CHAPTER 28

342 13 0
                                    

"Good morning, my prinzessin."

Semalam setelah selesai mereka melakukan aktiviti geletek-menggeletek, mereka terus tertidur kerana terlalu penat ketawa.

"Mmm morning, abang." Aku mengeliat sambil menggosok mata.

"Dah subuh, sayang. Bangun eh. Kita pergi mandi lepastu solat berjemaah."

"Okay, abang." Aku ingin bangun dari katil dan berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Tetapi, semasa aku nak tutup pintu bilik air itu, suami aku turut nak masuk sekali.

"Eh, abang. Abang buat apa ni? Aisy nak mandi dulu la. Lepas Aisy mandi baru abang mandi ya."

"Tulah, mengantuk lagi kan? Cuba ingat balik ayat abang tadi macam mana."

Aku pun memproseskan otak aku ni untuk berfikir ayat apa yang suami aku ni cakap tadi. Tapi tak boleh nak proses sebab masih dalam keadaan mamai.

"Abang cakap kita pergi mandi lepastu solat berjemaah." Jawab Elriq.

"Abang suruh Aisy mandi lepastu kita solat sama-sama kan?"

"Kita, sayang. Dah, jom."

"Eh, abang." Tak sempat aku nak menolak badannya untuk keluar, dia dah masuk ke dalam dan mengunci pintu tandas tersebut. Aku dah terkedu di situ dan aku dapat lihat dia tergelak kecil melihat wajah cuakku sekarang ni.

Apabila kami sudah selesai bersihkan diri, aku dan Elriq menunaikan solat subuh. Selesai tunaikan solat, tiba masanya untuk Elriq membaca doa. Aku terharu apabila mendengar doa suami aku itu.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa aku dan isteri aku ya Allah. Andai kata kami berdua pernah melakukan dosa besar, kau hukumlah kami di dunia ini dan bukannya di akhiratMu Ya Allah. Kau kurniakanlah kami cahaya mata yang soleh atau solehah. Kau ampunilah dosa isteriku ya Allah. Kau janganlah tambahkan beban kepadanya kerana sudah terlampau banyak dugaan yang dia hadapi selama ni ya Allah. Kau hukumlah orang yang pernah aniaya isterku ini ya Allah. Kau lindungilah rumah tangga kami dari sebarang ancaman ya Allah. Aku sanggup mati demi menjaga keselamatan dan kehormatan isteriku ya Allah. Aamiin, aamiin, ya rabbal-alamin."

"Abang." Aku sudah mengalirkan air mataku apabila mendengar doanya itu.

"Sayang, abang minta maaf sebab buat sayang menangis." Elriq menyeka air mataku yang sudah mengalir dengan deras di pipi.

"Sayang. If one day, abang pergi dulu daripada sayang, sayang kena janji dengan abang yang sayang takkan tangisi pemergiaan abang dalam jangka masa yang lama ya?" Aku terkedu mendengar ayat itu.

"Apa abang cakap ni?" Abang takkan tinggalkan Aisy. Abang akan ada dengan Aisy sampai Aisy tutup mata Aisy. Faham? Aisy tak boleh hidup tanpa abang." Aku terus memeluk erat tubuh suamiku itu.

"Dah, takmo la menangis macam ni. Buruk dah isteri abang ni." Elriq sempat mencuit hidungku yang kelihatan merah akibat menangis.

"Ishh, abang ni."

Aku dan Elriq pada awalnya cuma mahu rehatkan sekejap badan ini selepas solat tadi. Tetapi, tak sampai 5 minit baring atas katil, kami berdua terus melelapkan mata dan akhirnya, tertidur.

"Abang, jom makan. Aisy ada buatkan nasi goreng untuk sarapan pagi ni." Aku terjaga dalam pukul 9 pagi tadi, aku mencuci muka lalu aku turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan kemas rumah sekejap.

"Sedapnyaa bau. Pandai isteri abang ni masak."

"Abang, duduk sini. Biar Aisy sendukkan nasi goreng ni untuk abang."

Aku sendukkan nasi goreng untuk suami aku dengan kuantiti yang agak banyak. Aku tunggu juga bila dia akan cakap stop tapi takde. So, aku letak jelah nasi tu tiga senduk.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now