Bab 54

2K 117 7
                                    

"AIK?Mana pergi ni?"Nombor telefon Ayra didail lagi sekali.

Dah beberapa kali dia menelefon Ayra untuk bertanya sama ada sudah siap atau belum?Beberapa kali itu juga panggilan Affan semuanya bersambung ke peti pesanan suara.

Affan tiba-tiba rasa tak sedap hati.Kali terakhir tadi dia telefon Ayra,dengar suara isterinya baik-baik saja.Siap pesan Affan jangan lambat.

Takkan tiba-tiba bateri habis pula?

Affan cuba mendail lagi sekali.Berdering lama dan masuk ke peti pesanan suara untuk ke sekian kali.

Affan berdecit.Dia mula rasa tak sedap hati entah kenapa.Tak pernah Ayra biarkan panggilannya tak berjawab lama.

Pedal minyak ditekan kuat sedikit melajukan kereta yang dipandu.Nak cepat sampai ke rumah.Risau keadaan Ayra yang tiba-tiba senyap.

.

.

.

"SAYANG?"Affan memanggil isterinya sambil melangkah masuk dan menutup semula pintu rumah apartmen itu.

But coklat dilucutkan dari kaki dan dia melangkah masuk bila tiada sahutan dari isterinya.Senyap sunyi sahaja ruang depan.

Affan melangkah ke arah pintu bilik mereka yang ternganga sedikit.Telinganya menangkap bunyi pancuran air bilik mandi yang ada di dalam bilik tidur mereka.Kuat dan laju.

Takkan baru mandi?Tadi rasanya Ayra kata dia tengah bersiap.

Hati Affan berbisik hairan.

Pintu ditolak lebih luas.Bayang Ayra tak kelihatan di dalam bilik mereka.

"Sayang?Sayang mandi ke?"Affan melangkah ke arah bilik air.Pintu bilik air itu diketuk.

Tak ada sahutan.

Affan cuba mengetuk lagi.

"Sayang?"Suaranya dikuatkan sedikit dan ketukannya dikeraskan lagi.

Masih diam.

Affan cuba memulas tombol pintu bilik air.Berkunci.

"Sayang!"Affan mengetuk kuat pintu beberapa kali.

Hati Affan mula tak keruan.Macam-macam perkara melintasi fikirannya.Cemas.

"Sayang!Buka pintu ni..kalau tak b pecahkan!"Affan bersuara kuat.

Masih senyap.

Hati Affan mula berdebar.Tanpa menunggu dia berundur sedikit dan meluru ke depan menolak kuat pintu bilik air itu dengan sepenuh tenaga.Namun,tak berjaya dibuka.

Kemudian,Affan angkat kakinya dan ditendang sekuat hati pintu bilik air itu.Pintu bilik air terbuka luas.

Terbuntang mata Affan melihat apa yang tersaji di depan mata.

"Ya Allah!Sayang!"Tergesa-gesa dengan cemas Affan berlari masuk ke dalam bilik air itu.Berderau darah Affan.

Ayra yang dah terduduk hampir melorot ke atas lantai bilik mandi di bawah pancuran itu dihampiri pantas.Ada darah pekat yang mengalir dari bawah pancuran masuk ke dalam lubang saliran bilik mandi.

Laju tangannya menutup air pancuran tadi.Pisau yang ada didalam genggaman Ayra itu dicampak jauh.Dipangku isterinya yang dah tak sedarkan diri dengan muka pucat dan bibir kebiruan itu.

"Sayang!"Affan menjerit dan menampar lembut pipi isterinya.Dia tak peduli dengan baju yang dah basah.

No!No!Wake up!Afan mula merintih.

"Sayang!Stay with me sayang!Please!"Affan terus mencempung tubuh Ayra yang dah longlai itu dan berlari keluar.

"Jangan tinggal b sayang.."Mata Affan dah bergenang sambil langkahnya laju diatur menggendong isterinya.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now