"APA benda penting yang kau nak cakap tu?"Izzat duduk bersandar pada kerusi plastik di meja makan kedai mamak itu.
"Sekejap.Tunggu kawan aku sekejap."Khairul membalas sambil tunduk membaca sesuatu pada telefon pintarnya.
"Assalamualaikum."Izzat angkat muka memandang orang yang baru sampai menepuk bahu Khairul yang duduk bertentangan dengan dia.
"Waalaikumussalam."Khairul membalas sambil bersalaman.
"Assalamualaikum,Izzat."Tangan dihulurkan pula ke arah Izzat.
"Waalaikumussalam,"salam Affan disambut.
Kerusi kosong disebelah Khairul ditarik dan Affan duduk.
"Haa cakaplah cepat.Izzat ni tak sabar dah nak dengar benda penting tu,"ujar Khairul.
"Cakap jelah Affan yang ajak jumpa sekali.Aku ingat siapalah yang tiba-tiba nak jumpa aku.Kau ni.."Khairul dijeling sekilas.
Khairul menggaru belakang kepala sambil menyengih.
"Macam mana nak cakap pun aku tak tahu.Si Affan nilah suruh aku jangan bagitahu awal-awal."Khairul menyenggol bahu Affan disebelahnya.
"Sorrylah.."Affan menepuk bahu Khairul.
Memang sengaja dia minta tolong Khairul untuk dia dan Izzat bertemu empat mata.Khairul sebagai saksi.Ada sebab juga dia tak nak Khairul beritahu Izzat bahawa dia yang nak jumpa.
Dia tahu Izzat dan Is memang sepupu yang rapat dan selalu lepak sama jadi dia tak nak Izzat terlepas cakap tentang pertemuan mereka hari ini.Tengok gaya Is,dia tak rasa Is tu tahu malu walaupun selepas kejadian malam itu.Lebih-lebih lagi malam itu Puan Fatimah memang membela dia habis-habisan lagilah naik kepala.
"Sorry Izzat ambik waktu kau.."Affan memandang Izzat yang sedang menanti.
"Tak apa.."Izzat angkat tangan isyarat tak apa.
Affan keluarkan telefon pintar dari kocek seluar.Dia membuka sesuatu pada telefonnya sebelum menolak telefon itu ke arah Izzat di atas meja.
"Aku nak tunjuk ni.."Affan bersuara.
Pandangan Izzat jatuh pada skrin telefon Affan yang menyala itu.Khairul turut menjengukkan sedikit kepalanya ke arah telefon Affan yang terletak di depan Izzat itu.
Dahi Izzat terus berkerut seribu.Tangan Izzat laju menolak satu persatu paparan gambar yang sedang terpampang.
"Betul ke ni?"Tegang dan serius wajah Izzat menentang pandangan Affan yang dari tadi menunggu reaksinya.
Affan angguk.
"Macam mana aku nak tahu kau tak buat cerita Affan?"Izzat bertanya dengan raut wajah yang sama.
Benda besar macam ni melibatkan banyak pihak.Izzat tak nak dia tersalah memilih pihak.
"Kau dah boleh mula tanya Ayra kut apa yang jadi dekat dia selama ni."Affan duduk bersandar dengan lengan diletakkan lurus pada belakang kerusi tempat Khairul bersandar.
Izzat diam.Dia tahu selama ni dia memang kurang tahu tentang apa yang jadi dalam hidup Ayra.Tak sangka adiknya itu menyimpan rahsia sebesar ini.
"Apasal ni?Ceritalah.Aku nak tahu jugak."Khairul memandang Izzat dan Affan bersilih ganti.
Masing-masing diam.Buat Khairul semakin garu kepala sebab bingung.
.
.
.
TUALA dililitkan menutupi rambutnya yang sedikit lembap.Badan direbahkan ke atas katil.Lega betul!Penat badan angkat stok-stok doh biskut dan barang-barang kedai yang baru sampai tadi.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...