WAJAH yang sedang tidur itu ditenung dalam.Melihat isterinya yang langsung tak dapat tidur lena sejak dua hari lepas itu buat Affan pun sekejap-sekejap terjaga.
Semua gara-gara Is tak guna itu..
Setiap kali Affan teringat akan kejadian malam itu pasti berdetap rahangnya menahan marah di dalam hati.Mujur Ayra tak diapa-apakan.Nasib baik Affan yang sedang berbual dengan Khairul di ruang depan rumah Nek Mah turun nak periksa bunyi periuk jatuh itu.Kalau tidak,tak tahulah..
Entah bila Is tu sampai ke kampung pun tak tahu sedangkan pak long dan mak long kata mereka berdua saja yang dapat balik kenduri tempoh hari.
Sejurus selepas kejadian malam itu,terus Affan ambil keputusan bawa Ayra balik ke rumah waktu itu juga.Biarlah orang nak cakap apa.Dia tak nak Ayra berlama-lama di rumah neneknya.Puan Fatimah dan Nek Mah juga faham.
Bukan dia tak risau akan keadaan mak long Ayra selepas dibawa ambulans malam itu tapi Ayra keutamaan dia.Mujur juga mak long Ayra dah stabil selepas sehari ditahan di kecemasan.Pak long Ayra yang maklumkan di dalam group whatsApp keluarga besar Ayra.
Kenduri tahlil untuk arwah atuk Ayra juga terpaksa dibatalkan dan Nek Mah cuma hantar makanan ke surau sekali untuk mendoakan kesihatan Puan Zainab yang dikejarkan ke kecemasan.
Is pula Affan tak tahu.Ikut hati memang dia dah nak buat laporan polis sebab menyerang Ayra malam itu tapi Ayra tak nak.Affan pun tak nak memaksa faham Ayra masih trauma.
Namun,Affan tetap akan cuba pujuk Ayra semula.Dia tak percaya semudah tu Is akan serik.Sekurangnya apa-apa jadi nanti dah pernah ada laporan.
"Tak nak!Tak nak!Abang Is tak nak!"Ayra tiba-tiba menjerit tak keruan dengan mata terpejam.
Affan yang tadi termenung sendiri terus tersentak.
"Sayang.."Dipanggil lembut Ayra sambil Affan duduk.
"Tak nak!Lepaslah!"Ayra dah menjerit sambil teresak-esak dengan tangan menolak kuat tak tentu arah.
Pantas tangan Ayra dipegang.Lagi kuat Ayra meronta dalam ketakutan dan peluh yang merenik pada dahinya.
"Sayang..sayang.."Affan cuba memujuk.Ayra yang masih tak sedar dari mimpi ngeri itu dipeluk.
"Lepas!Lepas!"Dada Affan dipukul kuat dengan jeritan Ayra yang semakin keras.
"Sayang!B ni.."Affan menguatkan suaranya sedikit supaya Ayra sedar.
Pergerakan Ayra terhenti serentak matanya terbuka luas memandang lama wajah Affan.Esakannya kedengaran.Nafasnya kelihatan laju ketakutan.
"Ni Affan?Suami Ayra?"Ayra bertanya bingung.Bagai baru tersedar dalam dimensi lain.
Affan mengangguk laju.
"Ya,sayang.."Affan mengucup dahi isterinya.
Baju Affan ditarik dan Ayra menyembamkan wajahnya pada dada Affan.Pipinya semakin basah dengan air mata.
"B..Ay-ayra takut.."Ayra menangis teresak-esak dalam dakapan suaminya.
"Shh.."Rambut lembut Ayra diusap memujuk.
"B ada..Selagi b ada tak ada siapa boleh sakitkan sayang.."Affan memujuk lagi.
Sebelah tangannya memeluk bahu Ayra erat bagai tak nak dilepaskan.
Sakit Ayra..sakit juga Affan.
"Ja-jangan tinggal say-sayang.."Ayra menuturkan dalam suara tersekat-sekat.
"Never,sayang.Selagi Allah pinjamkan nyawa.B akan selalu ada."Affan membalas.
Tangan Ayra jatuh melingkari pinggang suaminya.Dipeluk erat.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...