"AYRA.."Pintu bilik Ayra ditolak lebih luas dari luar.Ayra angkat muka dengan pandangan terarah pada wajah ibu yang berdiri di pintu biliknya.
"Ibu.."Ayra bersuara perlahan.
Segaris senyuman sedikit kekok dilemparkan.Selepas kejadian malam ibu meminta maaf itu,Ayra boleh rasa ibu betul-betul cuba tebus silap ibu pada dia sebelum-sebelum ini.
Ibu masak makanan kegemaran dia.Cuba berbual mesra macam-macam topik.Ayra seronok..tipu kalau kata tak seronok.Sekarang pun tak ada istilah Ayra disuruh buat itu ini oleh ibu untuk abang dan Ara.
Cuma ada waktu Ayra sedikit janggal.Mungkin sebab terlalu lama rasa dipinggirkan tapi dia tak pernah menolak usaha dan cara ibu.Ayra harap hubungan dia dan ibu dapat perlahan-lahan lebih mesra dan membaik tanpa Ayra rasa kekok lagi.
"Ayra okay?"Puan Fatimah mengambil tempat kosong disebelah Ayra yang sedang bersila atas katil miliknya itu.
"Okay.."Ayra menjawab perlahan.
"Yeke?Ibu tengok Ayra tenung kotak cincin tu macam nak berlubang dah."Puan Fatimah ketawa halus.
"Ibu ketuk banyak kali panggil pun Ayra tak sedar."Puan Fatimah menyambung.
"Err..sorry bu."Ayra menggaru keningnya yang tak gatal.
Banyak sangat berfikir jadi tak sedar dah mengelamun panjang.
"Ayra pening fikir pasal pinangan tu ke?"Puan Fatimah memandang Ayra.
Ayra menarik senyum segaris.
"Nak pening kenapa?Affan tu baik ibu tengok.Ibu pun setuju kalau Ayra terima."Peha Ayra disentuh lembut.
Ayra pandang muka ibunya.
"Ya..ibu tahu sebelum ni ibu cakap Affan macam-macam.Ibu tak pandai nilai mana satu kaca mana satu permata.Ibu tahu dah semua."Puan Fatimah membalas senyum nipis.
"Ibu tahu maaf ibu ni tak cukup nak ubah semua benda.Tak cukup nak ubah apa dah jadi pada Ayra.Tak cukup nak bela Ayra atas apa Abang Is dah buat dulu."Puan Fatimah menunduk.Ada sebak yang datang dalam hatinya.
Ayra menelan liur bila melihat wajah ibunya yang mula hiba.
"Kalau Ayra nak ibu berterus-terang dengan mak long sekarang pun boleh.Ibu dah sedia.Biarlah orang nak kata ibu tuduh ke buat cerita.Ibu percaya Ayra."Puan Fatimah pandang semula wajah Ayra dengan mata berkaca.
Puan Fatimah dah berfikir lama.Walaupun dia tahu dah terlalu lambat untuk itu tapi dia nak beritahu Ayra yang dia betul-betul menyesali sikapnya dulu.
"Ibu.."Ayra turut bersuara sebak.
"Ibu tak payah buat semua tu.."Bibir dikemam menahan air mata yang mula bertakung.
Ayra dah mula menerima.Terapi dan temujanji psikiatri yang dia pergi setiap dua bulan pun banyak membantu.Tambah pula sekarang Ayra tak sendiri macam dulu.Dia tak nak serabutkan hidup dia sekeluarga tentang Abang Is yang tak penting itu.
Tangan ibunya dicapai.Puan Fatimah menghela nafas berat.
"Ibu tak nak Ayra korbankan perasaan Ayra atau tolak pinangan keluarga Affan sebab ibu atau sebab masa lalu Ayra.Ibu tak mintak Ayra lupakan cuma ibu nak Ayra bagi peluang pada diri Ayra kali ni.Boleh?"Puan Fatimah mencuit perlahan dagu Ayra.
"Tapi Affan tu baik sangat ibu.Ayra rasa tak layak.Boleh ke Affan ikhlas terima Ayra?Dia boleh dapat orang lagi baik.Macam mana kalau masa gaduh lepas kahwin tiba-tiba Affan terlepas pasal masa silam Ayra?Semua kekurangan Ayra?Ayra takut Ayra tak dapat terima."Ayra menunduk.
![](https://img.wattpad.com/cover/373961753-288-k120890.jpg)
YOU ARE READING
Ayra Untuk Affan
RomanceAyra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang lain memerlukan kekuatan,dia menjadi pemautnya.Namun,saat dia yang kehujanan ditimpa trauma dan kesen...