"JO.."Ayra berdiri dihadapan gerai pasar tani itu.
"Eh..Kak Ayra."Jo yang tadi sedang duduk bersantai di atas kerusi camping bawah khemah biru itu membalas sapaan Ayra.
Jo bangun dan berjalan ke arah meja panjang tempat tray besi disusun.
"Nak berapa harini kak?"Jo bertanya sambil memegang bekas dan penyepit kuih.
"Harini lebih sikitlah.Bagi sepuluh."Ayra memesan.
Kepala dijengukkan ke dalam khemah mencari kelibat seseorang.
"Mal mana?"Ayra bertanya biarpun bukan itu orang yang dicari.
"Pergi toilet katanya tadi."Jo membalas sambil memasukkan popia bergedil daging ke dalam bekas.
Mata Ayra masih meliar ke dalam khemah.
"Akak bukan nak tanya pasal Mal,kan?"Jo meneka.Bukan dia tak nampak mata Kak Ayra yang masih memandang ke dalam khemah seperti mencari seseorang.
Dua tiga hari sudah ni pun ada beberapa kali Ayra tanya tentang Abang Affan.Pelik juga.
"Haa?"Ayra tersentak.Sedikit malu bila Jo perasan akan tingkahnya.
"Abang Affan tak ada lagi harini."Jo membalas walaupun tak ditanya.
"Akak nak tanya pasal Abang Affan kan?"Jo angkat muka dengan sengih mengusik.
"Ish..mana ada."Ayra menafikan dengan pipi rasa berbahang.
"Eleh..macamlah kita tak tahu."Jo mencebik.
"Abang Affan dekat seminggu tak datang sini."Jo menyambung lagi.
"Dia dah berhenti ke,Jo?"Ayra bertanya lambat-lambat.
Jo tahan senyum.Dah agak memang Kak Ayra dari tadi cari-cari Abang Affan.
"Tak adalah.Pelik pulak kalau Abang Affan berhenti.Kalau Abang Affan berhentikan saya dengan Mal tu logiklah."Jo ketawa perlahan.
"Haa?Kenapa pulak?"Ayra bertanya bingung.
"Yelah..dah tentu dia boss kitorang kak."Jo menarik senyum dan pandang Ayra sekilas.
Riak muka Ayra sedikit terkejut.
"Gerai ni dia punya.Kitorang yang kerja.Dia seminggu tak ada ni pun sebab sibuk uruskan dua cawangan kafe dia.Ada staff baru masuk dengan renovate kafe dia."Makin bulat mata Ayra kerana terkejut dengan maklumat baru yang dia terima.
Barulah semua benda rasa masuk akal.Patutlah Affan tak kisah belanja dia macam-macam.Patutlah Affan pernah gurau dia dengan owner gerai ni ngam.Rupanya semua tu bukan usikan semata.
Ayra menelan liur yang terasa payau.Tiba-tiba dia rasa diri dia sangat kecil dan rendah nak dibandingkan dengan Affan.
"Ouh.."Hanya itu yang terkeluar dari mulut Ayra sebab terlalu terkejut.
Tak pernah sangka kerana perwatakan Affan dan penampilan dia yang biasa-biasa saja.
"Abang Affan tu nampak je macam kita-kita.Anak orang kaya tu kak.Anak Dato'.Akak nguratlah dia.Cuci kaki je kak kahwin.Kalau saya perempuan dah lama saya nyendeng Abang Affan."Jo berbisik dalam gurauan.
Ayra cuma senyuma segaris.
Jurang yang tadi muncul antara dia dengan Affan terasa semakin besar.Terlalu kerdil rasanya diri dia.
Terasa malu pula bila ada waktu hati Ayra pernah terusik dengan layanan baik Affan sebelum ni.
Selama ni Affan tolong dia mungkin sebab Affan kasihan tengok nasib tak baik dia.Semua mungkin atas dasar empati.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...