Bab 8

1.5K 92 2
                                    

MAJLIS Aqiqah  yang Puan Khadijah buat untuk cucu sulung lelakinya sudah selesai.Yang tinggal cuma beberapa tetamu yang datang untuk menjamu selera memenuhi jemputan tuan rumah.Jam pun sudah menunjukkan pukul 3 petang.Rata-rata saudara-mara yang lain pun sudah ramai duduk di bawah khemah bersantai memandangkan tetamu sudah mulai berkurangan.

"Kak Jannah..Meh baby bambam.Ayra nak dukung."Ayra yang duduk pada salah satu meja di bawah khemah itu bersama ibunya,Ayra,mak long,mak andak serta anak-anak perempuannya itu dah mendepangkan tangan meminta.

Dia baru sahaja habis mengisi perutnya tadi.

"Nah..ambik.Tangan akak pun dah tak rasa ni angkat budak ketul-ketul ni.."Kak Jannah terus berjalan merapati Ayra yang sedang duduk itu dan menghulurkan Luth,anak lelakinya yang berusia 6 bulan itu.

"Assalamualaikum,Luth."Luth yang didukung menghadapnya itu ditimang rendah.

"Celup..Baa!"Luth yang diagah itu mengekek ketawa.

Eii geramnya!

Luth yang sangat baik tak takut dengan orang lain itu dah didudukkan atas ribanya menghadap ke depan.Laju tangan mencapai apa-apa yang ada di depan matanya mahu masukkan ke dalam mulut comelnya itu.

"Amboi,kak lang.Sekejap lagi giliran kak lang pulak dapat menantu ya?"Mak andak yang sedang menjamah nasi lauk kenduri itu tiba-tiba bersuara sambil mata memandang Ayra yang tak kekok melayani dan mendukung cucu kak ngah mereka.

"Haa?Menantu?Siapa nak kahwin?"Puan Fatimah yang baru lepas habis mengunyah nasi di dalam mulutnya angkat muka bertanya adiknya yang duduk berhadapan.

"Tu.."Mulut Puan Hayati,mak andak Ayra memuncung ke arah Ayra yang masih leka melayan Luth.

Ayra dikerling sekilas.

"Ouh..ingat Yati cakap pasal Izzat ke Ara tadi."Puan Fatimah membalas.

"Emm..Izzat tu gaya macam lambat lagi je.Ara tu pulak tengok tu dengan telefon dekat tangan 24 jam..telinga sumbat benda alah telinga tu.Samalah ni macam budak-budak ni."Anak perempuan yang duduk disebelahnya hanya dijeling dan disenggol bahu memerli.

"Apa ibu ni.."Ayu,anak perempuan ketiga mak andaknya itu mengelak sambil memuncungkan mulutnya.

"Biasalah andak.Budak-budak sekarang.Ara tu kalau nak kahwin pun saya tak bagi.Muda lagi.Belajar bagi habis dulu jangan jadi macam kakak dia ni.Belajar pun sekerat.Ara ni je tinggal harapan nak merasa anak kerja tinggi."Puan Fatimah bersuara pula.

Ayra yang sedang seronok melayan kerenah Luth itu memperlahankan pergerakannya.Sedikit terasa hati dengan apa yang diucapkan ibunya di depan mak cik dan sepupunya yang lain di situ.

Bukan dia sengaja pun nak berhenti belajar dulu..

"Kalau Ayra ni nak kahwin tak apalah.Kak lang okay je.Bukan ada apa nak kejar dah.Belajar pun dah tak belajar.Kerja kedai biskut tu pun gaji biasa je.Kalau kahwin ada suami sara pun okay juga."Lagi sekali kata-kata tanpa memikirkan perasaan Ayra yang keluar dari mulut ibunya itu buat Ayra rasa sebak.

Teruk sangatkah dirinya?

"Aish..apa pulak alang.Sama saja.Anak rezeki lain-lain Allah dah tetapkan.Tak ada anak yang harapan dengan  bukan harapan.Rezeki Ara dengan Izzat tu habis belajar.Rezeki Ayra ni berbakti jaga kamu.Jaga pening sakit kamu."Puan Zainab yang perasan akan air muka Ayra yang berubah dengan apa yang dicakapkan oleh ibunya itu mencelah.

Dia pun tak faham kadang dengan adik ketiganya itu.Selalu sangat buat Ayra rasa rendah diri dengan sepupu-sepupunya yang lain.Suka sangat membandingkan Ayra dengan anak-anaknya yang lain sedangkan dia tengok Ayra budak yang baik.Elok saja pekertinya.Kalau tak fikirkan Ayra tu anak buahnya memang dia dah ambil jadi menantu.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now