IZZAT duduk berpeluk tubuh sambil mata memandang ke luar kedai mamak itu.Gelisah dia menghitung detik dari tadi menunggu kelibat orang yang dinanti.
Entah datang atau tidak pun dia tak pasti.
Memang Izzat betul-betul gamble je datang sini untuk menunggu walaupun orang tu tak bagi kata putus.
"Sorry eh,Affan.Lambat sikit kut sampai."Affan yang sedang duduk melihat telefon dipandang.
Affan angkat muka menoleh ke arah Izzat disebelahnya.
"Tak ada apalah.Aku okay je."Affan menggeleng perlahan.
Dia memang tak sibuk pun hari ini.Urusan kafe atau pasar tani semua dah ada pekerjanya masing-masing yang cekap nak ambil alih.Lagipun,Affan memang bercuti hari ini.
"Serba salah aku.Kau sampai ambik cuti nak settled hal ni.Kalau kau tak datang sini sekali pun tak apa.Aku boleh sendiri."Izzat masih dengan rasa bersalah dah mengambil waktu Affan.
"Tak payah fikirlah.Lagipun,nak jumpa ni bakal ayah mertua aku jugak.Takkan aku nak kahwin dengan anak dia tapi tak jumpa langsung ayah dia,kan?"Bahu Izzat ditepuk lembut.
Nak meredakan rasa bersalah bakal abang iparnya itu.
Affan tahu hari ini Izzat nak berjumpa dengan bakal ayah mertua dia pun melalui Ayra.Ayra ada mengadu yang dia sedih bila dapat tahu ayahnya tak nak jadi wali waktu majlis nikah nanti.Kalau boleh Ayra memang nak ayahnya jadi wali.Sekurangnya sehari saja jadilah dia nak ada keluarga yang lengkap pada hari bersejarah dalam hidup dia.
Ayra yang meminta Affan turut ikut Izzat supaya berjumpa sekali dengan ayahnya hari ini.Mana tahu kalau Affan ada,ayahnya jadi lembut hati dan segan nak menolak.
Affan pula bila dengan Ayra memang senang cair jadi di sinilah dia pada hari ini.
"Lama tunggu dah?"Suara lelaki yang baru sampai dimeja mereka itu buat lamunan Affan berterbangan pergi.
"Ingat ayah tak datang.."Izzat pandang ayahnya yang langsung tak ada rasa bersalah dah buat dia menunggu hampir satu jam.
"Datang.Lambat sikit.Jumpa orang dulu."Encik Razak membalas sambil menarik kerusi kosong berhadapan dengan Izzat lalu duduk.
"Mana duitnya?"Encik Razak bertanya terus pada Izzat.
Affan hanya diam memerhati disebelah Izzat.
Izzat ketawa sinis dan menggelengkan kepala.Dia dah agak dah yang ayahnya akan datang.Pancing dengan cara nak bagi pinjam duit,berdesup muncul.
"Tak ada.."Selamba Izzat menuturkan.
"Kau tipu ayah ke?"Encik Razak duduk tegak sambil bertanya dengan rasa berang.
Sia-sia saja dia bertengkar dengan isterinya yang tak bagi dia keluar gara-gara anak-anak kecilnya meragam tadi.Sampai-sampai rupanya Izzat berbohong.
"Kalau Izzat tak cakap nak bagi ayah pinjam duit mesti ayah tak nak datangkan?"Izzat pandang ayahnya dengan muka tak beriak.
Tak tahulah ayah jenis apa ni..
"Habistu kau nak apa ni jumpa ayah?"Encik Razak menggaru belakang kepalanya yang sedikit gatal.Topi yang dipakai dah dibuka dan diletak atas meja.
"Izzat nak cakap pasal Ayra.Nak ayah jadi wali Ayra untuk dia nikah nanti."Izzat berterus-terang.
"Haih..tak habis lagi rupanya.Mesti mak kau yang suruh nikan?"Encik Razak bersuara sebal.
"Boss!Bagi kopi o ais satu!"Encik Razak memesan air dari tempat duduknya.
Baik order air..panas hati dipermainkan dengan anak sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayra Untuk Affan
RomantikAffan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak...
