Bab 11

1.3K 74 1
                                    

AYRA berjalan keluar dari bilik tidurnya untuk ke bilik air.Kaki yang sedikit basah dilap pada alas kaki depan pintu bilik air itu.Perutnya yang tiba-tiba berbunyi diusap perlahan.Rasa lapar pula.

Entah bila dia terlena pun dia tak sedar.Malam semalam selepas dengar ibu dan ayah bertengkar langsung dia tak keluar dari biliknya.Bukan tak nak menjenguk ibu lepas pertengkaran itu tapi selalunya dia yang akan tak dihiraukan.Ibu akan terus masuk bilik dan berkurung.

Jadi nak mengelakkan untuk dia lebih terasa hati baik dia pun duduk saja di dalam bilik.Lagilah cuma tinggal mereka berdua saja semalam.Ara dah dihantar balik ke universiti malam semalam dalam perjalanan pulang dari kampung.Abang Izzat pula terpaksa masuk kerja untuk gantikan kawan dia petang semalam.Pagi esok baru habis shift.

Dapur gas yang ada bertenggek kuali dan periuk didekati.Diangkat kedua penutup.Lauk semalam masih tak berusik.Mesti ibu pun tak makan.Pergerakan Ayra terhenti saat tangannya baru mahu mencedok nasi ke dalam pinggan yang diambil.

Suara esakan halus kedengaran.Ayra cuba memfokuskan telinganya ke arah datang suara itu.

Macam..suara ibu?

Senduk nasi diletak ke dalam pinggan dan periuk nasi ditutup semula.Lambat-lambat dia melangkah ke arah bilik ibu yang letaknya bersebelahan bilik Ara.

Suara esakan itu kedengaran sedikit kuat bila Ayra merapati pintu bilik ibunya yang sedikit terbuka.Hanya lampu tidur malap yang menerangi.Dari tempat dia berdiri,Ayra dapat lihat ibu yang sedang bertelekung duduk bersimpuh dengan bahu terhinggut sedang berdoa.

"Ya Allah..sesungguhnya aku hambaMU yang lemah.Kau berikanlah kekuatan padaku,Ya Allah.Aamiin."

Tangan Puan Fatimah meraup wajahnya yang sudah basah dengan air mata usai menghabiskan doanya.

"Ibu.."Ayra memanggil perlahan ibunya.

Puan Fatimah laju menyeka air mata.Tak nak Ayra tengok dia menangis.Dia menoleh ke belakang.

"Kenapa,Ayra?Tak tidur lagi?"Ayra yang berdiri pada muka pintu dipandang.

"Ayra terjaga.Boleh Ayra masuk?"Ayra meminta izin.

"Ouh..masuklah."Puan Fatimah membalas teragak-agak.

Daun pintu ditolak.Ayra berjalan masuk dan duduk bersimpuh disebelah ibunya yang sudah bersila masih bertelekung itu.

"Ibu.."Rendah suara Ayra memanggil.Tangan ibunya yang berlapik telekung dicapai.

Puan Fatimah hanya memerhatikan perbuatan Ayra.Rapuh betul hatinya sekarang.Anaknya panggil begitu pun dia dah rasa nak menangis.

"Ayra nak ibu tahu yang Ayra selalu ada dekat sini untuk ibu.Ibu nak luahkan apa-apa pun Ayra selalu ada.Ayra mungkin bukan anak yang boleh bagi ibu harta melimpah.Kerja pun tak tinggi mana.Ayra mungkin tak habis belajar macam Ara dengan Abang Izzat tapi Ayra memang selalu akan ada untuk ibu,"ujar Ayra.

Puan Fatimah menunduk.Hatinya sedikit terusik bila Ayra sendiri membandingkan dirinya dengan adik-beradiknya yang lain.

"Ayra tahu ibu menangis.Mesti sebab ayah,kan?"Ayra menahan sebak.

"Ayra minta maaf semalam tak jenguk ibu lepas ayah keluar rumah macamtu je.Ayra dengar ibu pun masuk bilik.Ayra takut ganggu ibu.Mana tahu kalau ibu nak duduk sendiri."Air mata Puan Fatimah dah menitik laju.

Ayra memang anak yang baik.Dia saja yang selalu tak melayan Ayra dengan betul.Entahlah kenapa.Sejujurnya,hatinya masih ralat bila Ayra terpaksa berhenti belajar dahulu kerana masalah kewangan keluarga mereka.Dia rasa dia gagal sebagai seorang ibu.Dia rasa marah dengan suaminya dan dirinya sampai AYra jadi mangsa terpaksa berkorban.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now