Bab 16

1.2K 73 0
                                    

"KAMU betul ke ni,Is?"Wajah Is dipandang tak percaya.

Masuk kali ini sahaja entah berapa kali Puan Zainab bertanya anaknya itu meminta kepastian.

"Kamu jangan main-main,Is.Ni soal serius ni.."Encik Azman pula menuturkan.

"Betul,mama abah.Is serius."Is memandang Puan Zainab dan Encik Azman bergilir.

"Kenapa tiba-tiba?Tak pernah pun mama tengok kamu dengan Ayra pernah keluar ke apa.Tahu-tahu nak suruh masuk meminang?"Puan Zainab memandang anaknya meminta kepastian.

"Memang tak pernah bercinta ke keluar,ma.Is yang mintak mama masuk meminang.Is yang ada hati dengan Ayra."Lambat-lambat Is menuturkan.

Puan Zainab menghela nafas berat.

"Hmm..tapi mama nak kena tanya dulu pihak yang sana.Setuju ke tidak kalau nak ke sana untuk merisik,"ujar Puan Zainab.

Terkejut dia bila pulangnya Is pada minggu ini tiba-tiba menyatakan hasrat nak berkahwin.Lagi terkejut orang yang Is minta dia dan suaminya pinangkan itu adalah Ayra,anak buahnya.Tak pernah dia dengar mana-mana nama perempuan keluar dari mulut Is.Niat nak berkahwin jauh sekali.Tahu-tahu sahaja suruh masuk meminang terus.

"Kalau boleh.."Is berhenti seketika.

"Emm kalau boleh Is nak mama dengan abah datang sana merisik lepastu bertunang terus."Is menyambung lagi.

"Aik?Pulak..Kenapa tergesa-gesa sangat ni,Is?Kamu kata Ayra tak tahu pun pasal ni.Terkejut dia nanti kalau tiba-tiba minta tunang terus.Ke kamu ni ada buat apa-apa dekat Ayra?"Puan Zainab bertanya curiga.

"Mana ada,ma.."Rendah Is menuturkan.

Riak wajah Is cuba dikawal dengan dada yang sedikit berdebar.

"Aish awak ni!Ke situ pulak.Cubalah fikir yang elok sikit.Takkanlah anak awak nak buat macamtu.Lagipun,benda baik biarlah Is tu nak cepatkan.Jadi mudah.Senang tak payah banyak kali prosesnya."Encik Azman membidas soalan Puan Zainab.

"Bukan awak pernah cakap dekat saya ke Ayra tu baik budaknya?Awak pun berkenan kalau tak kenangkan yang dia tu anak buah awak dan Is ni mesti dah ada pilihan lain lama dah awak nak ambik jadi menantu?"Encik Azman menambah lagi.

"Memanglah baik,bang.Saya risau je sebab anak kita lelaki.Sekarang ni macam-macam kes.."Puan Zainab memandang Is sekilas.

Kalau memang Is niat baik dan betul ikhlas tak mengapalah..

Is berdehem perlahan dengan senyum kelat.

"Bukan apa,ma.Is pun susah nak dapat cuti.Kalau boleh sekalikan senang sikit."Is mencelah.

"Emm yelah.Tetap mama kena telefon dulu tanya mak lang kamu.Buatnya Ayra tu ada pilihan hati dah kalau kita main terjah dah satu hal kesian ke Ayra.Dia setuju baru mama dengan abah pergi bawak cincin."Puan Zainab membalas.

"Cuma tak tahulah.Kalau Ayra setuju nak kena bagitahu nenek kamu juga.Kamu bukan tak kenal nenek kamu,dia mana suka sangat kalau nak kahwin sepupu dengan sepupu ni."Puan Zainab menyambung.

Memang emaknya itu tak galakkan untuk anak-anak atau cucu-cucunya kahwin sesama sepupu.Mungkin kerana sekeliling emaknya ramai yang mengamalkan begitu dan anak-anak mereka yang lahir pun kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.

"Tak apalah.Kalau budak dah suka nak buat macam mana.Bukan tak boleh kahwin sepupu."celah Encik Azman.

Is cuma diam mendengar.Dia lega kerana sudah berterus-terang tentang perkara yang satu itu.Is saja perlu berusaha lebih sikit supaya Ayra terima hasrat hatinya.

"Yelah,abang,"balas Puan Zainab.

Kalau hati anaknya sudah berkenan,apa yang dia boleh kata lagi?

"Terima kasih mama..abah."Is menarik senyum nipis ke arah mama dan abahnya.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now