Bab 67

1.3K 84 3
                                    

TANGAN yang tadi kejap menggenggam stereng kereta dibawa turun ke atas riba.Nafas dalam ditarik dan dihembus perlahan.Dikerling fail yang berada di atas kerusi penumpang sebelah pemandu itu.

"Saya nak minta maaf pada Datin.Saya tahu saya silap dah hancurkan rumahtangga Datin sebelum ni."Adreena bersuara sambil menunduk.

"Kenapa tiba-tiba?"Sinis suara Datin Raihana memerli.

Walaupun sakit hati tapi tak adalah sampai dia nak bermain tarik rambut bila Adreena tiba-tiba muncul di depan pagar rumahnya.Awalnya,memang malas dia nak melayan tapi bila melihat gaya Adreena yang sungguh-sungguh merayu dengan wajah sugul itu buat Datin Raihana tak sampai hati.

"Saya nak minta maaf.Sungguh-sungguh.Saya rasa saya dah tak ada waktu."Adreena bersuara sebak.

Berkerut seribu dahi Datin Raihana.

"Dato' dah ceraikan saya dengan talak tiga.."Adreena menyambung lagi menahan sebak yang mula bertamu.

Terkedu Datin Raihana mendengar.Talak tiga?

"Sa-saya.."Tak tahu nak memberi respon bagaimana.

Bersorak gembira?Jauh sekali..

Semudah itu suaminya melafazkan kalimat itu.

"Saya minta maaf.."Entah kenapa itu yang keluar dari mulut Datin Raihana.

Adreena menarik senyum nipis dan menggeleng.

Betullah Affan memang mewarisi sifat umminya.Penuh kelembutan dan empati.Dia saja yang buta menilai.

"No need,Datin.Ini balasan untuk saya."Adreena membalas.

"Kenapa awak cakap awak dah tak ada waktu?Dato' ada ugut apa-apa ke?"Datin Raihana bertanya gusar.

Adreena menggelengkan kepala.Tangannya diangkat naik dan perlahan selendang yang longgar dibuat tutup atas kepalanya sedari sampai tadi diturunkan ke bahu.Cermin mata hitam dan pelitup muka yang tadi elok menutupi wajah pun dibawa turun.

Sekali lagi Datin Raihana tergamam bila melihat keadaan wajah Adreena waktu ini.Penuh dengan luka dan kudis.Ada yang dah kering.Ada yang seperti baru mahu muncul.Ada juga yang sedikit bernanah.

"Awak tak sihat ke?Nak saya bawa ke hospital?"Datin Raihana jadi bimbang.

Hilang sudah rasa marah akan peristiwa lama.Laju Adreena menggeleng.

"HIV."Adreena menuturkan sepatah dengan senyum terpaksa.

"Allah.."Bagai terhenti nafas Datin Raihana.

"Saya rasa waktu saya tak lama Datin.Uhuk!"Adreena menutup mulut bila dia terbatuk sekali.

"Maaf kalau saya datang buat Datin geli.Saya cuma nak minta maaf.Saya tahu berat nak maafkan perlakuan saya tapi hati saya tak tenang.Saya takut saya tak sempat."Adreena bersuara lirih.

Muncul rasa simpati dalam hati Datin Raihana.Mungkin itu dosa Adreena tapi perempuan dihadapannya ini masih terlalu muda.

"Awak tak cuba dapatkan rawatan?"soal Datin Raihana.

"Dah tapi macamnilah.."Mata Datin Raihana ditentang dengan senyum palsu dipamer.

Agak terlambat.Tubuh Adreena langsung tak menunjukkan gejala awal,dia tahu dia menghidap penyakit itu pun setelah gejala yang teruk muncul.

Mungkin ini yang dikatakan kifarah atas dosa dia selama ini..

"Saya cuma nak maaf dari Datin dan anak-anak Datin"sambung Adreena.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now