Bab 53

1.5K 80 1
                                    

MATA yang tadi terpejam rapat perlahan dibuka.Tangannya naik memisat perlahan mata.Dia terjaga dari lena bila ada tangan yang panas dan hangat melingkar pada pinggangnya.Dengusan nafas yang terasa panas pada batang lehernya turut buat dia tersedar.

Badan dipusingkan menghadap suaminya yang tadi rapat memeluk dari belakang.

Affan demam.Ayra dapat rasa bahang badan Affan.Lagi-lagi mereka kongsi selimut yang sama buat Ayra pun jadi nak ikut demam juga.

"B?"Ayra menyentuh lembut bahu Affan yang sedang lena tidur.

Tak ada respon.

"B?"Digoncang lembut bahu Affan.

"Hmm.."Affan menjawab lemah.

"Okay tak?Panas badan ni.."Pipi Affan ditekap dengan tangannya.

Memang panas.

"Tak.B tak larat.Tak selesa."Affan mula merengek.

Sampai saja di rumah tadi dia terus mandi.Terus baring disebelah Ayra yang dah tidur.Langsung badannya tak larat.Kepalanya sakit dan berdenyut-denyut.Memandu balik tadi pun dia gagahkan saja diri.

"Lah yeke.Kenapa tak kejut sayang?"Ayra bertanya dengan kening bertaut.

Affan menggeleng.Tak nak kacau Ayra.

"Tidur kejap lagi okaylah ni.Lagipun dapat peluk sayang pun rasa sihat dah.Sayangkan ubat b.."Pinggang Ayra dirangkul semula.

"Ish b ni.."Bahu Affan dipukul lembut.

Menyempat lagi nak bagi punchline tengah-tengah suhu badan panas tu!

Affan buat tak dengar.Wajahnya dirapatkan pada leher Ayra.

"Panas b.."Ayra menolak lembut badan Affan.

Berbahang rasa.

"Emm.."Affan dah merengek semula.Mata dibuka sedikit.

"Kejap,sayang nak ambik ubat."Ayra meleraikan lingkaran tangan Affan.Selimut yang menutupi tubuhnya ditolak ke hujung kaki.

"Tak nak ubat.Tak sedap.."Affan merengek lagi.Tangan dah teraba-raba mencari badan Ayra.

Rasa sejuk sampai ke tulang.

Ayra menggeleng perlahan.Lelaki ni kalau demam memang macamni ya?Demam serupa orang macam esok tak celik dah..

"No..makan ubat.Sayang ambik sekejap."Ayra turun dari katil.Dia melangkah keluar dari bilik mereka dan menuju ke dapur.

Selimut Affan tarik bergumpal dan rapat membaluti badannya yang rasa sejuk.

.

.

.

TEPI kepala ditindih atas tangan kanan sambil berbaring mengiring.Diperhatikan wajah suaminya yang dah lena semula selepas dipaksa telan ubat tadi.

Lama dia merenung muka Affan.Perlahan jarinya naik dari dahi turun ke pipi,hidung dan bibir suaminya itu.

Sempurna.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now