Bab 25

1.5K 108 10
                                    

"ABANG Is..tolonglah.."Air mata Ayra dah berjuraian.

Is bangun dari posisinya yang bertinggung tadi dengan senyum kemenangan masih tak lekang bila Ayra merayu.

Dia menapak perlahan mendekati Ayra yang terbaring itu.

Pak!

Tak semena-mena Is dah rebah ke tepi sambil mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!"Laju dia menoleh ke belakang sambil memegang kepalanya yang berdenyut akibat dipukul oleh tenaga yang kuat.

Bulat matanya terkejut melihat Affan yang berdiri di depan pintu rumah Ayra yang sudah terbuka luas.

"Sial kau ni.."Kasut Timberland coklat yang digunakan untuk memukul kepala Is tadi dah dicampak ke tepi dan terus tangan Affan mencekak kolar Is dan memaksa Is berdiri.

Is menelan liur yang terasa kesat dengan tindakan pantas Affan serta melihat pandangan dingin Affan yang menikam matanya.

"Af-Affan."Ayra mengedipkan mata yang kabur dengan air mata beberapa kali mahu memastikan itu bukan bayangan dia saja.

Cepat-cepat Ayra bangun dan bersembunyi dibelakang pintu rumahnya.Air matanya diseka dengan belakang tapak tangan sambil mengatur semula nafasnya.

Hatinya sangat lega bila Affan datang semula.Dia fikir tadi sudah tak ada apa yang dia boleh lakukan.

"Ka-kau nak buat apa?!Belasah aku?!"Suara Is meninggi pura-pura berani.

Affan ketawa sinis.

"Anjing je yang menyalak bila dia takut."Affan pandang Is.

Is terdiam.

Affan pandang Ayra yang sedang mengintai disebalik pintu.

"Ayra okay?"Affan bertanya.

Lambat-lambat Ayra menggeleng.

"Tsk!"Affan berdecit dengan rasa sebal.

"Polis macam kau ni yang buat busuk nama polis lain kau tahu?"Berdetap rahang Affan menahan amarah yang berkumpul di dalam dadanya.

Tak sangka keputusannya tepat untuk berpatah balik semula sebab tiba-tiba Affan rasa tak sedap hati.Niatnya berpatah balik cuma nak pastikan yang Ayra dah selamat masuk ke dalam rumah.Lebih kepada nak melegakan hatinya sendiri.

Bila sampai saja di tepi jalan tadi,Affan pelik tengok pintu rumah Ayra yang sedikit terbuka dari kejauhan.Mujur ada lampu yang terpasang betul-betul di atas pintu rumah Ayra itu.Kalau tidak,pasti dia pun tak perasan.

"Lepaslah!"Is cuba menarik kolarnya dari cengkaman Affan bila Affan laju menarik dia supaya mengikuti langkah Affan untuk keluar dari rumah itu.

"Aku cakap lepaslah!Kau tak payah nak jadi hero sangat!Nak bela sangat perempuan yang memang dah rosak ni!"Laju mulut Is melemparkan tuduhan pada Ayra.

"Sial kau ni.Datang rumah orang buat perangai bangsat kau.Lepastu ada hati nak tuduh Ayra pulak?"Affan menarik kolar Is kejap sehingga badan Is yang sama tinggi dengannya itu beralih menghadapnya sampai saja mereka dihadapan pintu rumah Ayra.

"Dia yang ajak aku masuklah sial.."Is senyum sinis.

Bagai saja membakar hati Affan.

Kolar Is dipegang lebih kejap sampai menampakkan urat tangan Affan yang sedang menahan diri daripada menumbuk lelaki mulut cabul dihadapannya ini.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now