Bab 35

1.4K 99 2
                                    

KAKI berdiri tegak sambil mata jauh merenung ke luar tingkap dapur yang separuh terbuka itu.Dah beberapa malam tidur Puan Fatimah tak begitu lena.Setiap beberapa jam dia akan terjaga.

Tak henti fikirannya jauh mengelamun sebab memikirkan kata-kata Izzat pada malam sama Ayra berterus-terang tentang perbuatan Is dari dua hari lepas.

.

.

.

"ABANG?"Puan Fatimah menegur anak lelakinya yang sedang duduk di atas sofa depan televisyen sewaktu dia baru keluar dari biliknya.

Jam yang digantung pada dinding ruang tamu itu dipandang sekilas.Waktu hampir menginjak ke pukul 3 pagi tapi anaknya itu masih belum tidur.Dia pun terjaga sebab nak ke tandas.

Tiada respon.

Televisyen terbuka tanpa suara tapi Izzat sedang duduk menghadap sambil fikirannya menerawang jauh.

"Abang.."Bahu Izzat ditepuk lembut.

Izzat yang tadi tertunduk dengan kedua tangan diletak atas riba menahan dahinya itu tersentak dan segera menoleh.

"Ibu..Tak tidur lagi?"Izzat bertanya dan memandang ke arah televisyen semula.

Puan Fatimah berjalan ke depan sofa dan melabuhkan duduknya disebelah Izzat.

"Soalan tu patutnya ibu tanya kamu.."Puan Fatimah memandang ke arah Izzat.

Izzat menghela nafas berat.

"Tak boleh tidur.."Perlahan saja suaranya membalas.

Lepas balik dari berjumpa si Is tak guna itu langsung tak boleh lelap.

Jelas terpampang wajah sugul anak lelakinya itu.Pandangannya jatuh pada tangan Izzat.

"Ya Allah..kenapa tangan ni?"Tangan anaknya itu dicapai dan dibelek.

Merah macam baru lepas bertumbuk.

"Tak ada apa ibu.."Tangan ditarik semula.

"Takkan tak ada apa-apa.Kamu gaduh bertumbuk ke?"Puan Fatimah menyoal dengan nada risau.

Hilang sudah niatnya tadi mahu pergi ke tandas.

"Tak sakit pun..Ni pun tak cukup tadi."Izzat membalas tanpa riak.

"Astaghfirullahalazim.."Puan Fatimah menghela nafas berat.

"Bertumbuk dengan siapa ni?"sambung Puan Fatimah lagi.

"Is.."Izzat membalas ringkas.

Alat kawalan jauh dari atas meja diambil dan dia duduk bersandar pada sofa.Suara televisyen dihidupkan semula.

"Is?!"Wajah Puan Fatimah berubah terkejut.

Izzat angguk tanpa menoleh ke arah ibunya.

"Kenapa pulak?Sepupu dengan sepupu nak bertumbuk semua ni?"Puan Fatimah bertanya pura-pura tak faham.

Izzat melepas nafas berat.Hatinya entah kenapa jadi kecewa dan geram dengan soalan ibunya.Sedangkan Izzat tahu ibunya mencuri dengar perbualan dan luahan hati Ayra sebelum dia keluar berjumpa Is.

"Ibu pun tahu kenapa kan.."Mendatar suara Izzat tanpa memandang ibunya.

Puan Fatimah terdiam dengan ayat Izzat.Tegak badannya memandang ke depan.

"Kamu tak tahu betul ke tidak cerita sebenarnya.Ada tanya Is?"Puan Fatimah membidas.

Izzat ketawa sinis sambil menggelengkan kepala.Pangkal hidung diurut lembut.Betullah kata Ayra..memang ibunya ni dah dikaburi dengan perangai baik Is yang dibuat-buat tu.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now