CHAPTER 19

314 10 0
                                    

"Wey Riq, tadi apa yang kecoh tu? Aku dengar suara kau macam mengamuk je. Asal?" tanya Aaren. Mereka berenam berkumpul di bilik Aaren dan Harith untuk berbincang.

Elriq sempat mengeluh dahulu sebelum menjawab pertanyaan Aaren.

"Zayn buat hal dengan aku."

"Zayn yang ex Amanda tu?"

"Haah."

"Sebut pasal ex, aku nak tanya isteri kau ada berapa orang ex sebenarnya?" tanya Harith.

"Aku tak sure. Asal?"

"Haritu yang time diaorang pergi German tu, kan aku ada cakap yang aku ternampak diaorang ambil gambar depan kedai kita tu. Time tu aku macam nampak ada sorang lelaki ni pandang Amanda semacam je. Aku syak yang lelaki tu ada niat jahat dekat isteri kau." terang Harith.

"Isteri aku takde pula bagitahu pape pasal benda ni."

"Maybe dia pun taktahu tentang niat jahat lelaki tu." Azyen mencelah.

"Orang ketiga tu memang akan wujud Riq, don't worry semua pasangan akan ada salah faham tentang orang ketiga ni. Macam aku dengan Irene pun pernah juga gaduh sebab ex Irene datang balik tapi it depends on us, how we are settled that situation." sambung Hayder.

"Aku rasa dah sampai masa untuk aku ceritakan benda yang sebenar." Aaren mencelah.

"Eh lengkuas, lagi bagus kalau kau tutup mulut kau tu sebelum aku koyakkan. Kau tu bukannya pernah nak serius pun kalau tengah meeting." balas Harith.

"Aku sebagai ahli yang paling berwibawa dan dedikasi, aku kena la." Belum sempat Aaren menghabiskan ayat, Harith dah menyampuk.

"Ha Riz, event untuk company kau tu bila?" tanya Harith.

Aaren sudah memandang tajam ke arah sepupunya itu.

"Hujung bulan ni. Korang semua kena datang tau. Aku wajibkan korang semua datang event aku ni." balas Elriz.

"Mesti datang punya ehh. Lagipun kita semua balik German awal bulan depan kan."

"Mantap."

"Dah, aku nak pergi bawah. Isteri-isteri tu bukannya boleh ditinggalkan lama, kang ada bawa naik lelaki lain kang. Lupa mana satu suami yang real." jawab Hayder.

"Aku ikut kau Der." balas Elriq.

"Aku pun." Elriz jawab sepatah.

"Aku ikut juga. Nak makan, lapo." Azyen mencelah.

Harith pun ingin berlalu pergi tetapi ditarik semula oleh Aaren.

"Wey, bila nak bagitahu benda ni dekat diaorang?" tanya Aaren.

"Aku taktahu do. Tadi aku halang sebab aku rasa bukan masa yang sesuai lagi." jawab Harith.

"Lagi 5 bulan je wey misi ni nak berjalan."

"Nanti ah balik dari Genting ni kita bagitahu, takpun time kat German nanti."

"Okay." Aaren ingin berlalu pergi untuk turun ke bawah tetapi dihalang oleh Harith. Dah macam tarik tali dah ha.

"Kau ni hak alah, nak balas dendam ke?" Aaren tidak berpuas hati dengan si Harith.

"Bukan nak balas dendam, tapi memandangkan aku yang lahir dulu, so aku kena keluar dulu."

"Hak alah, beza 2 bulan je pun."

"Kunci bilik tu, kang tak pasal-pasal ada scandal kau masuk pula."

"Mentega betul la mamat ni." Aaren sudah mendengus kegeraman dengan perangai sepupunya itu.

Hari ini merupakan hari terakhir kami semua di sini. Kami sudah bergerak pulang ke rumah masing-masing.

"Sayang." panggil Elriq.

"Mmm." Aku jawab sepatah kerana aku pun taktahu apa kena dengan aku harini. Dari malam semalam badmood.

"Are you okay, prinzessin?"

"Ok."

Elriq perasan akan perubahan mood aku ni tetapi dia tahu sebab apa aku jadi macam ni. Maybe disebabkan hal pagi semalam. Kami berdua diam sahaja sepanjang perjalanan untuk balik ke rumah tu.

Jam tepat menunjukkan pukul 9:00 malam, kami berdua mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak berjemaah. Apabila selesai sahaja Elriq berdoa, dia memandang ke arahku untuk bersalaman tetapi dia terkejut apabila melihat aku sudah mengeluarkan air mata.

"Kenapa ni, sayang?"

Aku terus memeluk tubuh suamiku itu. Aku betul-betul perlukan dia sekarang ni untuk kembalikan semangat aku yang happy go lucky itu.

"Sayang takut ya?" Elriq pujuk aku sambil mengusap belakang aku yang berada dalam pelukannya itu.

"Abang."

"Yes, sayang." Elriq menundukkan sedikit wajahnya untuk melihat wajahku. Kami memandang satu sama lain.

"Agaknya Allah akan ampunkan dosa Aisy ke even Aisy dah buat zina besar sangat?"

"Allah tu maha pengampun, my prinzessin. Kita jangan berhenti berdoa minta pengampunan daripadaNya sebab bila kita jatuh, dia sentiasa ada untuk kita. Bila kita perlukan dia, dia selalu tunggu untuk kita kembali kepadaNya, dan bila kita menadahkan tangan untuk berdoa, dia sentiasa mendengar tanpa jemu. So now, I want my prinzessin always doa semoga Allah terima taubat sayang okey, and I always being here for you, prinzessin." terang Elriq kepada isterinya itu dengan penuh lemah lembut.

"Terima kasih abang sebab selalu ada dengan Aisy." Elriq memberikan aku ciuman di dahiku manakala aku mengeratkan lagi pelukan antara kami berdua.


Hai semua, ini update untuk chapter 19. Chapter kali ini pendek sikit. Harap korang enjoy! Next chapter mungkin akan di update 7/4, thank you!

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now