PROLOG

6.1K 117 2
                                    

KAKI diatur melangkah ke arah Jeep Grand Cherokee miliknya.Telefon masih lagi ditekap pada telinga.

"Ya,budak kecik.Ada apa-apa lagi tak selain nak burger?"Sabar dia melayan kerenah suara comel dihujung talian.

"Tak ada dah!Nak tu je.Beli dua eh..Elly lapar."Suara comel itu dah merengek.

Bibir Affan mengukir ketawa halus sambil kepala tergeleng kecil.

Macamlah tak ada orang bagi makan dekat rumah tu..

"Okaylah,abang nak drive ni.Kejap lagi burger sampai ya tuan puteri."Affan membalas.

Nanti makin dilayan makin panjang rasanya senarai makanan yang nak dibeli.

"Okay!"Talian dimatikan.

Telefon dibawa ke depan muka dengan senyum senget.

"Macamtu je letak telefon."Affan menggelengkan kepalanya dengan ketawa halus.

Kunci kereta dipicit.Baru sahaja dia nak membuka pintu kereta tiba-tiba dia dapat rasa ada sesuatu yang rapat dan sedikit tajam menyucuk pada tepi pinggangnya.

"Kau senyap je.Bagi aku telefon kau dengan dompet kau."Suara bengis garau seorang lelaki yang betul-betul rapat pada telinganya buat Affan automatik kaku.

Dalam kepala Affan masih berkira-kira.Kalau dia menyerang balas dengan posisi ini pun pasti dia yang akan cedera dulu.

"Cepat!"Suara itu berbisik dengan nada ditekan dan marah bila Affan masih tak bergerak mengikuti arahannya.

Bahu Affan dicengkam kuat sambil lelaki yang bertopi dengan jaket menutupi separuh mukanya itu memandang sekeliling.Takut-takut ada pengunjung lain yang perasan akan niat jahatnya.

"Okay..okay."Affan bersuara dengan debar di dada.Orang kalau dah terdesak baik ikut saja.

TIN! TIN! TIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIN!

Tangannya yang baru nak menyeluk poket seluar  jeans terus terhenti bila suara nyaring hon motor skuter yang ditekan menyapa telinga.

Serentak kepalanya berpusing memandang ke arah cahaya terang motor skuter yang tepat menyuluh ke arah dia dan lelaki tadi.

"Tolong!!!Tolong!!!Ada penyamun!"

TIN! TIN! TINNNNNNNNNNNN!

Suara perempuan menjerit sambil bersambung dengan suara hon itu membuatkan semua pengunjung yang sedang duduk bersantai di padang dataran tak jauh dari tempat parkir kereta yang gelap itu berpaling.

"Woii!"Ada pula suara beberapa lelaki lain yang tadi melepak di tapak parkir motosikal menyergah.

"Jahanam!"Kedengaran suara lelaki itu marah dan terus berlari pergi dari situ.Tergendala niatnya.Hilang satu mangsa.

Pantas susuk tubuh lelaki berbaju serba hitam itu hilang dari pandangan sebelum sempat ada sesiapa yang menjadi saksi kecuali Affan dan gadis atas motor skuter itu.

Pengunjung lain yang melihat dari jauh masih tertanya-tanya sesama sendiri sebelum masing-masing kembali dengan aktiviti mereka bila lihat tiada apa yang buruk berlaku.

Melihatkan situasi yang dah mereda itu lelaki-lelaki lain yang turut sama tolong menyergah tadi kembali ke tempat mereka duduk.

"Awak okay?"Suara gadis menyapa dari atas motor skuter kedengaran.

Tapak tangan diangkat untuk menutupi silau yang menyuluh matanya.Niat nak tengok muka perempuan yang dah tolong menyelamatkannya tapi langsung tak boleh nampak.

"Sorry..sorry."Lampu yang tadi tegak menyuluh dah ditutup bila baru tersedar akan situasi itu.Bunyi enjin motor skuternya juga dah senyap dimatikan.

"Awak okay?Ada cedera ke?"Gadis itu yang datang dari tempatnya tadi sudah berdiri disebelah Affan.

"Okay..Okay.Cuma saya rasa saya dah buta."Affan bersuara.

"Haa?Buta?Kenapa?Dia ada simbah apa-apa dekat mata awak ke?"Gadis itu tunduk mengintai sedikit wajah Affan yang tertunduk sambil memisat matanya.

"Tak.Lampu motor awak tu.Awak pakai spotlight padang bola ke?"Affan berkata selamba dengan nada sedikit sebal.

Gadis itu mendengus geram.Orang betul risau dia sempat bergurau pula!

"Sama-sama."Gadis itu menjawab terima kasih yang tak keluar dari mulut lelaki dihadapannya itu.

Affan tergelak kecil spontan.Garang!Boleh tahan sarkastik juga.

"Terima kasih."Perlahan Affan menuturkan.Ikhlas.

"Kalau awak okay tak apalah.Lain kali hati-hati.Area sini memang bahaya sikit.Depan orang ramai pun berani nak buat kerja gila."Gadis itu mengomel sambil bercekak pinggang.

Affan hanya senyum mengangguk sambil dia memandang gadis yang memakai helmet dengan visor separuh terbuka itu.Yang dia dapat lihat cuma samar-samar separuh wajah perempuan itu sahaja dalam cahaya lampu jalan yang suram.

"Hati-hati eh."Gadis itu bersuara lagi sebelum berjalan ke arah motor skuternya semula.

Affan hanya memerhatikan gadis itu yang dah menghidupkan enjin motor skuternya dan terus berlalu pergi.

Affan menarik sengih.

Selalu hero selamatkan heroin.Ni heroin pula yang datang selamatkan hero.

Pintu kereta dibuka dan terus dia masuk ke dalam perut kereta.Keretanya dikunci dari dalam.Bimbang juga jika ada yang mengambil kesempatan nak menyamun atau apa.Digosok sedikit bahu yang lenguh dicengkam tadi.

Mujurlah tak ada apa-apa yang jadi.Nasib baik juga ada perempuan berani mati tekan hon untuk selamatkan dia.Kalau tidak dah satu hal nak kena pergi balai polis pula buat report untuk kes samun dan kad pengenalan diri yang hilang.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta diundurkan keluar dari tapak parkir.Perlahan keretanya bergerak pergi dari tempat letak kenderaan itu.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now