"YA ALLAH!"Segera Ayra berdiri tegak sambil memandang lelaki yang dah terduduk dengan kaki berlunjur atas tanah itu.Tertunduk lelaki itu mengusap pinggangnya yang sedikit sengal terhentak atas tanah tadi dengan wajah berkerut.
"Okay ke?"Ayra dah duduk bertinggung disebelah lelaki itu.Tak keruan dia bila dengar suara lelaki itu mengaduh kuat tadi.
"Okay..okay."Lelaki itu dah mengangkat muka pandang ke arah Ayra disebelahnya.
Kening Ayra terangkat bila raut wajah itu menyapa pandangannya.
Lelaki sama yang tiba-tiba muncul jadi penyelamat dia daripada Abang Is pagi semalam!
Walaupun kalau ikutkan bukanlah penyelamat pun sebab lelaki depan dia ni datang dapur cuma sebab nak buang air besar je.Tetap Ayra rasa terhutang budi sebab kalau tak kerana lelaki tu semalam entah lama mana lagilah Abang Is nak menahan dia.
Siapa nama dia semalam eh?
Affi?Afif?
Affan..
Yes!Affan.
"Boleh tahan eh.Badan je kecik tapi berapa kilo ni?"Affan bertanya sambil perlahan bangun dan berdiri.Bahagian belakang kain pelikatnya yang sedikit kotor itu dikibas-kibas.
Ayra dah buat muka.Ikhlas ke tak ikhlas ni?
"Siapa suruh baik hati sangat nak tolong sambut?"Ayra turut berdiri sambil bercekak pinggang.
"Kalau saya tak baik hati silap-silap majlis akikah ni jadi majlis doa selamat."Affan membalas.
"Kenapa pulak?"Ayra berpeluk tubuh.
"Yelah.Nak kena doakan awak pulak yang patah riuk masuk hospital sebab jatuh dari pokok mangga."Selamba Affan menuturkan.
Ayra dah mengecilkan matanya memandang ke arah Affan.Kalau boleh tembus pandangan mata ni memang tembus dah!
Sakit hati juga ya bercakap dengan dia ni..
"Tak payah.Lain kali biar je saya tersadai atas tanah.Bukan awak yang susah pun."Ayra menjawab geram.
Amboi,garang!
Affan menahan senyuman.Pertama kali berjumpa garang..sekarang pun masih garang.
"Sama-sama,Ayra."Affan menayang senyum.
Senyuman yang buat Ayra rasa sakit hati.
Perlilah tu!
Eh,kejap!Mana dia tahu nama aku?
"Awak ni siapa eh?"Ayra bertanya dengan dahi berkerut.
Kenapa dari semalam ada saja mukanya di rumah nenek?Nak kata saudara jauh rasa macam bukan.
"Jodoh awak kut.."Selamba saja Affan membalas.
Ayra menjulingkan mata ke atas.Sakit jiwa melayan.Soalan yang ditanya dahlah semua jawapannya menyebalkan hati.
Affan menyembunyikan tawannya.
Sengaja Affan mengusik.Asalnya tadi memang dia dah lama berdiri ambil angin pagi berdekatan pokok mangga itu.Kebetulan dia nampak Ayra yang tengah gigih nak memetik buah mangga yang ada.Bila nampak Ayra mula panjat pokok mangga itu dia jadi risau.Kerisauannya terbukti bila Ayra tersilap langkah tadi.Apa lagi.. memang laju dia pecut berlari ke arah Ayra.
Konon nak jadi hero..alih-alih dengan dia sekali tersungkur.Mujur dua-dua tak ada apa-apa.Sakit pinggang sajalah sikit.Sah sekejap lagi ni Khairul jadi mangsa untuk tolong urut pinggang dia.
"Merepek eh.Mana awak tahu nama saya?"Ayra bercekak pinggang semula.
"Ayra?!"Belum sempat Affan buka mulut untuk menjawab,suara Nek Mah sudah memanggil dari pintu belakang dapur.Keduanya berpaling ke arah suara Nek Mah.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...