"BANGSAT!"
Telefon di dalam tangannya dicampak kuat sehingga jatuh bersepai atas lantai selesai membaca tajuk artikel yang baru dibuka tadi.
"Uhuk!Uhuk!"Dada yang terasa perit akibat batuk yang sudah berlarutan beberapa minggu itu diusap.
Nafas cuba ditarik biarpun perih.Kepala yang berdenyut diurut kuat.Entah kenapa sejak beberapa minggu ini kerap pula demam.
'DATO' HUSIN TERPALIT SKANDAL RASUAH'
'HAJI DATO' HUSIN SIMPAN PEREMPUAN?'
'SKANDAL DATO' HUSIN BERGADUH DENGAN ISTERI MUDA'
"Tak guna betul.."Berdetap gigi menahan rasa marah bila tajuk beberapa artikel dari tabloid terkenal menyapa semula ruang mata.
Sekelip mata dia rasa hidupnya terjejas.Hancur reputasinya.Musnah legasi yang dibina dengan titik peluhnya selama ini.
"Celaka mana pulak yang jual segala video,gambar dan maklumat semua ni?!"Selimut yang menutup separuh badannya ditolak kasar.
"Sial!"Dato' Husin marah.
Tajuk artikel itu semua buat klien yang bekerjasama dengan syarikatnya banyak yang menarik diri dari beberapa projek.
Tak nak menjejaskan reputasi dengan terpalit skandal katanya.
Akibatnya syarikat Dato' Husin banyak alami kerugian belakangan ini.Bukan sedikit tapi banyak.
Dekat mana silapnya?!
Entah-entah Adreena yang jual semua maklumat tentang dirinya pada tabloid terkemuka tu semua kerana dendam?
Tapi tak mungkin..
Adreena tak seberani itu.Habis siapa?
Video dan gambar mesra dia bersama Linda dan beberapa perempuan lain terlalu dekat dan peribadi.Mustahil ditangkap oleh orang biasa.
Rancangan menghancurkan hidup Affan dan memalukan bekas isteri pertamanya pula gagal!Linda kaki kikis itu pula entah ke mana hilang!
Linda terus senyap selepas malam yang sepatutnya Linda jalankan rancangan mereka untuk perangkap Affan beberapa minggu lepas itu.
Panggilan semua tak berjawab malah dia dah tak bekerja di kafe Affan lagi menurut sumber Dato' Husin.
Sial!Kalau tahu begini baik dari awal dia sendiri laksanakan perancangannya.Sekarang semuanya jadi kucar-kacir!
"Uhuk!Uhuk!"Semakin kuat ditekan dadanya yang perit.
Batuknya masih tak berhenti dan tiba-tiba perut Dato' Husin bergelodak.Terus dia turun dari katil dan berlari masuk ke dalam tandas.
"Uwek!"Terkeluar segala isi perut yang baru berisi tak sampai beberapa jam.
Paip sinki dibuka dan air ditadah.Kuat dan laju dia membilas wajahnya dengan air yang ditadah tadi.
Dato' Husin angkat muka.Pandangannya bertemu dengan biasan dirinya sendiri pada cermin yang tergantung.Lama ditenung wajah yang semakin cengkung,pucat dan tak bermaya itu.
Apa dah jadi dengan dirinya?
Lesu.Tak bermaya.Demam bersilih ganti dengan batuk.Selsema dan hidung berair.Wajahnya diraup kasar.
TOK!TOK!TOK!
Suara ketukan dari luar pintu menyentakkan lamunan Dato' Husin.
"Dato'.."Kedengaran suara pembantu rumahnya memanggil.
"Kenapa bik?!"Dato' Husin melangkah keluar dari bilik air dan bertanya agak kasar.
Marah bila waktu rehatnya diganggu.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...