CHAPTER 59

135 6 0
                                    

Apabila semua ahli Black Snakes sudah pulang ke rumah, aku dan Elriq pula tinggal berdua dalam wad itu. Selepas kejadian petang tadi yang hampir ingin meruntuhkan bangunan hospital ini, kami pergi melawat Irene yang sudah selamat lahirkan sepasang anak kembar yang bernama Khir Hazran Bin Khir Hayder dan Khairene Hazrina Bin Khir Hayder. Kini, tiba masanya untuk aku menyoal siasat lelaki yang bernama Elriq Alden.

"Abang." Aku memanggil Elriq yang sedang bermain game ML nya.

"Yes, prinzessin." Elriq menyahut panggilan aku tetapi mata masih memandang ke arah telefon itu. Aku sudah menjegilkan mataku ke atas.

"Hm, takpelah. Abang main lah game dulu." Aku terus baringkan badan aku atas katil itu lalu menarik selimut hospital dan menutupi seluruh badan dan muka aku.

"Alaalalalala, yelah yelah. Abang dah tutup game ni. Okay, sekarang Aisy nak cakap apa dengan abang, hm?" Elriq terus menutup telefon itu lalu mendekatkan dirinya kepada aku. Dia menarik semula selimut itu sehingga aku boleh melihat wajahnya yang tampan itu. Aku pula menjelirkan lidah aku terhadap suami aku itu. Elriq tergelak kecil lalu memeluk erat tubuh aku.

"Aisy nak cakap apa dengan abang?" Tanya Elriq semula.

"Aisy nak cakap pasal petang tadi tu."

"Which one, prinzessin?"

"Dekat office tu." Jawabku. Aku mendengar yang Elriq sempat mengeluh. Elriq mengambil tempat di sebelah aku lalu dia meletakkan dagunya pada kepala aku sambil memeluk tubuhku.

"Abang, abang kan lelaki yang pernah selamatkan Aisy dua tahun lepas?" Aku bertanya kepada Elriq.

"Yes, my prinzessin." Aku terus mendongak sedikit untuk memandang ke arahnya. Mata aku sudah terkebil-kebil melihat wajahnya sekarang ini.

"Lelaki yang teman Aisy dekat hospital tu, Aaren kan?" Tanyaku lagi. Elriq juga menganggukkan kepalanya. Aku menjadi terkedu seketika. Aku seperti tidak percaya apa yang aku sedang mendengar sekarang ini.

"Why didn't you tell me the truth?" Aku sedikit bengang kerana selama ini lelaki yang dekat dengan aku merupakan penyelamat aku pada peristiwa dua tahun lepas.

"Aisy rasa kalau abang tunjukkan muka abang pada Aisy masa malam tu, Aisy rasa Aisy akan kahwin ke dengan abang sekarang ni?" Aku terus menoleh ke arahnya.

"Abang tak rasa Aisy akan kahwin dengan abang kalau abang show myself in front of you time dekat hospital tu." Kata Elriq lagi.

"Yes, prinzessin. Abang dah mula jatuh cinta dengan Aisy masa malam tu lagi. Abang bukan jatuh cinta dengan Aisy sebab kesian atau sebab badan Aisy tetapi sebab keberanian dan ketulusan hati Aisy tu. Abang boleh nampak pada malam itu, prinzessin."

"Don't close your eyes, prinzessin. Do you remember that words?" Aku mengangguk laju.

"Sejujurnya, setiap kali abang panggil Aisy prinzessin, Aisy mesti akan ingat ayat tu." Jujurku kepada Elriq. Elriq tersenyum kepadaku.

"I'm sorry prinzessin because I can't be a knight in shining armor for you today." Elriq mengucup dahiku dengan lembut. Aku pula memberikan ciuman pada pipi kirinya itu. Kami tersenyum antara satu sama lain.

"Tapi kan, abang. Abang perasan something tak?" Aku bertanya lagi.

"Perasan apa?" Tanya Elriq dengan kening sebelah terangkat.

"Tadi masa Aaren dengan Dania datang hospital, Aisy nampak diaorang dua macam datang sama-sama je."

"Yeke?" Aku mengangguk lagi.

"Tak mungkin lah sebab Aaren tu mana reti nak fikir pasal perempuan ni. Lagipun dia tu asyik busy je memanjang dengan kerja. Kalau si Harith tu, abang tahulah yang dia macam ada hati dengan si Bella sebab dari dekat German lagi dia dah cerita dekat kitaorang semua pasal Bella." Jawab Elriq.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now