AYRA masuk ke dalam bilik neneknya dan cepat-cepat menutup semula pintu bilik itu dengan perlahan.Dia duduk pada birai katil.Ayra dapat rasakan tangannya menggigil.Ayra menghela nafas berat melepaskan sekali rasa sesak dalam dadanya yang semakin menggila.
"Menyesal aku balik."Ayra menggumam rendah serentak air matanya turut jatuh perlahan.
"Kita kahwin."
Kata-kata Abang Is di dapur tadi kembali terngiang di dalam kepalanya.Cadar katil digenggam.Emosinya tak menentu.Marah,benci dan sedih semua bercampur menjadi satu.
Senang jadi lelaki.Ingat semua masalah boleh selesai dengan kahwin?Kalau dia dipaksa pun dia tak akan sesekali rosakkan kebahagiaan dia berkahwin dengan orang yang dah buat maruahnya rasa tercalar.
Fikirannya tanpa dipinta terus berputar balik pada kejadian-kejadian yang sudah lama dia berusaha padamkan dari ingatan.
.
.
.
ENAM TAHUN LALU...
AYRA tersedar dari tidur lenanya bila dia rasakan badannya sejuk terkena angin dari kipas siling yang berputar laju.Dia yang sedang berbaring dengan posisi meniarap itu mengangkat tangannya dibawa ke belakang.Diraba-raba badannya mencari selimut di kiri dan kanan dengan mata masih terpejam.Langsung tak larat nak dibuka matanya.Penangan menolong di dapur seharian dari semalam sempena kenduri kahwin salah seorang kakak sepupunya.
"Ish!Mana ni."Ayra mengomel dengan mata masih terpejam.Rasa nak marah bila selimut yang dicari tiada.
Ayra yang baru mahu membuka mata dan memusingkan badannya tiba-tiba jadi kaku bila dia rasakan belakang badannya ditindih sesuatu.
Atau seseorang?
Matanya dipejamkan semula.Dia terlalu takut.Aroma minyak wangi yang kuat menyucuk deria baunya itu buat dadanya makin ketat.Jantung Ayra berdegup kencang.Nafasnya rasa tersekat bila dia dapat rasa desahan berat seorang lelaki pada telinga kanannya.Ayra menelan air liur yang rasa tersekat.Dia rasa nak menangis.
Dapat Ayra rasakan tangan seseorang sedang menjalar dari tepi punggungnya dan naik ke atas pinggangnya perlahan-lahan.Desahan nafas itu semakin memberat dan kuat bagai sedang leka melayan nafsu.Dia tak tahu nak buat apa.Mahu menjerit entah kenapa suaranya tak terkeluar.Mahu dikejut Erin,sepupu perempuannya yang sedang lena disebelahnya itu lagi badannya kaku hilang fungsi.
Ayra memejamkan matanya semakin rapat sehingga dia dapat rasakan kelopak matanya sedikit pedih dengan air matanya yang masih menitik laju.Badannya rasa semakin kaku dan sejuk bila tangan kanan lelaki itu sedang turun ke seluar tracksuit yang dipakainya.
"Hmm!"Entah dari mana kekuatan yang datang,Ayra terus berpura-pura seperti mahu bergerak dengan kuat dan terjaga bila tangan itu semakin bertindak liar mahu menarik seluarnya turun.
Sekelip mata badan Ayra yang tadi ditindih sudah menjadi ringan.Dia dapat dengar bunyi tapak kaki yang tergopoh-gapah melangkah pergi dari tempatnya berbaring.Nafas Ayra yang tadi rasa terhenti dihembus lepas.Pantas badannya dipusingkan menghadap ke atas.Mulutnya ditekup rapat menahan esakannya dari terkeluar.Ayra betul-betul takut.Badannya segera dirapatkan ke arah Erin dengan debaran yang masih tersisa.Bantal yang tadi dibuat untuk baring dah dipindahkan tergesa-gesa ke sebelahnya yang kosong.Dirapatkan bantal itu agar mengepungnya.
Otaknya bagai baru memproses apa yang dialami.Apa yang jadi?Kenapa?Air matanya makin deras mengalir.Malam itu sehingga ke subuh Ayra tak dapat melelapkan mata.Dia takut lelaki tadi berpatah balik.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...