KOTAK rokok yang kosong itu dah berkeronyok di dalam genggamannya.Tajam pandangan memandang lantai dihadapannya itu.Kotak rokok tadi dicampak kasar ke atas lantai.
"Arghh!Sial!"Wajah diraup kasar dan rambutnya dah kusut-masai disapu dengan hati yang berasa berang.
Badannya direbahkan atas katil bujang hotel bajet itu.Dia kini tak ubah persis orang gelandangan tak berumah.
"Tak guna kau Affan!"Berdetap rahangnya menahan rasa hati.Siling putih kosong di atasnya itu ditenung.
Dia tak tahu mana lagi perlu dia lari.Dia sekarang sedang menjadi buruan pihak polis selepas Affan membuat laporan polis beserta segala bukti yang boleh membuat dia tersabit dengan kesalahan berat.
Is tiba-tiba ketawa lepas mengejek dirinya sendiri.Polis diburu polis.Betapa sialnya hidup dia.Hilang kerjaya.Hilang nama baik.Hilang keluarga.Hilang orang yang rapat dan sekarang?
Is sambung ketawa.
"Arghh!Tak guna!"Tilam tempat dia berbaring tadi ditumbuk kasar.
Kalau tahu akan jadi serabut dan berlarutan seperti ini sampai menjejaskan hidupnya yang selama ini terlihat baik-baik saja,pasti Is dah paksa Ayra supaya berkahwin dengan dia.Lagi senang untuk Is kawal segala gerak-geri dan perbuatan Ayra.Selamat dirinya.
Ini semua sebab Affan yang konon hero tu tiba-tiba muncul dalam hidup Ayra.Kalau tak ada lelaki tak guna tu rasanya hidup Is akan berjalan lancar saja seperti yang dia selalu inginkan.
"Affan..kau memang.."Bergerak-gerak rahangnya dengan rasa dendam dan marah yang bersarang di dalam hati pada waktu ini.
Is tahu hakikat yang dia dah tak ada ruang dan peluang untuk berpatah balik.
Ternyata niat untuk menyakiti Affan dengan cara membuat Ayra merana masih tak berjaya.Mungkin perlu cara lain?
.
.
.
TANGAN Encik Razak naik mengusap dada yang masih sedikit sakit.Kebas jari-jarinya masih terasa.Kepala dijengukkan ke arah laluan tengah wad lelaki yang penuh dengan pesakit itu.Sudahlah panas.Rimas juga dengan tiub branula yang melekat pada tangannya.
"Mana dia ni?"Encik Razak mengomel sendirian bila orang yang dinanti tak kunjung tiba.Dia gelisah kerana risau orang itu sampai bila waktu melawat nanti sudah habis.
Encik Razak mencapai telefon dari tepi bantal hospital dan dinyalakan skrin.
"Abang.."Belum sempat dia mendail,suara orang yang dinanti itu menyapa telinganya.
Pantas Encik Razak mengangkat wajah dengan senyuman diukir.
"Sayang.."Encik Razak bersuara lega.Wajah isteri kedua Encik Razak itu tak berperasaan.
"Anak-anak mana?"Kepala dijengulkan ke belakang dari atas katil hospital.
"Rumah mak saya."Mendatar isterinya menjawab.
"Aik?Kenapa tak bawak?Saya rindu."Encik Razak tak menghiraukan nada isterinya itu.
Isteri Encik Razak itu ketawa sinis.Rindulah sangat!
"Awak dah ma-"
"Saya nak failkan cerai.."Laju mulut isterinya itu memotong pecakapan Encik Razak sehingga membuat Encik Razak terpempam.
"Haa?"Encik Razak soal dengan nada tak percaya.
Dia salah dengarkah?
"Saya nak minta cerai.Awak tak nak lepaskan saya,kan?Biar saya yang failkan cerai."Dingin suara itu membalas.Tanpa perasaan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...