"AYRA..Ara."Pintu bilik Ayra diketuk oleh Puan Fatimah.
"Dah siap ke belum tu?Cepat sikit.Rombongan pengantin lelaki dah sampai dah.Nanti tok kadi sampai dulu kena bising pulak nanti."Puan Fatimah mengetuk lagi sekali pintu bilik anaknya itu.
"Dah bu.."Serentak pintu bilik dibuka oleh Ara.Ara melangkah keluar dan berdiri di tepi pintu.
"Sorry bu..tadi mintak Ara pakaikan selendang dengan crown ni haa."Ayra keluar mengekori dari belakang.
"Cantiknya anak ibu ni."Dagu Ayra dicuit dan pipinya dicium lembut dengan rasa sebak.
Tak sangka beberapa detik sahaja lagi anak perempuannya itu bakal menjadi isteri orang.Sekejap saja terasa masa berlalu.
Ayra senyum nipis.Turut rasa sebak dengan ayat ibunya.
"Ibu jangan nangis.Nanti Kak Ayra ikut nangis.Cair make up."Ara bersuara dari tepi.
Dah nampak mata Ayra yang turut sama bergenang tu.
"Yelah..yelah.."Laju Puan Fatimah menyeka air mata pada hujung mata.
"Dah..cepat.Diorang tunggu dekat masjid dah."Tangan Ayra dipaut lembut oleh Puan Fatimah supaya jalan beriringan keluar rumah untuk masuk ke dalam kereta di mana Izzat sudah menunggu.
"Sekejap!Heels akak lupa nak ambik.."Ara dah kelam-kabut menghilang semula ke dalam bilik.
"Kitorang tunggu dalam kereta Ara.."Ayra melaung sambil mengikuti langkah ibunya untuk ke kereta.
.
.
.
AFFAN duduk bersila di atas tempat duduk bulat berwarna putih yang disewa khas untuk majlis akad nikah itu.Mereka sedang menunggu kehadiran pengantin perempuan.Tok kadi pun baru sampai.
Akad nikah dia dan Ayra akan berlangsung pada jam 9 pagi sebentar lagi.Masih ada 10 minit berbaki sebelum jam menginjak ke angka sembilan.
Tangan yang dah mula berpeluh sejuk itu dikepal dan dibuka beberapa kali.Debar di dadanya makin terasa bila nampak Tok Kadi sampai tadi.
"Assalamualaikum.."Affan angkat muka memandang suara yang memberi salam.
"Waalaikumussalam.."Ada beberapa suara yang menyambut salam itu perlahan.
Encik Razak yang baru sampai sedang bersalaman dengan beberapa orang saudara mara lelaki Affan itu dipandang.Encik Razak mengambil tempat berdekatan dengan Tok Kadi yang sedang menyusun dokumen di atas rehal yang dipasang itu.
Nasib baik bakal bapa mertuanya itu menunaikan janji.
"Assalamualaikum.."Affan menoleh dengan satu lagi suara memberi salam.
Wajah Izzat yang sedang tunduk bersalaman dengan para lelaki yang ada di situ dipandang.Kalau Izzat dah sampai maknanya Ayra pun dah sampai.
Makin kuat dada Affan terasa dipalu dengan perasaan gemuruh.Tak ada satu kata pun yang keluar sejak mereka sampai di masjid.Belum masuk lagi perut yang kadang-kadang memulas.
Serentak Affan menoleh ke belakang mencari kelibat bakal isterinya itu.Terpana dia seketika melihat Ayra yang sedang berjalan masuk melalui pintu masjid ke arah mereka.
Cantik sungguh ciptaan Allah.Tak berkelip matanya merenung Ayra yang sangat cantik berbaju nikah berwarna serba putih itu dengan wajah dioles solekan yang makin menaikkan seri wajahnya.
Dapat Affan rasa getar jantungnya yang mula tak keruan.
"Sabar sikit Affan.Malam nanti kau tenunglah dia puas-puas."Khairul disebelah berbisik sambil menyenggol siku Affan mengusik.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...