"NAK.."
Sayup sahaja suara Ayra menyahut dari sebalik bantal.Bantal diturunkan perlahan dari muka.
Affan senyum.Dulang yang tadi dibawa masuk dari luar bilik dah diletakkan sebelah Ayra yang sudah duduk dengan kaki berlunjur.
"Alolo..nangis ke sayang b ni?Sebab tak dapat chicken chop?"Affan pandang wajah Ayra yang sedikit tunduk.
"Mana ada.."Ayra menafikan sambil mengesat hingus dari hidung.
Mata tak lepas memandang hidangan chicken chop,kentang goreng dan coeslow di dalam dulang.
Entah bila suaminya beli pun dia tak tahu.Ingatkan suaminya tak peduli atau tak faham."Bila b beli ni?Buat apa beli?Mana ada Ayra mintak?"Ayra angkat muka.Wajah Affan dipandang dengan mata terkebil-kebil.
Affan senyum.Ayra ni memang tak pandai menipu.Itu yang buat Affan jatuh hati agaknya.
Opposites attract bak kata orang..
"Kenapa tadi tak cakap je terus nak makan chicken chop?"Kedua pipi Ayra dicubit lembut.
"Sakitlah b.."Ayra merengek sambil menepis lembut tangan.Nampak sangat ke?
Dah ada isteri ni baru Affan tahu,emosi dan mengidam orang mengandung ni janganlah dibuat main atau ambil ringan.Dia punya sedih tu kadang boleh buat tak senang tidur.
"Emm..tak nak susahkan."Ayra tunduk dengan sedikit cebikan.
Mula dah mata bergenang balik.
"Kan b dah cakap..kalau teringin apa-apa tak payah takut-takut.Ada b pergi cari.Tak ada pun b cari jugak.."Affan memujuk.
Terus berjurai air mata Ayra menitik jatuh.Affan pula jadi serba salah.
"Sayang bagi hint macam tadi tu kadang mana nak tahu.Tapi tak apa..nasib baik sayang ada suami mind reader.Sekelip mata je boleh faham.."Affan mengusik.
"Eii b ni.."Lengan Affan dipukul lembut.Affan senyum.
"Untung sayang.."Affan mencapai sudu garfu dari tepi pinggan dan mula mengoyak ayam kepada cebisan kecil.
"Sebab?"Kening Ayra terangkat bertanya.
"Yelah..dapat suami handsome,romantik,sweet,bertanggungjawab.Haih semualah..Untung..untung."Affan masih fokus mengoyak ayam di dalam pinggan.
"Eiii perasan.."Ayra mencebik dengan mata dan hidung yang merah.Senyum kecil tertahan pada hujung bibir.
Affan pandang Ayra sambil ketawa.
"Aaaa bukak mulut.."Secebis ayam dicucuk pada garfu dan disua ke mulut Ayra.
"Aaaaaa.."Luas mulut Ayra menganga mahu menerima suapan daripada suaminya.
"Ya Allah..sayang.Macam buaya mulut.Luas betul menganga.."
"B!!"Ayra mencubit pinggang Affan spontan bila diusik begitu.
Affan ketawa sambil mengelak sedikit ke tepi dari menerima cubitan halus Ayra.Kalau tak elak,mahu berbekas seminggu.
.
.
.
"AKU Dato' tahu!Harta aku banyak!"Suara yang menjerit seperti orang hilang kewarasan itu bergema ke segenap ruang bilik.
"Eh tak payahlah!Ingat aku ni dah nak mati ke?!Nak papah papah aku!"Suara garau itu bergema lagi.
"Jangan nak sentuh akulah dengan tangan kau tu!Jijik tahu!"Kali ini suara garau tadi disertai dengan sedikit rontaan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...