"TAHNIAH.."
"By the way..saya Linda.Partner kafe Affan merangkap kawan dia dari Uni dulu incase dia tak pernah cerita pasal saya."Perempuan dengan kebaya hitam itu Ayra pandang sambil senyum nipis.
Cantik.Seksi.Getus hati Ayra.Terbit sedikit rasa cemburu dalam hati Ayra bila mengenangkan Linda itu selalu Affan akan berjumpa kerana tempat kerja mereka sama.
"Ouh..hi,"Ayra menghulur tangan untuk berjabat salam tapi cuma disambut dengan hujung jari dan senyum kelat.
Sakit hati bila Affan lebih memilih Ayra yang rupanya nampak biasa-biasa saja jika nak dibandingkan dengan dia atau Adreena.
Ayra menarik semula tangannya dengan senyum segaris.Ayra cuba tak pedulikan rasa pelik yang menyinggah bila nampak Linda seperti tidak senang dengan dirinya.
"Awak nak tunggu bergambar dengan Affan sekali ke?Dia pergi toilet sekejap."Ayra bersuara cuba menghilangkan rasa kekok.
"No need.Saja datang nak tengok siapa yang dah berjaya tawan hati Affan."Ayra dipandang atas bawah.
Ayra senyum janggal.
Kalau tak fikir yang itu kawan Affan dan majlis resepsi yang sedang berlangsung sekarang ini adalah majlis belah keluarga Affan memang dah lama dia buat tak tahu saja dengan perempuan dihadapannya ini.
"Sayalah tu orangnya,Ayra."Ayra tayang senyum.Buat-buat tak terkesan dengan pandangan penuh menilai dari Linda itu.
Memang sengaja nak buat Linda sedikit sakit hati.
Ingat dia je yang boleh buat Ayra sakit hati?
Linda terdiam.Rasa seperti diejek.
"Jangan bangga sangat.Takut you ni jadi batu loncatan je."Linda senyum senget.
Batu loncatan?Dia nak kata Affan tak boleh move on dengan dia ke yang buat aku jadi batu loncatan nak lupakan dia?
Bertaut kening Ayra mendengar ayat yang keluar dari mulut Linda.Kepala mula berfikir yang tidak-tidak.Hati nak bertanya lebih tapi mulutnya dibiarkan saja terkunci.Rasa macam malas nak rosakkan mood sendiri yang tengah bahagia di majlis persandingan sendiri.
"You tahukan yang papa Affan kahwin dua?You tahu jugakkan sebelum you Affan lama single serik nak bercinta sebab cinta mati dia tu kahwin dengan papa dia sekarang which is wife kedua papa dia?Adreena.Mak tiri merangkap bekas kekasih Affan.You tahu,kan?"Linda pandang Ayra yang masih berdiri menghadapnya sambil memegang bouquet bunga sanding di dalam tangan.
Dijeling wajah Ayra yang nampak berubah sedikit kelat dan bingung itu.
"Oh my god!You tak tahu lagi ke?Affan tak cerita?Kesian you.Benda penting macam tu Affan tak cerita?"Linda pura-pura terkejut sambil menutup mulut.
Padahal dalam hati dah tersenyum puas bila dia seperti hampir berjaya buat hati Ayra goyah.
Ayra hanya diam.Terkejut dan bingung.Betul ke?
Memang Ayra tak pernah jumpa papa Affan.Dia pun tak tahu yang Affan ada ibu tiri.Apa lagi ibu tiri Affan tu bekas kekasih Affan.
"Hati-hati ya,Ayra.Affan banyak sangat berahsia dengan you ni.Takut dia sebenarnya tak move on dari Adreena .. tu yang nampak you terus ajak kahwin.Nak buat Adreena jealous maybe?Lagipun,kalau you sendiri jumpa Adreena rasanya you tahu kut kenapa I cakap macamni.Tadi mula-mula I nampak you pun I tak sangka orang macam you yang Affan pilih.Emm kalau nak letak Adreena dengan you sebelah-sebelah...emm.."Linda menyembunyikan senyum mengejek.
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...