Bab 64

2.1K 134 7
                                    

"B!"

Affan yang tadi baru mahu menutup semula pintu gril apartmen miliknya itu terhenti bila suara Ayra melaung dari dalam rumah.

"Ya sayang?"Affan pandang ke arah Ayra yang nenjengulkan kepala pada pintu kayu utama apartmen mereka.

"Nak kirim boleh?"Ayra menyoal.

"Sayang nak apa?Ke sayang nak ikut b jumpa Izzat dengan Khairul?"Affan bertanya.

Ayra menggeleng laju.

"Malaslah.Bukan tak tahu nanti korang lepak lama.Bosan je nanti."Ayra menolak dengan cebikan.

Biarlah sekali sekala suaminya nak melepak dengan kawan baik dan abangnya itu.

"Nak teh ais dengan roti kosong."Ayra menyengih.

"Boleh.Kalau lambat sikit tak apa ke?"Affan bertanya meminta kepastian.

Kesian pula kalau dia lambat balik bawa makanan yang dikirim.

"Tak apa.."Ayra senyum.

"Okay sayang.."Affan angguk.

"Lagi satu.."Ayra melangkah keluar sedikit.Dia mendekati gril perlahan sambil memandang ke sekeliling.

"Sayang..duduk dalam.Tudung.."Affan menegur.

Risau kalau ada jiran-jiran yang tiba-tiba keluar sewaktu isterinya itu tak bertudung.

"Nak salam sikit je.."Ayra menghulur tangan pada celahan pintu gril yang terbuka sedikit ditutup badan suaminya.

Affan menyambut huluran tangan Ayra dan Ayra berundur semula ke belakang pintu rumah.

"Cakap dengan diorang.Jangan tahan suami sayang lama-lama."Affan cuma tergelak kecil.

Padahal isterinya itu yang beriya menyuruh Affan keluar melepak sebab kesian katanya asyik kena teman dia saja di rumah.Tapi nampak gaya macam isterinya yang tak boleh nak lepaskan dia ni..

"Manalah tahu..Boleh sambung netflix and chill pulak.."Ayra mengenyitkan sebelah matanya dengan senyuman menggoda pada Affan.

"Aihh.."Affan yang baru mengunci pintu gril rumah itu dah mengecilkan mata pandang isterinya.

"Macamni tak jadilah lepak.."Tangannya dah berura-ura nak membuka semula kunci pintu gril.

"Eii usik jelah.."Ayra dah ketawa.

"Pandai eh goda orang.Saja je.."Affan bercekak pinggang.

Bergema suara ketawa Ayra yang manja itu ke segenap laluan yang menempatkan beberapa blok rumah apartmen yang lain.

"Dah pergilah..Nanti diorang tunggu pulak.."Ayra membuat gaya tangan menolak supaya suaminya segera berangkat.

"Okay sayang.Kunci pintu eh.Apa-apa call je b terus okay.Ada orang ketuk ke apa tak payah bukak biar je dah malam ni."Affan berpesan.

"Baik boss!"Ayra mengangguk.

Affan hanya menggeleng dalam ketawa.

"Sayang tutup pintu.Kunci.Baru b gerak."Affan menunggu di luar pintu gril.

"Okay..Bye!Love you!"Ayra melayangkan ciuman sebelum menutup pintu rumah dan mengunci dari dalam.

Affan hanya senyum dengan gelagat isterinya.

Tanpa mereka sedar,ada satu sosok yang dari tadi memerhati setiap gerak geri mereka berdua.

.

.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now