CHAPTER 25

437 12 0
                                    

"Kenapa kita pula yang terlibat sama ni?" tanya Elriz.

Kami semua berkumpul di Markas Black Snakes untuk membincangkan tentang misi yang akan dijalankan pada bulan hadapan yang pernah dikatakan oleh Aaren dan Harith.

"Asal kau tak bagitahu kitaorang awal-awal Rith?" Azyen mencelah.

"Ada sebab kenapa aku dengan Harith tak bagitahu korang awal-awal." Jawab Aaren.

"Sebab apa?" tanya Hayder.

"Aku nak kita chill dulu baru kita boleh bincang pasal benda ni. Lagipun dalam team ni ada 3 orang yang anggota beruniform kan? So, mesti dah biasa jalankan misi macam ni."

"Tapi masalahnya, ni melibatkan mafia, Ren. Bukannya melibatkan negara." Bantah Hayder.

"Kita dah lama tak buat kerja ni, Ren. Aku takut kita dah tak mahir je nak main benda alah ni semua." balas Azyen.

"Dah 5 tahun kita tak jalankan misi macam ni, Ren. Kau yakin ke kita still boleh jatuhkan diaorang tu lagi?" tanya Elriq.

"Even kita dah lama tinggalkan benda ni, aku tahu kita still mahir lagi kalau setakat nak bunuh 30 orang tu." sambung Aaren.

"Perempuan terlibat sekali ke?" tanya Elriz.

"Sorry bro. Tapi kita memang perlukan perempuan sekarang ni."

Dania yang melihat perubahan tingkah laku Aaren yang menjadi dingin itu membuatkan hatinya menjadi gemuruh.

Para suami mengeluh sebelum mereka memberikan keizinan untuk para isteri mereka menyertai misi ini.

"Aku benarkan Irene Safira sertai misi ni." kata Hayder.

"Aku benarkan Haira Qasrina sertai misi ni." sambung Azyen.

"Aku benarkan Aisy Amanda sertai misi ni." Elriq menyambung juga.

"Aku benarkan Zenia Sofiya sertai misi ni." Elriz mengatakan pula.

"Aku benarkan Arabella Jane sertai misi ni." kata Harith.

"Kau siapa?" tanya Aaren.

"Partnership dia." Aaren ingin membalas tetapi Harith sempat bersuara dahulu.

"Kau bersuara lagi pasal benda ni, aku tarik anak tekak kau tu." Terus Aaren menutup mulutnya itu.

"Aku takde siapa nak benarkan ke?" Dania mencelah.

Semua memandang ke arah Aaren apabila mereka mendengar persoalan daripada Dania itu. Aaren dapat merasakan dirinya dipandang, dia terus mengangkat wajahnya itu. "What?"

"Siapa nak benarkan Dania tu?" tanya Azyen. Aaren memandang ke arah Dania yang sedang terkelip-kelip matanya terhadap Aaren agar lelaki itu membenarkan dirinya sertai misi ini.

"Erghh, fine! Aku benarkan Dania Shazrina sertai misi ni."

"Aaaaa, thank youuuu so muchhh, Aaren." Aaren seperti terpukau melihat kecantikan Dania yang teruja dapat menyertai misi ini. Aaren cepat-cepat menghentikan lamunan dia. Malu wey kalau ada yang perasan benda ni. Mula la nanti budak-budak cakap ketua Black Snakes tengah jatuh cinta.

"Ehem, okay. Kita boleh proceed dengan misi ni. Korang semua ingat lagi kan code name masing-masing?"

"Ingat."

"Ni, earpiece. Letak dekat telinga jangan letak dekat jari pula." Elriz memerli Azyen kerana dia pernah meletakkan earpiece itu di jarinya.

"Lebih-lebih kau Riz." Azyen sedari bahawa Elriz sedang mengata tentang dia.

"Okay, serious semua. Lusa kita akan jalankan misi ni. Polis Malaysia minta bantuan kita untuk selesaikan kes ini sebab diaorang dah tak terdaya nak selesaikan. Kes ni sulit sebab ramai musuh yang bijak menyusun strategi. So, aku nak sekarang ni semua alert dengan apa yang aku nak kita buat time misi nanti. Faham?" terang Aaren. Lelaki itu apabila melibatkan misi dan nyawa, dia yang akan cepat berubah mood. Daripada mood gila kepada mood dingin.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now