Bab 12

1.7K 109 1
                                    

JAM tangan pada pergelangan kanannya dipandang sekejap.Ayra turun dari motor skuter merah jambunya setelah helmet disangkut pada cermin sisi motor sebelah kiri.

'Harap-harap ada lagilah popia bergedil daging tu..'Getus hati Ayra.

Dia turun dari motor yang sudah ditongkat dan berjalan masuk ke arah laluan ke pasar yang menempatkan gerai-gerai jualan.

"Mal.."Ayra menegur Mal yang sedang duduk berehat menghadap ke luar gerai.

"Eh,Kak Ayra.Lambat harini?"Mal yang sedang menjamah spaghetti bolognese mengangkat muka membalas sapaan Ayra yang berdiri di depan gerai mereka.

"Haah.Budak baru masuk lambat."Ayra mengeluh.

"Sorang je ke?Jo mana?"Pandangannya dihala ke sekeliling gerai.Cuma ada Mal seorang diri.

"Jo cuti harini.Entah makan apa entah mamat tu.Cirit-birit katanya."Mal membalas.

"Saya harini buka dengan boss saya je.Dia pergi kereta sekejap ambil barang.Akak nak beli apa?"Mal bertanya.

"Ouh..harini boss ada turun sekali tolong?"soal Ayra.

Jarang pula dia nampak majikan Jo dan Mal.Selalu nampak mereka berdua sahaja.Sekali haritu saja dia pernah nampak yang ada tiga orang di gerai itu tapi rasanya itu macam pekerja juga.Ke bukan?Muka yang lagi seorang itu pun dia tak ingat dah.Samar-samar saja dalam memori.

Lagipun masatu bila Ayra senyum menyapa pun bukan main susah nak balas balik.

"Popia bergedil daging dah habis eh?"Diintai tray besi yang sudah kosong bersebelahan dengan tray popia bergedil ayam yang masih ada beberapa ketul lagi.

"Haah,kak.Habis dah.Baru je tadi ada orang beli."Mal memberitahu.

Ayra mencebik.Boleh lihat raut wajahnya yang sedikit kecewa.

Puasa popia bergedil daginglah nampaknya harini.

"Alah..yeke."Ayra membalas.

"Kempunanlah harini.."Ayra menambah.Perut pun boleh tahan lapar.Tunggu balik sajalah nanti makan apa yang ada dekat rumah.

"Akak nak spaghetti?"Mal bertanya lagi.

Ayra menggeleng.

Dia tak rasa nak makan spaghetti pula harini.

"Tak apalah.Lain kali akak datang lagilah.Kalau akak lambat nanti tolonglah simpankan."Ayra memandang Mal dalam sengihan.

"Okay,kak.Beres."Mal yang masih duduk dengan mangkuk kertas dalam tangan itu mengangkat ibu jari tanda bagus.

"Okay.Akak balik dululah.Bye!"Tangan diangkat melambai ke arah Mal.

"Okay kak.Bye!"Mal turut membalas lambaian Ayra yang sudah berjalan pergi.

"Kak Ayra korang beli apa?"Affan yang baru sahaja muncul setelah berjalan dari kereta bertanya Mal yang sedang makan sambil menonton anime di dalam telefonnya.

"Haa?"Mal angkat muka dengan spaghetti yang baru disuap masuk ke dalam mulut.

"Ouh..Kak Ayra?"Affan angguk dengan soalan Mal.

"Tak beli apa.Muka sedih je tu tak dapat popia bergedil daging dia."Mal memberitahu.

"Ouh yeke.."Affan membalas.

"Eh,abang nak pergi mana?"Pandangan Mal mengekori Affan yang dah berjalan keluar semula dari gerai dengan membawa bungkusan dalam tangan yang diambil dari meja kecil tadi.

"Abang nak jumpa orang sekejap."Affan memberitahu tergesa-gesa sebelum terus melangkah pergi.

Mal hanya menjungkit bahu dan meneruskan suapan ke dalam mulut.Mata fokus kembali pada siri anime yang sedang terpasang.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now