CHAPTER 57

143 6 0
                                    

"Riq, kau yakin ke dengan operasi kali ni? Semalam kita dah buat tinjauan. Kita dah tengok dah semua tebusan and orang-orang dia semalam." Kata Zuhal. Dia merupakan rakan baik Elriq. Dia juga berjawatan Inspektor.

"Aku yakin. Yang penting kita kena susun strategi betul-betul." Jawab Elriq. Semuanya mengangguk.

Keesokannya, semua anggota polis yang bertanggungjawab untuk selesaikan operasi ini sudah bersedia dengan senjata dan kelengkapannya. Mereka akan serang satu tempat yang berada dalam hutan tersebut.

"Semua dah sedia?" Tanya Elriq kepada anggota polis yang lain.

"Sudah, tuan!" Jawab mereka dengan serentak.

Tanpa melengahkan masa, mereka semua masuk ke dalam hutan dengan strategi yang mereka sudah agihkan.

"Tuan Zuhal dan Tuan Elriq, musuh ada di sekitar bangunan itu." Kata Lim yang merupakan pengintip untuk anggota polis.

"Copy that." Jawab Zuhal dan Elriq serentak.

Mereka semua mula menyerang musuh-musuh yang berada di sekitar bangunan tersebut. Mereka diberi arahan oleh ketua polis untuk melakukan shoot to kill apabila ternampak musuh.

Apabila kesemua musuh berjaya ditumpaskan oleh anggota polis. Elriq dan Zuhal mula memasuki ke dalam bangunan terbiar itu dengan berhati-hati. Senjata sentiasa berada pada tangan mereka. Mereka periksa sekeliling jika masih ada musuh. Dan mereka mendapati ada seorang lelaki yang memakai topeng berada dalam bangunan itu. Mereka terus bersembunyi.

"Lim, kau nampak apa-apa tak?" Tanya Elriq kepada Lim melalui alatan komunikasi iaitu earpiece.

"Saya nampak dia sedang tuang minyak dekat bangunan itu, tuan." Balas Lim.

"Minyak?" Soal Zuhal.

"Ya tuan. Minyak gasoline untuk memulakan sesuatu pembakaran." Kata Lim.

Muka Elriq dan Zuhal sudah kelihatan cuak. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Riq, aku rasakan dah takde sesiapa kot dekat sini. Aku nampak tadi musuh semua keluar daripada bangunan ni." Zuhal bersuara lantang. Dia memang sengaja membiarkan suaranya itu didengari oleh lelaki bertopeng itu.

"Betul juga kan. Rasanya bangunan ni dah kosong. Jom lah balik." Sambung Elriq.

Tanpa membuang masa, mereka terus menterjah masuk ke dalam bangunan itu.

"Jangan bergerak. Kami polis. Letak senjata tu dan angkat tangan perlahan-lahan." Kata Zuhal dengan tegas. Tetapi malangnya, musuh tidak mendengar kata-kata mereka itu.

"Aku kata letak senjata tu dan angkat tangan perlahan-lahan!" Zuhal sudah tidak boleh bersabar dengan lelaki itu.

Apabila Elriq melihat kata-kata Zuhal itu tidak mendatangkan kesan kepada lelaki itu, Elriq mencuba pula untuk membuat musuh itu letakkan senjata dan mengalah. Dia berfikir mungkin kalau dia yang berkata, musuh itu akan mendengar kata.

"Encik musuh, sila letakkan senjata encik dan angkat tangan encik ke atas dengan perlahan-lahan. Jangan risau, kami takkan apa-apakan encik. Sebab kami semua anak lembu anda." Lembut sahaja suara Elriq apabila berkata begitu dengan musuh itu. Zuhal sudah memandang tajam ke arah Elriq.

"Aku ni berkawan dengan haiwan ke manusia?" Gumam Zuhal dengan perlahan.

"Tak sangka pula Tuan Elriq pandai cakap dengan bapak lembu." Lim mencelah melalui earpiece itu sambil tergelak kecil.

"Belajar daripada isteri lah tu." Kata Crensens yang merupakan anak didik Elriq semasa Crensens menjalani latihan polis.

Mereka semua memandang semula ke arah musuh itu. Mereka melihat tangan musuh itu mempunyai pemetik api.

Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE]Where stories live. Discover now