BEG galas yang dah disusun bersama sebuah tote bag sederhana besar di atas lantai hospital itu dipandang.Setelah seminggu dia ditahan wad untuk pemantauan akhirnya dia dibenarkan keluar.Ayra menarik kakinya yang tadi duduk berlunjur untuk bersila.Dia sedang menunggu jururawat menyiapkan segala dokumen yang membenarkan dia untuk discharge dari wad.
"Ayra boleh discharge ibu esok InshaAllah."
"Ouh..yeke."
"Haah..ibu esok boleh tolong ambil Ayra?"
"Ibu kena hantar Ara balik Universiti.Ayra naik grab bolehkan?"
"Naik grab?"
"Kenapa?Dah okay,kan?Macam mana ibu nak ke sana sini?Terkejar-kejar nanti.Letih ibu.."
"Ta-tak ada apa bu..okay bu."
Keluhan berat terlepas dari bibir Ayra.Perbualan dalam panggilan telefon semalam antara dia dan ibunya terlintas semula dalam kepala.Ayra tersenyum sinis sendiri.
Kenapalah dia berharap keadaan dia ini akan mengubah layanan ibu atau buat ibu pandang dia lebih daripada Ara dan Izzat?
Sedih?Mestilah.
Sakit pun disuruh berdikari sendiri.Ayra sedar yang dia memang akan dicari bila ada kepentingan sahaja.Dia yang lebih memerlukan ibunya tapi Ara yang mendapatkan perhatian lebih.Dia sudah lali tapi dia tetap ada perasaan.
Seminggu Ayra ditahan wad cuma hari pertama itu sahaja ibunya datang menunggu.Memang Ayra yang menyuruh ibunya supaya tak perlu susah-susah menunggu dan menjaganya di dalam wad tapi tak sangka ibu betul-betul ambil serius.
Kenapa nak terkejut,kan Ayra?
Ayra cuba faham yang ibu sibuk dengan urusan lain.Urusan mahkamah dan mungkin ibu juga nampak dia dah semakin sihat jadi ibu anggap Ayra baik-baik saja.Mungkinlah.Izzat ada juga datang dua tiga kali.Mungkin ibu yang suruh atau mungkin dia sendiri serba salah sebab ibu tak datang.
Ayra kenal ibunya.Mungkin itu juga cara ibu nak beritahu secara tak langsung bahawa ibu marah dengan perbuatannya.
Nantilah..lepas jururawat datang beritahu dokumen dah siap baru dia tempah grab untuk balik.Ayra bersandar pada bantal hospital yang bersusun dibelakang badannya.
"Dah boleh balik dah dik?"Ayra menoleh ke kiri arah suara yang menegurnya itu.
"Haah,Kak Su."Ayra mengangguk dengan senyum nipis.
Dia ditempatkan di dalam wad perempuan biasa sahaja jadi pesakit lain juga dari pelbagai umur dan masalah kesihatan berlainan.
"Untunglah..akak ni tak tahu bila boleh discharge.Letih dah ni rehat."Perempuan bernama Kak Su yang kelihatan jauh lebih tua sedikit dari Ayra itu tersenyum.
Ayra hanya ketawa halus.
"Siapa ambik nanti?"Kak Su bertanya.
"Saya na-"
"Barang dah siap,Ayra?"Suara Affan yang tiba-tiba mencelah itu buat jawapan Ayra terhenti.Kak Su dan Ayra sama-sama menoleh ke arah Affan yang dah berdiri di tepi katil Ayra.
"Affan?"Terkebil-kebil Affan dipandang.
"Ouh..tunang datang ambik.Untunglah.."Kak Su senyum mengusik sambil memandang Affan dan Ayra bersilih ganti.
Ayra pandang Kak Su dengan kening yang terangkat.Tunang?
"Kak Su makan dah?Harini okay?"Affan bertanya Kak Su ramah.
"Alhamdulillah..harini makin okay.Doktor je tak nak bagi Kak Su balik lagi.Takut rindu agaknya."Kak Su berseloroh.
Affan ketawa perlahan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...