CHAPTER 53

119 5 0
                                    

"Cepatnya abang balik. Baru 3 hari abang dekat German. Abang kata operasi tu sampai seminggu."

"Abang susah hati lah nak tinggalkan isteri abang lama-lama dekat sini. Takut nanti ada yang curi pula." Elriq terus menarik tangan aku untuk pergi mengambil barang yang lain.

"Sayang nak beli apa-apa lagi ke?" Tanya Elriq.

"Rasanya takde apa-apa dah. Malam ni abang nak makan apa? Aisy boleh masakkan." Elriq terus menggelengkan kepalanya.

"Malam ni kita pergi rumah mummy sebab mummy ada buat makan-makan untuk kita semua." Balas Elriq.

"Kita semua?"

"Yup, semua family mummy dengan daddy ada dekat sana nanti."

Setelah selesai membeli barang dapur, aku dan Elriq pulang ke rumah kerana kami perlu pergi ke rumah mummy Elriq selepas solat maghrib.

"Aaaa, rindunya aku dekat korang semua!" Jerit Bella yang sebaik sahaja nampak kami semua tiba di rumah mummy Elriq. Bella sampai 10 minit awal daripada kitaorang semua.

Kami yang gegurls ni mula lah bila dah lama tak jumpa kan. Macam ni lah jadinya. Berpelukan macam 1000 tahun tak jumpa haa.

Aku duduk di ruang tamu manakala yang lain berada di luar. Mummy memang buat makan-makan ni di luar rumah sebab senang nanti takde lah bersepah.

"Amanda. Kau asal tak duduk dekat luar?" Tanya Dania. Terkejut aku dibuatnya.

"Malas aku. Ramai sangat lelaki dekat luar tu. Kang tak pasal-pasal bergaduh lagi dengan si Elriq tu. Maleh dah nak dengar dia membebel."

"Mengalahkan perempuan ek." Aku dan Dania terus tergelak besar.

"Ha, yang kau ni tak duduk kat luar tu kenapa?" Aku bertanya kepada Dania.

"Aku malas nak terserempak dengan Aaren." Balas Dania.

"Aik, bergaduh lagi? Ingatkan dah tak gaduh dah. Ingatkan dah jadi enemy to lover." Aku tergelak kecil.

"Kau ni kan kalau tak shipkan aku dengan mamat gila tu tak boleh ke? Benci tau." Jawab Dania.

"Eh, ni aku nak tanya kau something." Sambung Dania.

"Kau nak tanya apa?"

"Macam mana kau boleh hilangkan rasa trauma kau?" Tanya Dania.

"Siapa cakap aku dah takde rasa trauma? Ada je Dania, cuma entahlah kadang-kadang tu aku fikir sampai bila kita nak hidup penuh dengan trauma ni. Setiap malam aku mesti akan mimpi buruk. Elriq yang tenangkan aku. Tapi lama kelamaan kalau kita tak fikirkan sangat benda tu, benda tu akan hilang sendiri. It is depends on our mindset. Kalau mindset kita kata negatif, so apa yang kita lalui tu negatif juga la. But if our mindset fully with positive things, kita akan lalui hari-hari kita dengan positif." Terang aku.

Aku melihat Dania sudah tergamam di sebelah aku. Tak pernah dengar orang bagi nasihat ke?

"Kau dah kenapa mata tak berkelip tu?" Aku mengejutkan Dania daripada mengelamun.

"Takdelah, first time aku dengar kau cakap lembut bila sampaikan nasihat." Aku menjeling ke arah Dania. Sedap kenakan aku ya.

"Wey, Dania. Sini kejap. Aaren minta tolong kejap." Panggil Hayder.

"Ah malas, tadi cari gaduh dengan aku. Sekarang nak minta tolong lak. Poracik punya orang tua." Bebel Dania.

"Kau nak datang sini sendiri ke nak aku dukungkan?" Aku dan Dania sama-sama terkejut apabila terdengar suara garau Aaren dari belakang.

"Kau nak apa? Tadi marah aku sekarang nak minta tolong pula." Kata Dania.

"Tolong lah sini sekejap. Minta tolong je pun bukannya minta nama penuh untuk akad nikah." Balas Aaren. Dania menjeling ke arahnya. Tanpa kerelaan hati, Dania terus pergi ke arah Aaren. Aku dengan Hayder dah terkekek dah tengok diaorang dua ni.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now