Bab 69

743 56 0
                                    

KERTAS yang masih ada kesan lipatan itu habis berkeronyok bila digenggam terlalu kuat.Dengusan kuat terdengar dari hembusan nafas Dato' Husin.

"Berani awak ya,Raihana.."Berdetap rahang menahan seribu satu kemarahan yang merajai hati.

Kertas tadi diangkat dan dikeronyokkan lebih agresif dan dicampak ke atas lantai.

Ini ke balasan sebab terlalu bagi muka pada isteri pertamanya itu?

Berani dia tuntut cerai?

Dijeling gumpalan kertas yang jatuh tadi.

Ingat aku nak datang ke prosiding mahkamah tu?

"Ceh!"Dato' Husin ketawa sinis.

Turun naik mahkamahlah sendiri!

Hatinya membentak marah.Dia ingatkan surat apa yang sampai sewaktu pulang dari pejabat lewat petang tadi.Rupanya surat perintah mahkamah supaya dia menghadiri prosiding penceraian yang difailkan oleh isteri pertamanya.

"Memang saja main dengan api.."Dato' Husin merenung tajam ke depan.

Anak dengan mak sama je!Menyusahkan!Menyebalkan!

Apa lagi yang tak cukup dia sediakan?Apa lagi yang mereka nak?Dia akan pastikan isterinya menyesal dengan keputusan tiba-tiba yang isterinya buat itu.

.

.

.

TUALA atas kepala yang melilit rambut basahnya itu dibetulkan sedikit.Lega sedikit badan dan rasa hati yang tadi sakit dengan perlakuan Affan.Selamba saja menolak dia jatuh depan staf yang lain di dalam stor tadi.

Linda melabuhkan duduknya di atas sofa pada ruang tamu kondominium itu.Kaki dinaikkan sebelah atas sofa sementara sebelah lagi dibiar berlunjur lurus ke bawah.

Televisyen yang terpasang dipandang.Badan digerakkan ke depan sedikit nak mengambil air coklat panas dari atas meja kopi di depannya.Telefon pintar yang tiba-tiba berdering dikerling.

"Tchsk!"Linda berdecit sebal.

"Apa lagi orang tua ni nak?"Linda mengomel dengan rasa meluat.

Telefon dibiarkan berdering.Tak ada mood nak menjawab panggilan telefon itu.Dia tahu apa yang kekasih gelapnya itu akan cakap.

Apa lagi kalau bukan perancangan nak menjatuhkan hidup anaknya sendiri?

Makin tak betul orang tua ni!

Hati Linda membentak marah.Fikirannya terus berputar pada kejadian beberapa minggu lalu.

.

.

.

LINDA berjalan keluar dari kafe yang dah gelap.Hari ini dia bertanggungjawab untuk menutup kafe memandangkan Affan sehari suntuk berada di pasar tani.

Shutter door yang dah tertutup itu ditolak habis menggunakan kaki sehingga mencecah lantai.Dia duduk bertinggung mahu memasang kunci mangga.Linda berdiri semula selesai mengunci.

Belum sempat dia mahu berpusing untuk menuju ke arah keretanya tiba-tiba dia dapat rasa mulutnya ditekup dan pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Humphh!"Dia cuba menjerit tapi tekapan pada mulutnya yang kuat itu membataskan suara dan perkataannya.

Badannya dengan mudah diangkat dan diheret dalam suram cahaya lampu jalan itu.

Gigih dia meronta dengan rasa hati berdebar-debar.Mata dah bergenang dengan rasa takut yang teramat.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now