"SHAZ.."Shaz yang sedang menjamah sarapan di dalam ruangan stor kecil dengan pintu sedikit terbuka itu dipanggil dari rak penyimpanan barang mereka.
"Ya kak?"Shaz menjengukkan kepala sedikit dari belakang pintu stor.
"Nah.."Ayra yang tadi duduk bertinggung dan berdiri sambil menghulurkan sekeping sampul putih berisi kad.
"Kejap.."Shaz menghabiskan sisa nasi lemak yang berbaki.
Sudu plastik dan kertas bungkusan nasi lemak tadi dikeronyok.Shaz berjalan keluar dari stor dan menuju ke arah tong sampah yang terletak di bawah sinki berdekatan tempat Ayra berdiri.
"Apa ni?"Disambut huluran sampul dari tangan Ayra selepas membuang bungkusan kertas nasi lemak tadi.
"Wah!Cantiknya!"Kad keras sekeping dengan tema warna lilac dan nude itu dibelek depan dan belakang setelah ditarik keluar dari sampul.
"Kad kahwin akak.Kak Yana dengan yang lain akak bagi semalam.Shaz cutikan tu yang dapat lambat sikit,"balas Ayra.
"Raikan cinta Affan&Ayra.Hashtag doubleA."Isi kad dibaca sedikit kuat.
"Eiii bestnya!Nak kahwin dah!"Shaz mencebik.
Ayra hanya ketawa perlahan.Anugerah drama queen memang si Shaz ni boleh bolot.
"Tak nampak bercinta tahu-tahu nak kahwin.Aumm.."Shaz mengusik.
"Ish budak ni."Bahu Shaz dipukul lembut dengan Apron yang masih bergulung dalam tangan Ayra.
Shaz ketawa.
"Eh kejap.Affan ni..Affan yang tu ke?Orang sama bagi akak bunga dengan makanan tu?Orang sama jugak yang tolong akak masa pengsan tu?"Shaz bertanya.
"Ya."Ayra menjawab ringkas.
"So sweet.."Shaz merapatkan kedua tangannya ke dada dengan mulut dicebik gaya nak nangis.
Ayra ketawa lagi dengan reaksi terlebih Shaz itu.
"Eleh..masa dapat bunga tu bukan main gaya macam tak suka.Tup-tup nak kahwin."Bahu Ayra disenggol dengan senyum mengusik.
"Tu lah akak..orang tua kata jangan benci nanti sayang!"Shaz masih mengusik.
"Suka eh?"Ayra mengerling Shaz sekilas dalam senyuman sambil menyarung apron ke leher.
"Eh mestilah suka!Akak nak kahwin.Walaupun jodoh kita mungkin masih dalam terperangkap dalam kabus tebal dapat tempias happy sikit pun jadilah.."Ayra mengedipkan mata beberapa kali.
"Dahlah..Cepat sambung reheat cookies tu.Kang nampak dek Encik Faizal dari CCTV tu nanti habis kena complain masuk group."Ayra menunjuk ke arah CCTV yang dihala ke arah bahagian kaunter pembayaran.
"Alah..Encik Faizal tu kalau kita kira stok sambil duduk pun dia complain.
Shaz dah mula membebel.Ayra hanya senyum.Penyapu serta penyodok sampah dicapai dari tepi sinki dan dibawa keluar.Nak menyapu bahagian depan kedai sebelum ada pelanggan yang datang.
.
.
.
DATO' Husin duduk pada meja makan dengan tangan kanan diletakkan pada arm-rest kerusi di meja makan itu.Jarinya naik menutupi sedikit dagu dan bibir bawahnya sambil merenung sekeping kad di atas meja makan itu.
Dia merengus geram lantas menolak kad itu ke tepi menjauh sedikit dari pandangan mata.
Sakit hati!
Dia jadi marah.Kelmarin sesampai saja di rumah isteri pertamanya itu tahu-tahu saja isterinya menghulurkan kad kahwin untuk majlis perkahwinan Affan yang bakal berlangsung lagi sebulan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...