"A-ABANG Is.."Tegak badan Ayra memandang ke arah Is yang berdiri berhadapan dengannya.
"Macam mana Abang Is ada dekat sini?Abang Is buat apa dekat sini?"Ayra memandang sekeliling.
Dia tak nampak pun kereta Is diparkir dalam kawasan rumahnya.
"Ayra dari mana ni?Kenapa ada beg semua ni?Tadi tu bukan kereta Affan ke?"Is tak menghiraukan soalan Ayra.
Dari setengah jam lepas dia parkir kereta ditepi jalan seberang rumah Ayra itu.Awalnya,dia ada masuk ke dalam kawasan rumah itu tapi gelap saja sekeliling rumah.Cuma lampu yang ada di atas pintu masuk saja terpasang.Is cuba beri salam namun tak ada sahutan.
Dia masuk ke dalam kereta semula dan mahu pulang saja ke rumah.Baru sahaja Is membelok keluar dari jalan rumah Ayra,dia lihat kereta Affan berhenti dipinggir jalan.Nampak pula Ayra keluar dari perut kereta dengan membawa beg galas seperti beg baju buat Is terus menunggu dan memerhati.
Is jadi curiga dan sakit hati.
"Buat apa Abang Is nak tahu?"Ayra membalas dingin.
Soalan dibalas soalan.
Is mengeluh panjang.
"Mestilah Abang Is nak tahu.Malam-malam baru nak balik.Rumah tak ada orang.Balik pulak dengan Affan yang Ayra tak kenal sangat.Bawak beg apa semua ni.Ayra ada buat apa-apa tak elok dengan Affan ke?"Tanpa selidik laju saja Is menuduh Ayra.
Ayra mengerutkan keningnya rasa nak marah.
Datang ke sini pun tak diundang.Suka hati mulut nak tuduh dia?
"Abang Is merepek apa ni?Ingat Affan tu macam Abang Is ke?Pura-pura baik?Ingat Ayra ni macam Abang Is ke ikut nafsu sangat?"Ayra memerli sinis.
"Abang Is baliklah.Dah malam ni.Tak elok jiran tengok.Kejap lagi ibu Ayra balik apa pulak dia cakap nanti kita berdua.Abang Is kan malaikat..nanti dah tentu Ayra yang kena marah."Ayra dah berpusing menghadap ke arah pintu semula.
Malas mahu berlama-lama di luar dengan lelaki itu.Kena tangkap khalwat ke jiran membuat cerita bukan-bukan nanti sia-sia saja.
"Ayra nanti dulu.."Hujung baju t-shirt lengan panjang Ayra ditarik.
Laju dan kuat Ayra menepis tangan Is yang tak rasa bersalah memegang bajunya.
"Abang Is ni kenapa?!"Mencerlung matanya memandang ke arah Is.
"Okay..sorry.Abang ada benda nak bincang dengan Ayra.Jom pergi makan?Kita pergi tempat lain."Is cuba memujuk.Dia berundur sedikit nak buat Ayra percaya yang dia tak berniat buruk.
"Tak nak.Abang Izzat tak ada.Ibu Ayra pun tak ada.Nanti apa kata diorang kalau Ayra tak ada dekat rumah."Tegas Ayra membalas.
"Ibu Ayra tahu dah.Abang Is dah telefon dan minta izin sebelum abang ke sini nak bawa Ayra keluar.Ibu Ayra kata Ayra ada je dekat rumah.Sebabtu Abang Is pelik kenapa tadi sampai rumah sunyi.Tengok-tengok Ayra balik naik kereta Affan.Bawak beg besar pulak."Is memberitahu.
Ayra mendengus geram.Rasa marah dengan ibunya yang langsung tak faham perasaan Ayra.Boleh ibu yakin nak bagi Abang Is datang waktu Ayra sendiri dekat rumah sedangkan ibu tahu sejarah yang pernah terjadi antara dia dan Abang Is?
Dia tak nak tengok muka Abang Is!
"Ayra tak nak."Sekali lagi Ayra menolak tegas.
Pintu rumah ditekan tombolnya dan ditolak.
"Sekejaplah Ayra!"Is mula hilang sabar bila Ayra masih berdegil tak nak beri dia peluang bercakap.Tangan kiri Ayra dicapai dan digenggam sedikit kuat mahu menahan langkah Ayra.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...