Bab 3

1.5K 70 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM.."Pintu rumah ditolak dan Ayra melangkah masuk.

"Waalaikumussalam."Suara ibunya menyahut salam kedengaran dari arah dapur.

Langkah kaki diatur menuju ke dapur mahu bersalaman dengan ibunya.

"Ibu.."Puan Fatimah yang sedang memotong bawang itu didekati.

"Haa..balik dah."Tangan anaknya yang menghulur mahu bersalaman itu dicapai.

"Bolehlah tolong ibu masak ni.Sekejap lagi abang nak masuk kerja malam tak ada makanan pulak."Suara ibunya menuturkan.

Ayra diam.Baru dia bercadang untuk baring dan berehat.Dia letih.Kenapa bila dia nak pergi kerja semua dia kena uruskan sendiri?Tak ada orang peduli pun dia makan atau tidak sebelum pergi kerja setiap hari?

Cemburu?Ya,memang dia cemburu.Salahkah perasaan dia ini?

"Dengar tak?"Puan Fatimah menoleh sekilas ke arah anak keduanya yang membisu itu.

"Dengar bu.Ayra nak buka tudung dengan letak beg sekejap."Ayra membalas lemah.

Ayra melangkah keluar dari dapur dan berjalan menuju ke biliknya.Dikerling sekilas ke dalam bilik adiknya sewaktu dia melalui bilik adik bongsunya itu.

Ralat hatinya bila melihat adik bongsunya yang sedang berbaring sambil bermain telefon dan ketawa sendiri.Hati Ayra jadi sakit bila melihat keadaan itu sedangkan boleh saja ibu meminta tolong adiknya itu.Kepala digelengkan dan dia terus melangkah ke biliknya.Diusir perasaan sedih yang mula bertandang.

Kerusi kosong pada meja kecil yang ada di dalam dapur itu ditarik.Ayra duduk dan terus mencapai sebakul sayur kangkung yang belum dibersihkan.

"Ayra.."Puan Fatimah yang sedang menggoreng ikan memanggil anak keduanya tanpa menoleh.

"Ya,bu?"Ayra menyahut.

"Hujung minggu depan kamu mintak cuti ya?Kita balik rumah nenek.Mak ngah ada buat kenduri akikah untuk cucu dia."Puan Fatimah menyambung.

Pergerakan Ayra yang sedang lincah membersihkan sayur kangkung itu terhenti.Dia tahu tentang kenduri itu daripada group whatsapp tapi dia buat tak tahu saja sebab memang dia tak bercadang nak pergi.

"Mintak cuti empat harilah.Kita gerak balik hari khamis tu.Abang pun ibu dah pesan suruh cuti."Puan Fatimah menyambung.

Ayra diam.Dadanya berdebar.Dia kalau boleh memang tak nak menjejakkan kaki balik ke kampung setiap kali ada majlis yang melibatkan saudara-mara.

Kalau majlis akikah maksudnya semua ada.Kalau semua ada maksudnya...

"Ayra?Kamu dengar tak?"Suara Puan Fatimah sedikit kuat memanggil Ayra semula.

Kesabarannya sedikit hilang bila anaknya itu dari tadi asyik mengelamun.

"Haa?De-dengar bu."Ayra tersentak dari lamunan dan segera menyahut.

"Ayra tak tahu boleh cuti ke tak bu.."Ayra mencipta alasan.

"Laa kenapa pulak?Kamu bukan selalu cuti pun.Mintaklah sesiapa ganti.Lagipun nenek awal-awal dah bagitahu suruh kamu balik sekali.Lama sangat dah kamu tak balik ke sana bila ada kenduri ramai-ramai."Puan Fatimah menoleh ke arah Ayra sekilas.

Pelik dengan anaknya itu.Kali terakhir Ayra ikut balik ke kampung bila ada kenduri atau saudara-mara berkumpul sewaktu Kak ngahnya buat kenduri kahwin anak sulungnya,itu pun tiga tahun lepas dah.Sudahlah memang Puan Fatimah jarang balik menjenguk emaknya itu.

"Tengoklah macam mana ibu.."Ayra menjawab acuh tak acuh sambil menyambung kerjanya yang tergendala.

"Kenapa kamu ni?Nak jadi macam ayah kamu jugak?Tak nak bercampur dengan saudara-mara ibu?"Puan Fatimah tiba-tiba seperti mahu marah.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now