Bab 15

1.4K 71 2
                                    

PINTU Jeep miliknya ditutup.Enjin kereta dan pendingin hawa dihidupkan.Affan meraup wajahnya.Kepala disandarkan pada kepala kerusi kereta sambil tangan menggenggam stereng.

Nafas berat dilepas.Buat hilang mood saja terserempak dengan perempuan itu tadi.

"Memang takkan berubahkan,Reen?"Affan senyum sinis.

"Dulu aku.Lepastu papa aku.Sekarang orang lain pulak?"Affan menggumam sendiri.

Hati Affan jadi marah.Perempuan sama yang menghancurkan hatinya.Perempuan sama juga yang memporak-perandakan hubungan keluarganya itu.

Eloklah.Lelaki mata keranjang tak cukup satu perempuan berjodoh dengan perempuan mata duitan!

.

.

.

TIGA TAHUN LALU ..

Kawasaki Ninja ZX-25R itu laju memasuki kawasan perkarangan garaj banglo mewah milik keluarganya itu.Tongkat motor diturunkan dan enjin dimatikan.Tergesa-gesa dia turun dari motornya terus menuju ke pintu rumah sambil tangan mencabut helmet full-faced dari kepalanya.

Kasut yang baru dilucutkan itu dicampak saja ke tepi dan dia terus menolak pintu yang tak berkunci itu.

"Apa salah saya awak buat saya macam ni?!Tergamak awak kahwin dengan orang yang sebaya anak awak,bang?!Awak tak malu ke dengan Affan?!"Buka saja pintu telinga Affan menangkap suara umminya yang sedang menjerit dalam esakan.

"Nak malu apa?!Saya mampu!"Kedengaran suara papanya membentak.

"Kau perempuan tak tahu malukan?Tak ada rasa malu dah rampas laki orang?!"Suara umminya bergema lagi.

"You yang tak pandai jaga laki.Nak salahkan I pulak?"Suara perempuan muda pula kedengaran membalas dengan nada sombong. 

Lagi laju langkah Affan diatur menuju ke ruang tamu arah suara itu datang.

"Kalau macamni perangai awak,dari awal saya dah pergi tinggalkan awak!Penat saya berkorban selama ni!Betullah..memang lelaki ni cepat lupa diri!Awak dah lupa diri!"Datin Raihana dah menjerit bagai orang histeria dengan air mata merembes laju.

"Kurang ajar!"Suara Dato' Husin meninggi dengan tangan yang dah diangkat naik mahu singgah ke pipi isterinya.

"Papa!"Suara Affan yang kuat bergema itu mengejutkan semua orang yang ada serentak menghentikan perbuatan papanya.

"Affan.."Makin laju air mata Datin Raihana menuruni pipinya bila melihat anak lelakinya itu datang tepat pada waktunya.

Dato' Husin terdiam.Terkejut dengan kehadiran anaknya yang sepatutnya ada di universiti pada waktu ini.

"Affan?"Perempuan muda yang dari tadi duduk bersilang kaki dengan angkuh itu memandang Affan tak percaya.Wajahnya jadi pucat lesi.Rendah saja suaranya menyebut nama Affan.

Affan laju mendekati umminya yang tadi berdiri menentang papanya itu sudah terduduk semula di atas sofa.

"Papa buat apa ni?!"Affan membalas pandangan papanya.

Dato' Husin menurunkan tangannya ke sisi.

"Eloklah kalau semua ada.Senang sikit nak sampaikan.Papa dah kahwin lagi satu.Setuju ke tak setuju kamu kena terima.Kenalkan ni isteri kedua papa.Adre-"

"Reen?"Percakapan papanya dipotong laju.Berkerut dahi Affan bila pandangannya jatuh pada perempuan seumuran dengannya yang sedang duduk menekur lantai disebelah tempat papanya berdiri itu.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now