KAKI disilangkan berlunjur di atas katil bersaiz king dengan cadar hitam itu.Ipad dalam tangan dibelek sambil menunggu isterinya selesai mandi.Pintu bilik air terbuka dari dalam dan Ayra melangkah keluar dengan lengkap berpakaian tidur.Affan mengangkat muka.Ayra yang sedang menyangkut tuala basah itu dipandang sekilas.
Senyap sahaja isterinya itu dengan wajah serius.Ayra yang naik ke atas katil tanpa sepatah suara itu hanya diperhatikan.Selimut Ayra tarik menutupi keseluruhan tubuhnya sambil dia baring membelakangi Affan.Ayra tak ada rasa nak berborak atau apa dengan suaminya sekarang.
Kenapa entah dia tak dapat nak kawal emosinya hari ini.Bayangan wajah Adreena,kata-kata Linda dan sindiran papa Affan semuanya buat Ayra hiba dan sedih.Ditambah pula dengan Affan yang berahsia tentang hal yang besar itu sampai mereka dah bernikah.Semuanya buat Ayra rasa tak penting dan sayu.Buat Ayra jadi yakin yang Affan tak begitu ikhlas pun mengahwini dia.Buat Ayra rasa sangat kerdil masuk ke dalam kehidupan Affan.
Tadi sewaktu majlis resepsi bermula pun Ayra dah mula rasa gemuruh dan kerdil bila melihat saudara-mara Affan dan rakan-rakannya yang rata-rata dan nampak sangat berkelas dan mewah.Tak seperti dia.
Tanpa sepatah kata juga Affan letakkan Ipad di dalam tangannya ke atas meja disisi katil.Dia turun dan melangkah ke arah pintu.Suis lampu bilik ditutup dan yang terpasang hanya lampu kecil pada sisi katilnya yang dari tadi dah dipasang.Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup kembali.
Ayra masih tak dapat tidur.Mendengar pintu bilik yang dah tertutup itu buat Ayra rasa semakin terpinggir bila Affan langsung tak ada usaha nak memujuk.Malah,tinggalkan dia keseorangan pula.
Takkan Affan tak nampak perubahan sikap dia?Tak ada rasa nak memujukkah?
Beberapa minit Ayra hanya kaku pada posisinya.Menunggu kalau-kalau Affan akan masuk semula tapi hampa.
Betullah Affan memang jadikan dia batu loncatan saja.Kata-kata manis Affan sebelum ini semua tiba-tiba rasa pahit.Patutlah cepat saja Affan ajak dia kahwin.Dia pula cepat sangat tangkap perasaan.
Badan saja sudah baring tapi fikiran dan mata masih celik.Segar.Tanpa sedar,ada air mata yang mengalir turun ke pipi.Rasa silap langkah pula terlalu cepat menerima Affan.Silap sendiri yang mudah sangat cair dengan pujuk rayu lelaki.Makin lama berperang dengan fikirannya sendiri semakin deras air matanya mengalir.Ayra menangis semahunya.Esakan juga dibiar lepas memandangkan hanya dia sendiri di dalam bilik yang suram itu.
Selimut ditolak ke hujung kaki dengan kasar dan Ayra duduk bila dia rasa susah bernafas kerana hidung tersumbat.Ayra lantas berdiri nak melangkah ke arah bilik air.Perlahan-lahan Ayra mengorak langkah kerana suasana yang agak gelap membataskan pergerakannya.
Belum sempat langkahnya sampai ke bilik air,badannya ditarik laju dan dipeluk erat.Ayra terpempam.Hampir sahaja menjerit tapi tak ada suara yang terkeluar.
"Kenapa nangis sorang-sorang ni sayang?"Suara Affan berbisik halus ditelinganya.
Terhenti air mata Ayra serta-merta.Wangian badan Affan menusuk masuk ke hidungnya.
Bukan ke suaminya tadi sudah keluar dari bilik?
"Bu-bukan awak dah ke-keluar ke tadi?"Spontan soalan itu yang keluar dari mulut Ayra tersekat-sekat.
"Saya tak pergi mana pun.Ada je sini tengok isteri saya ni."Affan bersuara lembut.
Ayra hanya diam.Rasa malu tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam dirinya.
"Saya nak pergi toilet."Hingus disedut.Hidung yang tersumbat tadi dah beransur reda.
"Tak apa..Lap je hingus ke air mata dekat baju saya."Affan mengeratkan pelukan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomantizmAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...