yang saya tak bawa apa-apa." Jawabku.
"Aisyyy, macam ni? Saya takde cash ni."
"Takpe, cik. Biar saya bayarkan."
"Eh, Izz. Izz buat apa dekat sini? Akak ingatkan Izz ada dekat rumah Aunty Leha."
"Aqma ada nak beli barang sedikit. Kebetulan saya nak beli barang juga. Tu yang saya pergi Giant ni kejap."
Aku mengangguk menandakan faham dengan keterangan Izz sebentar tadi. Nama Izz ni ialah Hafiz Izwan. Kami semua memanggil dia dengan nama Izz. Dia bawah setahun daripada aku.
"Cik, bayarkan ni sekali ya." Izz tunjuk barang yang dibeli itu kepada cashier.
"Baik. Semuanya RM 500."
Izz mengeluarkan 5 keping not RM 100 lalu menghulurkan kepada cashier itu.
"Ini resitnya. Terima kasih, encik." Kami bertiga memberikan senyuman kepada cashier itu lalu kami beransur pergi.
YOU ARE READING
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]
RomanceElriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan k...