Bab 22

1.2K 72 0
                                    

BERULANG kali telefon pintarnya dinyalakan dan dimatikan semula.Nak memeriksa kalau-kalau ada panggilan telefon atau pesanan WhatsApp yang masuk daripada abangnya,Ara atau ibunya.

Namun,hampa.Tak ada pun yang bertanya tentang keberadaannya walaupun dah beberapa jam selepas dia keluar dari hospital.

Sekurangnya dia nak juga ada yang bertanya..macam mana?Dah discharge ke belum?Berapa bil hospital?Sampai mana?Kenapa belum balik lagi?

Macam biasa.Tak ada yang betul-betul peduli.Kalau dia hilang pun rasanya tiada yang peduli.Kenapalah dia tak betul-betul 'pergi' saja.Ya,dia tahu ini pun memang salah sendiri sebab dia masuk hospital.Sendiri cari penyakit.

Perasaan sedih mula menyapa.Ayra yang sedang duduk di atas pasir beralaskan kain pelikat yang Affan keluarkan dan bawa dari dalam keretanya itu membuang pandang ke arah pantai.

Langit senja yang mula memunculkan diri dipandang.Dia cuba tolak tepi perasaan hibanya dengan menghargai apa yang ada depan mata.Affan yang beria mengajak dia ke sini.Katanya dah alang-alang belum rasa nak balik baik lambat sikit.

Ayra pun ikut saja Affan.Padahal dia tak kenal mana pun Affan.Kata hati Ayra meyakinkan bahawa Affan memang seorang yang baik biarpun usikannya kadang-kadang buat rasa geram.

Lagipun,kalau Affan nak buat jahat tak perlu tunggu lama rasanya.Dari awal Ayra naik kereta sekali tadi Affan dah boleh buat benda jahat.

"Ayra okay?"Affan yang baru datang entah dari mana itu bertanya.

Ayra segera menoleh.

"Okay."Dia memaksa segaris senyuman.

"Nah..air."Affan hulur air teh bunga dari tangan kanannya.

"Ayra minum teh bunga tak?"Affan yang masih berdiri itu bertanya.

"Minum."Ayra yang sedang mendongak ke arah Affan itu mengangguk.

Affan angguk dan turut melabuhkan punggungnya di atas kain pelikat sama yang dibentang luas tadi sebagai alas untuk mereka duduk.

"Ni keropok lekor dengan pisang goreng.Panas lagi."Affan meletakkan bungkusan plastik yang dia bawa sekali tadi di tengah-tengah antara dia dan Ayra yang mempunyai jarak yang sedikit jauh.

"Nampak sedap.."Ayra mengambil satu pisang goreng dengan hujung jari.

Mulutnya meniup beberapa kali pisang goreng yang masih sedikit panas itu dan menggigitnya.

"Rasanya sedap ni."Affan menjawab.Dia menyedut air minuman sambil pandangan ditala ke beberapa kanak-kanak yang sedang riang bermain air pantai tak jauh dihadapan mereka.

Seketika ruang antara mereka sepi.Masing-masing melayan perasaan dan menikmati hembusan lembut angin petang itu.

"Affan.."Ayra tiba-tiba bersuara.

"Yup?"Affan menoleh ke arah Ayra.

"Terima kasih belanja saya dekat arcade game tadi dengan belanja makan."Ayra menuturkan dengan segan silu.

"Nanti saya bayar balik ya?"Ayra menyambung.

"Siapa mintak bayar balik?Kan saya kata saya belanja."Affan menjawab tenang.

"Emm..saya serba salah.Mesti habis dah duit gaji awak sebab harini belanja saya macam-macam."Ayra menunduk.

"Awak nampak muka saya macam frust ke duit habis?"soal Affan.

"Tak adalah.."Ayra diam sejenak.

"Awak dahlah kerja pasar penat-penat.Gaji pun mungkin tak banyak mana.Belanja pulak saya entah apa-apa."Ayra angkat muka semula memandang Affan.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now