TANGANNYA yang berbalut dari pergelangan tangan sehingga hampir ke siku itu ditenung.Ayra hanya diam baring mengiring memandang langsir yang tertutup.Wad terbuka yang menempatkan enam orang pesakit di dalam satu ruang itu masih sedikit sunyi kerana belum waktu melawat.Katil Ayra ditutupi separuh dengan langsir.
"Kamu protes pasal pinangan mak long tu dengan ibu cara macam ni ke Ayra?Kenapa ulang balik benda sama kamu pernah buat dulu?Bukan kamu dah baik ke dari sakit kamu tu?"Ayra hanya diam mendengarkan kata-kata ibunya yang singgah ke telinga.
Tak ada emosi.Rasa kosong.
Hatinya rasa sedih tapi ditahankan saja air mata supaya tangisannya tak pecah di situ.
Ibu memang takkan pernah faham.Dari dulu lagi.
Dia tak tahu siapa yang bawa dia ke hospital.Sedar-sedar saja sudah pagi.Tangan yang luka dah berbalut,drip air dan beg kencing sudah pun dipasang.Yang dia tahu kepalanya sakit,tekaknya rasa sangat kering,tangannya pedih dan kepalanya masih rasa berpusing.Leteran ibunya juga langsung tak membantunya.
"Kamu ni kenapa buat macamni?Tak kesian dekat ibu ke?Penat tahu jadi ibu ni.Ayah kamu buat ibu macamtu.Kamu macamni.."Puan Fatimah masih menyambung.Suaranya agak perlahan tapi masih dapat ditangkap oleh pendengaran Ayra yang hanya diam tak berkutik.
"Sebelum nak buat benda-benda macamni.Sebelum nak cederakan diri sendiri cuba fikir.Ingat Allah.Ambil sembahyang.Solat.Jangan ikut sangat perasaan tu."Air mata Ayra bergenang.
Mujur langsir katilnya itu tertutup hampir keseluruhan katilnya jadi muka sedih dan matanya yang berkaca tak ditangkap oleh penglihatan sesiapa.
Ayra rasa kalau ibunya tak menemani pun dia baik-baik sahaja.Bukan tak mengenang budi atau berterima kasih.Cuma apa yang ibunya ucapkan semuanya semakin menghiris hati dan cuma menambah luka.
Setiap kata-kata ibunya langsung tak menenangkan.Dia rasa semakin tak berguna.Ayra rasa seperti semua ini memang salah dia.Dia yang lemah.Dia yang kurang berdoa.Benarkah?
Ayra memeluk bahunya sendiri dengan erat.Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya menitis juga.
"Takkan setiap kali ada masalah Ayra nak buat macamni?Nak cederakan diri?Takkan nak buat orang serba salah.Sampai bi-"
"Assalamualaikum.."Suara memberi salam itu menghentikan kata-kata Puan Fatimah.
Ayra hanya mengeraskan badannya bila mendengarkan suara yang tak asing itu.Berubah sedikit riak muka Puan Fatimah dengan kehadiran Affan.
"Wa-waalaikumussalam."Puan Fatimah membalas sedikit gugup.Bimbang juga apa Affan fikir bila terdengar apa yang dia bicarakan kepada Ayra dari tadi.
"Maaf,aunty.Saya nak hantar makanan untuk Ayra."Affan bersuara dengan riak tenang.
Ayra menghela nafas lega.
"Eh,dah waktu melawat ke?"Puan Fatimah menyelak sedikit hujung lengan baju yang dipakainya untuk mengintai waktu dari jam tangan yang dipakai.
"Dah,aunty.Aunty dah makan?"Affan bertanya.
"Tadi pagi dah.Aunty habiskan makanan Ayra sebab dia tak nak makan."Puan Fatimah membalas dengan senyum kelat.
"Ayra okay?"Belakang badan Ayra yang berbalut selimut sampai ke bahu itu dipandang.
"Hmm..buang masa je kamu tanya dia.Dia takkan jawab."Puan Fatimah menjawab bagi pihak Ayra.Ada sedikit nada tak senang dalam suara Puan Fatimah.
Affan hanya diam.Dari malam semalam,dia seperti boleh agak apa yang Ayra hadapi mengikut cara Puan Fatimah melayan Ayra.Sakit tapi tak ada yang memahami.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayra Untuk Affan
RomanceAffan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak...
