Bab 70

2.1K 128 9
                                    

"BANYAK lagi ke benda yang you nak bincang Linda.Dah makin lewat ni."Affan membelek jam pada pergelangan tangan kirinya.

Ikut hati memang dia tak nak berdua lama-lama dengan Linda di dalam kafe ini.Namun sebab Linda bersungguh kata ada beberapa masalah dekat kafe yang perlu pemantauan dan keputusan segera terpaksa Affan akur.

Staf-staf lain dah lama disuruh pulang.Takkan nak tahan lama-lama.Staf mereka juga perlu rehat.

"Sikit lagi je Affan.Ni nak tunjuk you pasal sales kita pulak.Ada masalah sikit."Linda meyakinkan.

Dia berpura-pura sibuk menyelak beberapa fail di tangan.

"Macamtu I nak pergi tandas sekejap."Affan bangun dan terus berjalan menuju ke bahagian belakang kafe.

Perlakuan Linda terhenti.Dijengukkan sedikit kepala memandang sosok badan Affan yang dah menghilang ke belakang.

Segera tangannya mencapai sesuatu dari poket seluar jeans miliknya.Linda senyum nipis melihat bungkusan paket kecil berisi serbuk putih di dalam tangannya.

Serbuk yang dah dibuka seal bungkusan itu dituang ke dalam cawan berisi air kopi milik Affan.Cepat-cepat dikacau dengan segera bimbang Affan sudah berjalan ke depan semula.

"Apa you nak tunjuk dekat I tadi?"Affan bersuara dari arah belakang sambil berjalan ke arah Linda semula.

Kelam-kabut Linda buat-buat sibuk semula seperti mula-mula Affan tinggalkan dia semasa ke tandas tadi.

"Ni haa..I nak.."

"Kejap minum sekejap.."Affan angkat tangan memberi isyarat pada Linda supaya menunggu.

"Okay.."Linda hanya mengangguk.

Dipandang saja dengan senyum yang disembunyikan bila melihat Affan menyua cawannya pada bibir.

Jerat dah mengena.

"Okay proceed."Cawan diletakkan semula atas meja.

"I rasa ada yang tak kena dengan sales kita bulan ni.Drop teruk.Lagi satu I rasa ada staf kita yang panjang tangan.Petty cash kita short sampai dekat 200 ringgit hampir setiap minggu."Sara mula menunjukkan sesuatu di dalam fail.

"I rasa kita kena cek CCTV,Affan.Nak cari siapa orangnya."Affan dipandang.

"Are you okay,Affan?"Linda berpura-pura tanya Affan yang dah mula tak fokus pada perbincangan mereka.

Affan kelihatan seperti tak keruan.Matanya dipejam celik beberapa kali.Diurut pangkal hidungnya seperti orang sedang sakit kepala.

"Affan?"Bahu Affan disentuh lembut dnegan suara berpura-pura cemas.

Affan menggeleng dengan dahi berkerut.

"I-I tak tahulah.Pening.."Affan mengadu.

Affan yang menyandarkan kepala pada kerusi meja makan hanya dipandang.Menggagau tangan cuba berpaut pada meja tempat mereka duduk.

"I rasa you tak okay ni.."Fail dan segala kertas tadi dibiarkan atas meja.

Linda terus duduk rapat disebelah Affan.Badan Affan yang seperti mahu rebah itu terus ditahan dengan badannya.Pinggang Affan dipaut.

"I r-rasa macam nak pitam ni.."Affan memejamkan mata.

"Tak apa.You relaks."Badan Affan ditarik supaya bersandar pada badannya.

Badan Affan yang semakin hilang fungsi itu ditarik ke depan supaya terlihat seperti mereka sedang berpelukan.

"You rehat okay.."Linda tersenyum.

Ayra Untuk AffanWhere stories live. Discover now