"TUNGGU sekejap.."Genggaman tangan Affan pada lengan Ayra tadi dah terlerai dan Affan sudah menghilang ke dapur.
"Affan.."Datin Raihana menuturkan rendah bila melihat Affan yang baru turun dari biliknya itu.
Tak sampai beberapa saat Affan keluar semula dengan mug di dalam tangan.Ayra hanya memerhati tanpa sepatah kata yang keluar.
"Apa kena kau ni?!"Refleks Dato' Husin yang terkejut itu terus berdiri dengan suara meninggi.
"Affan!"Datin Raihana membulat mata dengan rasa tak percaya atas perbuatan Affan.
Ayra cuma pandang dengan air liur yang terasa kesat ditelan.
Peha kanan yang basah dengan curahan air sejuk itu dikibas-kibas kasar sambil menunduk.
"Orang kalau memang level tu rendah..sama dengan perangai!"Dato' Husin mendengus marah dengan kata-kata masih menghina.
Wajah diangkat dengan mata mencerlung konon nak menggertak menantu dengan wajah bengisnya.
"Affan?!"Makin naik seoktaf suara Dato' Husin bila rupanya anak lelakinya yang mencurah air sejuk itu dari atas tadi.
"Air papa.."Mendatar suara Affan dengan riak beku.
Sikit pun tak ada riak gentar menentang pandangan mata papanya itu.
"Kurang ajar.."Berdetap rahang Dato' Husin menahan rasa marah dengan ego yang tercalar bila diperlakukan sebegitu oleh anaknya.
"Affan takkan kurang ajar kalau papa tak ajar Affan kurang ajar.."Affan membalas lagi dengan nada sama.
Waktu ini rasanya hormat pada papa sudah hilang seratus peratus.Hati dia terus mencecah paras beku bila telinga menangkap hinaan yang dilemparkan oleh papanya tadi.
Papa memang takkan berubah.Tetap sama.Tetap angkuh.
"Kalau balik setakat saja nak sakitkan hati ummi atau Elly atau nak hina isteri Affan.Papa boleh balik semula ke pangkuan bini muda papa.."Mug yang dah kosong diletakkan atas meja kopi di depan sofa papanya berdiri tadi.
Badan yang membongkok sedikit tadi dah berdiri tegak semula dengan senyum yang saja ditampal sambil tepat pandangannya ke arah Dato' Husin.
"Dalam rumah ni semua dah gila!"Dato' Husin merengus marah.
Laju dia mencapai kunci kereta dan kot miliknya.Sempat dihadiahkan pandangan tajam menikam pada isteri dan menantu tak direstuinya itu sebelum dia terus berjalan keluar dari ruangan itu menuju ke pintu utama.
Kedengaran bunyi pintu rumah dihempas kuat melepaskan amarah.Affan melepas nafas berat dengan gelengan kepala.
Entah apalah lagi yang tak puas hati.Nak sampai hidup Affan ni betul-betul tunggang terbalik baru papa puas rasanya.
"Ummi okay?"Affan pandang Datin Raihana yang masih berdiri seperti termenung jauh.
"Okay.."Datin Raihana senyum segaris.
"Ummi nak naik atas dulu.Nak rehat sekejap."Datin Raihana menuturkan perlahan.
Affan hanya angguk.Dia perasan dengan sikap ummi yang sedikit lain tapi dia cuba tepis perasaan itu.
Ummi marah dia ke sebab tak hormat papa?
Datin Raihana berpusing dan mula mendaki anak tangga satu persatu.Jasadnya saja di situ tapi kepalanya berat dengan berbagai fikiran waktu ini.
"B.."Ayra memanggil Affan yang baru berjalan melepasi dirinya mahu turut naik ke atas.
Ayra dapat rasa Affan lain.Langsung tak pandang dia.Tanya dia pun tidak.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...