PERLAHAN Jeep Grand Cherokee dipandu masuk ke dalam garaj rumah banglo mewah dua tingkat itu.Enjin kereta dimatikan dan kunci dicabut.Pintu kereta dibuka dan Affan melangkah turun dari keretanya.Dia beralih pula pada pintu belakang Jeep dan membuka pintu.
Dua bungkusan plastik besar berwarna kuning dan merah serta satu bungkusan plastik putih kecil dibawa keluar dan pintu kereta ditutup semula.Langkah kaki diatur menuju ke arah pintu rumah.
"Assalamualaikum!"Affan melangkah masuk sambil melaung dari depan pintu masuk.
"Yeayy!Abang Affan dah balik!"Elly,adik bongsunya yang baru turun dari tangga itu berlari seronok ke arah Affan sebelum sempat Affan berjalan ke dalam nak mencari umminya.
Affan hanya ketawa membalas pelukan kuat Elly pada pinggangnya.
"Eii ni busuk balik sekolah.Dah mandi belum?"Affan pura-pura menutup hidung mengusik adiknya yang berusia lapan tahun itu.
"Elly dah mandilah!"Elly dah berpeluk tubuh dengan mulut dimuncungkan.
Affan tergelak besar sambil mengusap kepala adiknya itu.
"Nah..pisang goreng."Bungkusan kecil plastik berwarna putih yang dibawa masuk sekali tadi dihulurkan ke arah Elly.
"Yeayy!Terima kasih,abang!"Affan dipeluk lagi sekali.
"Ummi mana?"Affan bertanya Elly yang sedang sibuk mengintai pisang goreng di dalam bungkusan.Seketul pisang goreng itu ditarik keluar dan digigit.
"Ummi dekat dapur.."Elly menoleh sekilas ke arah dapur sebelum terus berlari naik ke atas.
"Makan dekat bawah,Elly.."Affan hanya menggeleng kepala dengan gelagat adiknya yang dah pun menghilang naik ke atas.
Affan mengatur langkah menuju ke dapur mendapatkan umminya.
"Assalamualaikum,ummi."Bahu umminya yang sedang mengacau asam pedas ikan pari di dalam periuk itu dipegang.
"Waalaikumussalam."Datin Raihana menoleh sekilas ke belakang sambil tangan masih mengacau kuah asam pedas yang baru mahu menggelegak itu.
Dia tahu anak bujangnya itu dah sampai bila dengar suara nyaring anak perempuannya yang teruja dari arah depan tadi.
"Mak Nom sihat?"Pembantu rumah mereka yang sedang membersihkan sinki berumur dalam lingkungan 50-an itu disapa oleh Affan.
"Sihat,Affan.Alhamdulillah."Mak Nom senyum membalas dengan anggukan.
"Pukul berapa sampai ke rumah kamu dari rumah Nek Mah semalam?"Datin Raihana bertanya.
"Pukul 1 pagi semalam,ummi."Affan menjawab pertanyaan umminya.
"Lewat jugak."Datin Raihana membalas.
"Haah.Singgah lepak dekat rnr sekejap.Lepastu,abang hantar Khairul dulu balik rumah sewa dia.Baru balik rumah,"ujar Affan.
"Nek Mah kirim salam dekat ummi.Ni ada Nek Mah bagi pekasam dengan buah mangga.Apa entah lagi ada dalam tu.Macam banyak Nek Mah tambah-tambah masukkan semalam sebelum abang gerak balik."Affan berjalan ke arah meja makan yang terletak di dalam dapur basah itu.
Bungkusan plastik besar yang dibawa tadi dah diletakkan atas meja.
"Waalaikumussalam.."Api dimatikan dan Datin Raihana turut melangkah ke arah Affan.
"Amboi,banyak betul ni.Macam-macam Nek Mah bawakkan ni.Susah-susah je."Datin Raihana mengintai isi platik yang dibawa Affan.
"Biasalah,ummi."Affan membalas dengan senyuman.
Datin Raihana hanya senyum.
"Nek Mah sihat?Ramai ke jemputannya haritu?"Datin Raihana bertanya.
"Sihat..Alhamdulillah.Ramai jugak,ummi,"ujar Affan.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...