BAHU terhinggut-hinggut menahan esakan supaya tak terlepas kuat.Hujung tuala yang melingkari lehernya ditarik dan dilap mata yang dah mulai bengkak kerana menangis.
Kedua tangan ditongkat pula pada tepi katil.Kaki yang melunjur ke bawah ditenung dalam esakan yang semakin dapat dikawal.
Ayra cuba menarik nafas meredakan emosinya.Bila dah menangis bersungguh kemudian nak bagi reda,mulalah jadi tersedu-sedan.
"Tengok tu.Tak pernah nak dengar cakap b jangan nangis sendiri-sendiri lagi."Suara Affan yang menegur dari belakang menyentakkan Ayra.
Laju tangannya mencapai hujung tuala dan dilap segera muka dan pipi yang basah dek air mata tadi.
Affan menahan senyum melihat perlakuan Ayra yang bersungguh menghapuskan bukti itu.Tenang dia berjalan menuju ke tempat Ayra.
Ternyata mandi tadi cuma alasan nak masuk bilik dan melayan perasaan.Bukan Affan tak perasan riak muka isterinya yang menahan tangisan tadi.Sengaja dia membiarkan Ayra dan senyap-senyap mengekori dibelakang.
Sempatlah tengok Ayra dari mula nangis sampai teresak-esak.Sengaja dia berdiri dengan kaki bersilang berpeluk tubuh sambil bersandar pada bingkai pintu bilik mereka.
Senyap saja dia perhatikan Ayra dari belakang.
"Kata mandi.Rupanya bukan pakai shower toilet.Ni shower air mata ni."Affan berseloroh perlahan.
Ayra diam sambil mengatur nafas.Tak nak Affan tahu dia nangis walaupun mata ni tak boleh tipu dengan merah dan sembabnya.
"Mana ada sayang nangis.Sayang duduk sekejap."Ayra dah tak keruan bila dia boleh nampak dengan ekor mata bayang Affan yang semakin menghampiri dari sisi.
"Tak baik tipu suami.."Affan senyum segaris.
Turut melabuhkan duduknya disebelah si isteri yang nampak sedikit gelisah itu.
"Sayang dengan family sayang tak pernah susahkan b.Sikit pun tak.."Affan bersuara meyakinkan lagi sekali.
Dia tahu Ayra bersedih atas sebab yang satu itu.
Ayra tergamam bila Affan seperti dapat membaca isi hatinya.
"B tak perlu buat sejauh ni pun nak jaga hati atau ambil hati keluarga sayang.."Ayra berdehem dan membalas perlahan.
Kepala masih menunduk.Tak mahu menentang pandangan suaminya waktu ini.
"Tak ada istilah jaga hati ke apa.I'm not people pleaser,sayang.I don't do that."Affan menarik senyum senget.
Ayra senyap.
"B buat sebab b sayangkan sayang.Apa-apa yang buat sayang happy,b sejuta kali lagi happy nak buat.Kalau sayang tak mampu buat biar b wakilkan.B tahu sayang risau pasal ayah cuma tak tahu nak tolong atau nak mula macam mana.So,let me do it for you,okay?"Kedua tangan naik memegang pipi Ayra lembut dan dihadapkan ke mukanya.
Terbuka lebar sedikit mata Ayra.Terkejut dengan perlakuan Affan.
Ah sudah..Kantoi busuk tadi nangis macam mati laki!
Ayra melarikan pandangan.
"Kata nak mandi tapi dah pakai blusher seinci.Pipi dengan hidung merah sangat tu."Affan mengusik dengan sengih lebar.
Pegangan lembut tadi dah bertukar jadi cubitan geram pada pipi Ayra.
Ikut hati dah digomol si Ayra ni.Nasib siang.
"Eii..b ni."Ayra menarik semula wajahnya.
Merona merah pipi diusik suaminya.
"Dahlah..nak mandi."Tangan Affan ditolak perlahan dan dia bingkas bangun.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...