MATA yang tadi terpejam rapat dalam lena tiba-tiba terbuka luas.Bunyi guruh yang sedikit kuat dah mengganggu tidur yang tadi terasa sangat selesa.
"Astaghfirullahalazim.."Ayra perlahan duduk dan bangun dari baringannya di atas sofa pada ruang tamu apartmen itu.
Dada berlapik telekung yang masih tersarung usai Solat Isya' sebelum dia terlelap di atas sofa tadi diurut lembut.Berdebar rasa bila terjaga secara mengejut begitu.
Siaran televisyen masih terpasang.Kedengaran bunyi hujan yang agak lebat dari arah pintu gelangsar disebelah kiri.Mata dihala pada jam dinding yang tergantung atas televisyen.
"B belum balik ke?"Bertaut kening Ayra bila melihat jarum jam yang dah mencecah angka pukul 2 pagi.
Mustahil suaminya balik tanpa mengejutkan dia supaya masuk ke dalam bilik.Telefon pintar dari atas meja kopi di depan sofa itu dicapai.
"Banyaknya missed call."Membulat mata bila ada beberapa belas panggilan tak berjawab dari Izzat dan Khairul naik pada notifikasi telefon.
Hati Ayra tak semena-mena rasa tak sedap.Terus laju jari membalas semula panggilan dari abangnya.
"Hello?Abang kenapa call Ayra banyak kali?Affan okay ke?Abang lepak lagi ke?Lambatnya balik?"Bertubi-tubi soalan dilempar sebaik saja panggilan bersambung tanpa sempat Izzat bersuara.
"Ya.."Suara Izzat lemah sahaja menyahut buat hati Ayra makin tak keruan.
"Err abang dah tak lepak.Ada dekat hospital ni.."Izzat menuturkan perlahan.
"Haa?!Kenapa?Buat apa dekat hospital?Affan mana?"Terus tegak duduknya.
Mata yang tadi berat hilang sudah rasa mengantuk.Fikirannya hanya terarah pada Affan.Waktu ini cuma fikiran negatif saja bermain memandangkan yang menelefon dia berbelas kali tadi cuma dari nombor abang dan abang sepupunya saja.
"Dekat hospital ni dengan Affan.."Izzat seperti tak tahu nak memulakan cerita dari mana.
"Tunggu..Ayra pergi sana.."
"Eh Ayra.."
TUP!
Terus Ayra mematikan panggilan.Dia sudah tak keruan.Dia yakin sesuatu yang buruk menimpa suaminya walaupun tak sempat mendengar penjelasan penuh daripada Izzat.
Ayra segera bangun dan berjalan laju masuk ke dalam bilik.Mahu segera menukar pakaian dan tudung.
Langkahnya laju membuka pintu rumah sebelum ditutup dan dikunci.Kelam kabut sandal yang dibawa dari rak di dalam rumah dicampak ke lantai dan disarung.Pintu gril dikunci dan terus dia melangkah laju ke arah lif.
Telefon pintar dikeluarkan dan dia menaip sesuatu.Dia mengirim mesej pada abangnya supaya berkongsi lokasi hospital.Baru teringat yang dia tak sempat bertanya hospital mana sebelum memutuskan talian tadi.
Telefon dicampak masuk semula ke dalam beg tangan dan Ayra terus melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.
.
.
.
LANGIT yang cerah sudah mulai mendung menandakan bila-bila masa sahaja hujan akan turun.Suasana di tanah perkuburan itu sepi dan sunyi.Cuma kedengaran suara seseorang sedang membaca talkin.
Ayra hanya diam membisu.Pandangannya kosong merenung kubur yang tanahnya masih baru dikambus beberapa minit yang lepas.Usapan tangan ibunya pada tangannya cuma dibiarkan.
Tak tahu apa perasaannya pada waktu ini.Tak sangka.Malah seperti menyalahkan diri dia sendiri pun ada.
Tangan diangkat dan ditadah untuk mengaminkan doa selesai talkin dibaca.Air liur yang terasa payau ditelan.Kesat sahaja turun menuruni rengkung.Ada satu perasaan berat yang perlahan menyusup masuk ke dalam hati Ayra.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...