"KENAPA?Abang pun nak bela Abang Is macam ibu?Nak cakap tu bayangan Ayra je selama ni?Nak kata Ayra reka cerita?"Ayra tiba-tiba diselubungi emosi dengan air mata bergenang.
"Ayra..hey..abang tak cakap apa-apa pun."Izzat pandang Ayra dengan dahi berkerut bila Ayra menuduh dia secara melulu.
"Ayra penat dah abang.Tak ada siapa nak percaya cakap Ayra.Abang Is tu terlalu sempurna pada mata orang lain sampai apa Ayra cakap semua nampak macam tipu."Ayra menunduk dengan bibir bergetar.
Air matanya gugur juga.
"Kalau abang nak salahkan Ayra tuduh Abang Is baik abang marah terus lepastu keluar.Ayra tak ada tenaga nak layan semua benda ni.Kalau nak cakap Ayra buat cerita pun suka hatilah.Ayra ingat bila cerita dekat Affan dia akan simpan rahsia Ayra tapi dia pun sama je.Saja nak bagi Ayra ni dibenci lagi."Ayra dah teresak-esak.
"Affan tak ada salah pun Ayra.Apa dia buat tu betul.Kalau tak sampai bila-bila abang tak tahu ni.Benda besar ni Ayra.Ayra pendam sendiri sampai sakit.Kenapalah tak pernah cerita."Izzat bersuara semula sedikit terkilan.
Ayra merengus geram.
Dia benci Affan!Nampak macam peduli tapi sekarang apa Ayra nampak Affan cuma nak makin serabutkan hidup dia.
"Ayra.."Bahu Ayra dipaut.
Laju tangan Ayra menolak badan abangnya supaya menjauh.Izzat yang tergemam seketika terus menghela nafas berat dengan perlakuan Ayra.
"Jangan risau.Ayra dah lama terima Ayra memang kena hadap semua ni sorang-sorang.Apa Ayra buat semua salah pada mata ibu.Semua tak kena.Abang dengan Ara permata ibu.Bukan Ayra.Ayra pun memang nak keluar dari rumah ni.Tunggu dapat rumah sewa je."Makin kuat esakan Ayra kedengaran dengan air mata merembes laju.
"Bagi ibu..abang dengan Ara tu harapan ibu.Bukan Ayra.Ayra penat ke nak mati ke masih kena kerah buat macam-macam untuk korang.Sampai apa Abang Is buat pun semua sebab Ayra yang salah.Ibu tak peduli pun dengan trauma Ayra walaupun ibu tahu."Ayra meluahkan.
Dia dah tak peduli.Emosinya bercelaru jadi terluah tentang semua benda yang dia pendam biarpun tak ada kena-mengena dengan Abang Is.
Izzat tergamam.Tak sangka selama ni Ayra yang nampak baik-baik saja dan seperti diam tak peduli rupanya banyak menyimpan luka.Buat Izzat lagi terkilan bila salah satu punca adalah dia.Izzat tak sangka ibu boleh berdiam diri tentang perkara itu sedangkan ibu tahu.
"Abang mungkin bukan abang yang baik pada Ayra.Tapi abang bukan abang yang akan pilih orang lain dari adik-adik abang sendiri.Kenapa Ayra tak pernah cerita?"Bahu Ayra cuba dipaut erat sekali lagi dari sisi.
Kali ini Ayra hanya membiarkan.
Pertama kali mereka meluahkan perasaan dari hati ke hati.Memang sedikit kekok tapi Izzat sayangkan adik-adiknya.Ralat hatinya bila kebenaran itu terbukti.Rasa macam dia abang paling tak guna atas muka bumi.
Ayra diam teresak-esak sambil masih menunduk.Dilap hingus yang mula meleleh.
"Buat apa?Percaya ke?Ibu pun tak percaya.Ayra baru mengadu kena cabul dengan Abang Is pun ibu kata Ayra yang salah.Bayangan Ayra.Kalau ibu tahu yang Abang Is pernah ambik kesempatan..hampir nak perkosa Ayra.Lagi Ayra tak rasa ibu akan terima benda tu.Ayra memang sendiri."Tangannya digenggam kuat menahan hati yang hancur.
Izzat menelan liur yang terasa berpasir.Emosinya jadi berkecamuk mendengarkan pengakuan Ayra.Affan cuma cerita tentang kejadian malam dia bertumbuk dengan Is itu.Kemudian,cerita tentang mungkin Is pernah buat sesuatu yang tak baik tapi tak sangka sejauh itu kejahatan Is.
Hati Izzat semakin memuncak dengan rasa amarah bila nampak Ayra meluahkan dan menangis teresak-esak.Hatinya jadi betul-betul melahar dengan rasa marah bila terbayangkan muka Is.Jantung berdebar laju menahan perasaan mahu menumbuk muka Is sekarang juga.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...