JARI ditekan-tekan pada skrin komputer yang bersambung pada mesin juruwang itu.Sesekali matanya mengintai ke arah telefon pintar yang bergetar di sebelah komputer di atas meja kaunter.
"Okay,Sara.Boleh take over dah.Saya dah siap."Affan memandang ke arah Sara yang sedang membasuh blender dan sukatan cawan yang digunakan untuk membuat air pesanan pelanggan di kafe milik Affan itu.
"Okay,Encik Affan."Sara menoleh ke arah Affan sekilas mengangguk sambil tangan masih laju menghabiskan basuhannya.
Telefon pintar miliknya dicapai dan Affan terus melangkah keluar dari bahagian kaunter pembayaran.Selepas ini,dia perlu ke cawangan kafe yang lagi satu pula.Saja nak menyelia pekerja-pekerjanya.Dah hampir sebulan dia tak menjenguk dua kafe miliknya itu kerana sibuk menguruskan dan menolong Jo dan Mal di pasar tani memandangkan perniagaan di pasar tani pun boleh tahan mendapat sambutan ramai dan selalu habis.
"Kak Sara."Suraya,pekerja baru yang diambil sebagai barista di kafe itu menyenggol lembut siku Sara yang sedang membasuh tangan.
"Haa kenapa?"Sara menoleh ke arah Suraya yang dah tersengih macam kerang busuk disebelahnya itu.
"Encik Affan tu dah kahwin ke?Umur dia berapa?"Suraya bertanya sambil mengekori Sara pula ke arah mesin juruwang.
"Tak tahulah umur dia berapa.Tak ada pulak akak pernah interview.Kahwin tu belum setahu akak."Sara membalas malas soalan Suraya.
Patutlah pun menggedik semacam saja gaya macam cacing kepanasan.
"Kenapa?Ada hati nak try boss ke?"Sara memerli Suraya yang masih berdiri disebelahnya sambil bermain dengan pen yang ada di atas kaunter itu.
"Ish tak adalah.Saja tanya."Suraya menafikan sambil menggeleng laju.
Pipit sama enggang,mana boleh sama terbang.Mustahil.
"Saya tengok Encik Affan tu handsome,tengok pun tahu dia bukan orang biasa-biasa,mesti kayakan?Baik pun baik.Cakap pun soft spoken je walaupun tegas sikit.Cuma tulah kadang tengok dia selalu stayback dekat kafe ni sampai lewat malam.Kalau bawa staff bercuti pun selalunya dia datang sendiri.Pelik jugak tak ada girlfriend kan?"Panjang lebar Suraya bersuara.
Sara menarik senyum nipis.
"Sejak bila tukar jadi tabloid bergerak ni?"Suraya dipandang sekilas.
Suraya hanya menayang sengihan.
"Saja tanya..pelik je."Suraya membalas.
"Nak buat macam mana.Agaknya memang dia jenis workaholic la kut?Tak sempat agaknya nak fikir ada girlfriend ke apa."Sara mengangkat bahu.
Dia pun pernah tertanya juga.Sepanjang dua tahun bekerja di kafe itu memang tak pernah sekali pun dia nampak majikannya itu bawa kekasih hati atau apa.Tak kiralah kalau kafe ni ada buat makan-makan atau kalau Encik Affan bawa mereka bercuti ke mana-mana.
"Encik Affan tu tak bengkang bengkokkan?"Suraya buat gaya tangan lurus sambil berbisik merapati Sara.
"Haa?Bengkang bengkok?"Sara blur.
"Alah akak ni..dia straight,kan?"Suraya berbisik lagi.
"Aish kau ni..apa punya soalan.Manalah akak nak tahu personal life dia."Sara menggeleng.
Boleh tahan kepoci jugak si Suraya ni..
"Tapi tak pernah pulak nampak dia punya gaya ke arah 'tu'."Sara menafikan.
"Okaylah.Sayanglah rupa handsome,tinggi lampai,kaya tapi tak lurus kan,kak?Huhu."Suraya membalas semula.
"Amboi..kemain eh,"Suraya dikerling sekilas.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...