"MAAF Is..mak lang lambat sampai.Mak lang pun tak tahu kenapa si Ayra tu boleh biar je Affan tu buat kamu macamni."Puan Fatimah menggelengkan kepalanya.
Baju Is yang sedikit berdebu sebab ditumbuk jatuh tadi dikibas-kibas sedikit oleh Puan Fatimah .
"Tak apa mak lang.Is okay.Sikit je ni."Is menarik senyum nipis.
"Sikit apanya.Silap-silap berbekas lama ni.Allah.."Puan Fatimah membelek lagi muka Is.
Is mengaduh sedikit kesakitan.Sakit hatinya.Boleh tahan padu tumbukan Affan.
"Ayra okay ke tu,mak lang?"Is bertanya pura-pura prihatin.
"Hmm!Biarlah dia tu.Fikir dia je okay tak okay?"Puan Fatimah menjawab acuh tak acuh.
"Masuk dalam dulu..mak lang nak matikan enjin kereta sekejap.Nanti mak lang sapukan ubat ke apa.Ni kalau mama kamu tahu aish tak tahulah mak lang."Puan Fatimah dah menyuruh Is masuk ke dalam rumah.
"Eh tak apa,mak lang.Sikit je.Dah lewat ni.Is pun nak balik..esok masuk kerja pagi."Is menolak pelawaan mak ciknya itu.
Puan Fatimah mengeluh.Tak jadi kakinya mahu melangkah pergi ke arah keretanya yang masih hidup tadi.
"Apa yang jadi sebenarnya ni?"soal Puan Fatimah.
Tak faham dia apa yang teruk sangat digaduhkan tadi sampai bertumbuk.
Is menarik senyum kekok.
"Tak ada apa mak lang."Is cuba berdalih.
"Takkan tak ada apa?"Puan Fatimah masih tak berpuas hati memandang Is.
"Kamu tak payah nak bela Ayra ke Affan.Kalau tak..biar mak lang tanya Ayra sendiri nanti.."Puan Fatimah bersuara lagi.
Riak wajah Is berubah mendengarkan kata-kata mak ciknya itu.
"Agaknya tadi Affan marah bila Is bising dekat Ayra kenapa balik lewat malam.Is cuma takut Affan buat bukan-bukan dekat Ayra.Is pelik sebab Ayra tak ada dekat rumah padahal mak lang kata sepatutnya Ayra ada,kan?"Laju kepala Is mereka jawapan.
Bimbang kalau Puan Fatimah dengar cerita sebenar dari mulut Ayra.Mati dia kalau sampai jadi macam tu..
"Haa?Ayra baru baliklah tu?"Puan Fatimah bertanya terkejut.
Is angguk.
"Ish budak ni kan.Nak jadi macam bapak dia ke?Buat sesuka hati.Entah keluar ke mana."Puan Fatimah mengomel sendiri sambil bercekak pingggang.
Dia fikir Ayra sudah lama ada di rumah memandangkan semalam Ayra dah tahu dia dibenarkan keluar wad.Jadi,Puan Fatimah agak mesti petang semua sudah selesai dan Ayra sudah ada di rumah mereka.
"Tapi Ayra baru balik dari mana mak lang?Kenapa Is tengok dia bawak macam beg baju tu?"Is cuba mengorek maklumat.
"Lepastu kenapa tangan Ayra berbalut macam luka?"Is menambah soalan.
"Huh?"Puan Fatimah sedikit tersentak dan gugup dengan soalan Is.
"Err..tu Ayra sebenarnya baru discharge dari hospital.Dia pitam dekat tempat kerja.Kurang rehat agaknya.Tangan dia tu luka masa buat kerja dekat tempat kerja."Puan Fatimah mencipta jawapan untuk menutupi apa yang Ayra sebenarnya alami.
Dia kalau boleh tak nak ada orang lain tahu tentang sakit Ayra.Pasti orang akan cop dia ibu yang tak pandai jaga anak.
"Ouh.."Is diam.Walaupun dia agak sangsi dengan jawapan mak ciknya itu tapi dia diamkan saja.
"Mak lang terpaksa mintak dia balik naik grab tadi sebab mak lang kena hantar Ara.Izzat kena kerja back to back.Kesian pulak Ara nak kena naik KTM,"tambah Puan Fatimah.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...